Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Orang Melayu Memang Pandai Memasak

Orang Melayu Memang Pandai Memasak

11 September 2013 by Cikgu Hairul

Sungguh.. Orang Melayu memang pandai memasak. Cakap je la masakan mana,pasti akan dicubanya. Jadik pulak tu. Orang Arab pun meleleh air liur tengok kita masak Syurbah. Orang Thailand tabik spring tengok kita masak tomyam. Orang Jepun terangguk-angguk tengok kita masak sushi.

Syurbah - Masakan Arab
Syurbah – Masakan Arab

Sapa yang berani nafikan hakikat ini? Harap-harap tak ada la ye. Bukannya apa, kita ni adalah satu bangsa yang cepat menerima apa sahaja yang terlintas depan mata. Kita memang satu bangsa yang cepat belajar. Mudah juga berasimilasi dengan apa sahaja perkara yang masuk.

Kita bukan sahaja pandai masak, makan pun pandai juga. Sebut la apa saja jenis masakan di dunia ni. Mesti kita akan cuba telan. Serasi pilak tu. Berbeza dengan orang luar. Tak semua orang boleh makan masakan Melayu. Bau buah durian pun dikatakannya gas beracun. Kelakar..

Disebalik kehebatan itu, kita dapat satu masalah. Ramai orang Malaysia Obes. Kegemukan melampau berada di mana-mana. Hampir saja mata kita tak terlepas dari terpandang orang obes.

berita-obesiti

Sudah-sudah la tu dengan melantak. Ramai lagi orang yang mati tak makan. Kita yang banyak duit ni, cubalah bantu orang yang kebuluran.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Izzuddin Fauzi says

    11 September 2013 at 00:47

    Hahaha… Bukan setakat pandai masak… Paling pasti pandai makan… Bagilah apa selagi HALAL, telan saje…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      11 September 2013 at 01:27

      yg tu pun satu hal juga. sampai dah over obes dah tu.. kalau tak beringat jugak, tak tau la nak kata apa.

      Reply
  2. TehR says

    11 September 2013 at 01:45

    elok kalau kita dapat bersederhana saja
    sejuk mata memandang

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      11 September 2013 at 09:14

      itu yang sebaiknya..

      Reply
  3. titan says

    11 September 2013 at 08:29

    orang kita memang terlebih makan dah ni. haha..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      11 September 2013 at 08:49

      Camne tuh? Dah la senam pun malas. Cuma makan dan masak je hebat. Nanti sakit kan dah boleh nak masak dan makan lagi.

      Reply
  4. Fyzal says

    11 September 2013 at 14:24

    Pilih makanan berkhasiat. Tapi kehebatan orang Melayu memasak, itu tidak dapat dinafikan.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      12 September 2013 at 00:33

      Bab masakan berkhasiat pun ramai yang dah tahu masak. Cuma nak makan tu la yang agak kurang. Sebab kebanyakkan masakan berkhasiat tak berapa sedap.

      Reply
  5. Mohd Shubhi says

    11 September 2013 at 22:11

    Kita memang bangsa yang cukup fleksibel…ketika duduk kat France dulu, orang perancis kagus dengan kebolehan kita cakap bahasa perancis dengan loghat mereka…orang arab juga kagum dengan keupayaan kita cakap arab dengan loghat mereka…itu satu keistimewaan orang kita.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      12 September 2013 at 00:31

      Saya pun dapat rasa macam tu. Pergilah mana-mana pelosok dunia, Insyallah kita boleh hidup dan ikut budaya mereka. Keeistimewaan yang jarang jumpa pada bangsa lain.

      Reply
  6. blogger lelaki says

    12 September 2013 at 09:49

    pandai masak dan kuat makan jugak yer..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      12 September 2013 at 09:58

      itu biasanya memang datang secara selari. heheh

      Reply
  7. maza says

    12 September 2013 at 20:00

    makanlah selagi mampu menikmatinya, sebelum selera dan sakit menerpa.

    cuma pesan ikhlas ialah berpada-pada sebelum menjadi mudarat. Jangan melampaui batas. Sebarang perbuatan yang melampaui batas diperkira zalim dan mengudang kemurkaan Allah aza wajalla.

    Begitu juga jangan sampai paranoid tentang makan. Itu juga tidak bagus, dipekira sebagai membelakangi nikmat Tuhan yang Allah SWT limpahkan ke atas kita di nusantara.

    Syukurlah, Malaysia aman kaedahnya..
    ahaks..

    Reply
  8. Hazmin Hamudin says

    15 September 2013 at 12:41

    Haha.. Aku berjalan dekat penang ni memang kerja makan jela.. Sarapan pun dah hadap nasi kandar.

    Reply
  9. Achik Ezz says

    20 September 2013 at 19:23

    Huhuhu…syurbah memang sedap. Kambing yang lembut….fuhh..

    Reply
  10. Rina says

    25 September 2013 at 08:53

    Gemuk sehat adalah rejeki tapi bila gemuk membawa penyakit harus ditanggulangi…
    Btw saya suka masakan2 khas Melayu, ada yang sudah pernah saya cicipi

    Reply
  11. uncledoy says

    28 September 2013 at 19:04

    Tidak dinafikan rakyat melayu mmg pandai masak dan masakan mereka memang sedap-sedap

    Reply
  12. kamal says

    29 September 2013 at 17:11

    Masakan orang melayu memang tip top tambahan plak dengan air tangan mak.. Ayam kampung masak lomak cili api memang 4 kali tambah nasi…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in