Bismillahhirrahmanirrahim.
Pesan orang lama biasa kita dengar, “Masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang kerbau menguak.”
Tapi tidak pula mereka berpesan apa nak buat kalau masuk kandang babi. Kalau masuk kandang harimau? Kandang gajah? Kalau termasuk lubang taik? Acaner tu?… Memanglah orang lama tak pesan tu semua, cukuplah dengan memberi dua contoh, selebihnya fikir sendiri.
Hari ni kita selalu sangat masuk reban musang. Tapi musang tu berbulu ayam. Kita selalu bertemu dan berurusan dengan manusia yang zahirnya terpelajar tapi hakikatnya mereka terencat akal. Kita selalu melihat bunga, cantik, tapi berbau taik.
Yang sedihnya umum tak tahu perkara ni. Segelintir orang saja yang tahu. Dan bila orang yang tahu itu khabarkan kepada umum, umum memilih untuk tidak percaya.
Sedekad lalu ada seorang Profesor Emeritus yang tentunya seorang yang sangat arif dengan bahasa telah menulis sebuah buku bertajuk “Shit”. Seorang yang sangat arif tentang bahasa menggunakan bahasa taik dalam penulisannya. Umum menjatuhkan hukum dia bodoh bin bingai kerana menggunakan bahasa taik untuk bercakap dengan bunga. Namun bila kita perhalusi rentetan sedekad ini kita mula melihat sedikit demi sedikit. Profesor itu menulis buku yang isi kandungannya ditujukan kepada bunga yang cantik tapi berbau taik. Itulah sebabnya dia menulis dalam bahasa taik.
Jika kita pergi dan berurusan di Pejabat Agama Islam atau Mahkamah Syariah, kita akan temui musang yang berkokok. Mereka berkokok menegakkan agama Allah, tapi apa yang mereka lakukan adalah sebaliknya. Wah, tuduhan berat. Betul, memang berat. Jika tuan-tuan dan puan-puan ada saudara mara yang turun naik ke sana atau terkena batang hidung sediri, saya yakin tuan puan bersetuju dengan saya.
Cuba kita amati, setiap pasangan kekasih yang ingin mendirikan rumah tangga MESTI menghadiri kursus perkahwinan yang isi kandungan kursus ialah tentang SEKS.
Bila mana pasangan itu selamat diijab kabulkan setelah bertahun-tahun bercinta. Kurang 5 minit, suami dimestikan melafazkan taklid iaitu spesis kepada talak. Kononnya untuk kebaikan isteri di masa depan.
Bila mana pasangan itu telah tinggal bersama, mereka bahagia. Tapi bukan semua orang bernasib baik. Ada isteri yang tak peroleh bahagia yang dicari yang didambakannya. Islam ada sediakan jalan keluar iaitu fasakh. Namun jalan ini terhalang dengan pelbagai hal birokrasi. Jika isteri itu bernasib baik, dia akan dapat talak yang diminta itu selepas setahun berhempas pulas turun naik mahkamah. Lazimnya 4 tahun pun belum tentu dapat.
Ketika mengadu pula isteri terpaksa cerita semua perkara yang mendatangkan aib; dari hujung rambut sampai hujung kuku. Dari atas kulit sampai ke dalam lubang antara dua peha.
Golongan musang yang berkokok ni ikut Sunnah Nabi atau ikut sunnah babi? Bahasa yang digunakan dalam penulisan ini adalah selayaknya untuk musang yang berkokok. Ini bahasa musang.
Orang jabatan agama jika terbaca ini, kamu ada cara untuk cari saya. Saya tak pandai lari. Manusia memang selalu hukum saya masuk neraka.
Innalillahi wa inna ilayhi raaji’un..
titan says
dalam ni wehh..
dalammm..
Amran says
Haha.. gunakan deria ke 7 untuk mencerna artikel ni.
Amar says
Hihihihi… Memang sengaja tuju bagi tepat.