Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Ngeri

Ngeri

15 April 2012 by Cikgu Hairul

Pagi-pagi Sabtu, lepas solat subuh saya terus mengadap komputer. Rutin harian saya menyemak blog kalau-kalau ada komen dari kawan-kawan. Pagi ni sesuatu yang ngeri berlaku. Bukak je blog terpampang wajah yang paling ditakuti oleh para blogger. Terasa dunia blogging sudah kiamat.

Mengelabah kejap.. Dalam fikiran cuma tercari-cari bila kali terakhir saya backup blog ni. Dan ini kesilapan saya, saya jarang buat backup. Buntu seketika. Sambil otak ligat berfikir apa nak buat lepas ni, saya cuba mencari fail backup kot-kot ada saya buat sebulan dua kebelakangan.

Alhamdulillah pencarian saya menemui kejayaan. Backup terakhir saya buat pada 1 Februari 2012. Ada la juga dari tak ada.

Langkah seterusnya saya cuba mengeksess cPanel. Fuhh! lega rasanya. Biasanya kes-kes macam ni cPanel menjadi sasaran. Tapi kali ni password cPanel tak diusik. Saya dah 3 kali berhadapan kes macam ni. Dua kali password ditukar oleh penjenayah. Terpaksa mintak pihak webhosting reset.

Penyiasatan diteruskan. Saya cuba melayari blog sahabat-sahabat yang dihostkan di tempat sama. Pringgg… Sekali lagi kejutan. Sama macam blog saya. Apakah? persoalan demi persoalan menyelinap ke setiap saraf otak. Jadi tak keruan sekejap.

Selang beberapa minit, saya cuba tenangkan hati dan fikiran. Saat-saat genting macam ni (genting la sangat) fikiran yang terganggu akan menyebabkan kita hilang pertimbangan. Langkah terbaik ialah bertenang.

Bertenang……
Bertenang……
Bertenang……
Bertenang……
Bertenang……
Bertenang……
Bertenang……
Bertenang……
Bertenang……
Bertenang……

Alhamdulillah segalanya sudah berakhir. Berjaya restore segala apa yang ada melalui cPanel. Nasib baik pihak webhosting ada menyediakan backup setiap hari.

Pengajaran dan Nasihat.

  • Buat backup blog seminggu sekali.
  • Buat full backup di cPanel sekerap mungkin. Paling kurang sebulan sekali.
  • Pasang rantai dan mangga sedaya termampu.
  • Pasang cloudflare bukan bermakna blog anda selamat.
  • Tukar password yang kuat (strong). Kalau malas nak fikir boleh buat online di password generator.
  • Sentiasa kemaskini theme, plugin dan versi wordpress.
  • Buang theme dan plugin yang tak dugunakan lagi.
  • Sentiasa pantau fail-fail dalam blog kot-kot ada perubahan.
  • Sentiasa pantau event log di cPanel.

Ngeri sungguh di pagi hari,
Umpama kiamat sudah tiba,
Pengalaman ini saya kongsi,
Supaya korang tidak terkena.

Updated :

Blog ini baru sahaja direstore..

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. azura says

    15 April 2012 at 23:08

    blog saya pun kena hack tapi just jadi username kedua, dah 3 kali kena…last saya pasang plugin wp better security bila ada je notification lock hack ip, saya tukar password…seminggu ni dalam 5 kali tukar password…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      15 April 2012 at 23:45

      Ish apalah yang dorang nak ni?

      Reply
  2. yas says

    16 April 2012 at 11:49

    Pehh…ni hosting yg kena serang atau blog bro yg kena nih? Mgu lepas pun ada juga tgk rakan2 blogger kena hack…rupa2nya dr hosting…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      16 April 2012 at 12:16

      Saya rasa pun cam tu la. Sebab ramai juga dari hosting yang sama kena hack. Bila saya hantar support ticket, sikit pun tak berbalas. Hangin juga..

      Reply
      • Jebeng Otai™ says

        21 April 2012 at 22:04

        alamak..kalo keadaan mcm ni hosting x reply mmg geram gak la..

        Reply
  3. titan says

    16 April 2012 at 19:18

    huh, memang pengalamana ngeri ni..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      16 April 2012 at 20:26

      Ngeri dan sedih nih.. Sampai sekarang masih ada sedikit kegusaran sebab pihak hosting masih belum bagi sebarang respond.

      Reply
  4. kodinz says

    16 April 2012 at 19:50

    baru semalam check satu blog menghadapi benda yang sama. pasni kena buat backup untuk blog slalu la nampaknya.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      16 April 2012 at 20:27

      Selain backup cuba pasang plugin macam Kak Azura cakap tu.. plugin wp better security..

      Reply
  5. Novunus Takano says

    21 April 2012 at 18:18

    memang menakutkan, hasil kerja berbulan-bulan hilang begitu sahaja. kalau dah ada pengalaman mgkn boleh bertenang lagi tapi kalau yg kali pertama… haru biru lah nampaknya..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      21 April 2012 at 19:40

      Jangan panik.. Kalau pertama kali juga jangan panik. Cuba dapatkan balik blog melalui hosting. Biasanya mereka simpan backup. Tapi kalau hosting tu sendiri yang dah kena serang, tak dapat buat apa la. Macam entry tahun 2002-2009 blog saya juga hilang sebab hosting kena serang hacker sampai tutup syarikat.

      Reply
  6. Ahmad Ijat says

    21 April 2012 at 18:45

    Saya pun pernah kena…terus sampai sekarang blog tu tak boleh diselamatkan. Sekarang pakai yang free je. Org yg buat ni sebenarnya saja nak test power sebelum dia serang target sebenar. 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      21 April 2012 at 19:37

      Laa.. Kenapa tak restore je? Pihak hosting biasanya ada simpan backup. Paling kurang seminggu sekali.

      Reply
  7. Hafizul says

    22 April 2012 at 09:27

    Cikgu…Kalau blog free macam blog saya ni, kalau kena hack, tak boleh diselamatkan ke?

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      22 April 2012 at 09:38

      Biasanya blog free tak kena hack. Sebabnya wordoress dan blogspot memang sangat kuat dan kebal. Cuma masalah biasa ialah blog kena tutup dengan penyedia platform tu sendiri atas alasan yang kita pun tak tau.

      Reply
  8. boni says

    23 April 2012 at 00:16

    nasib baik ada sediakan backup.. saya pun tak tau nak komen apa..sebab saya sendiri takut untuk jadi mangsa ni…

    Reply
  9. cik tom says

    8 July 2012 at 20:09

    ish seram plk bc…minta jauh la smue ni

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      8 July 2012 at 20:27

      Kita semua terdedah dengan pencerobohan. Tiada siapa dapat menghalang. Banyak doa je la.

      Reply
  10. pahan says

    5 November 2012 at 21:59

    mohon share boleh ?

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      5 November 2012 at 22:37

      Boleh je..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in