“Berhentilah kerja makan gaji. Kerja makan gaji jadi kuli je pun. Kerja untuk orang buat apa. Kita yang penat kerja, bos yang kaya raya. Berhentilah makan gaji, jom ikut aku buat bisnes sendiri.” Ini dialog seorang kenalan saya satu waktu dulu. Siapa pernah diajukan soalan bertubi-tubi macam ni?
“Orang yang makan gaji ni takkan kaya”. Sambungnya lagi. Ya. Saya akui kenyataan dia. Tapi saya juga kurang setuju dengan dia. Dalam banyak ajakan, dialog macam tu biasanya dikeluarkan oleh pengamal MLM.
“Bukan taknak kaya. Tapi cukuplah saya merasa cukup dengan apa yang ada”. Balas saya. Iya.. bukannya MLM tak bagus. Tapi cara menarik orang menjadi downline dengan menyatakan keburukan kerja makan gaji tu macam tak kena. Kan lebih elok memperkenalkan bisnesnya, kekuatan dan kelebihannya daripada kondem kerja orang lain.
Usahlah berlagak sangat dengan term “Bisnes Sendiri”. Kalau nak cari downline pun, cari dari kalangan kawan-kawan yang makan gaji. Kenapa tak cari petani dan nelayan yang memang confirm-confirm mereka bisnes sendiri. Dah satu aliran kan? Ajaklah mereka untuk sama-sama menjadi kaya raya. Tapi kenapa taknak cari orang yang bisnes sendiri juga menjadi downline?
Saya sudah mula nampak permainan mereka. Cari orang kerja makan gaji sebab senang nak buat loan untuk memenuhi nafus serakah mereka.
“Takpe la bro.. dah pukul 1.30 pagi ni. Aku nak jumpa member aku dulu la. Ada sikit bincang pasal bisnes. Ko nak ikut tak?”
Errrkk.. 1.30pagi masih nak bekerja? Bisnes apa macam tu?
Pada saya tak guna juga kaya harta kalau miskin masa. Macam tak ada masa untuk keluarga je. Hidup 24jam dengan kerja. Rehat entah ke mana. Sekurang-kurangnya orang yang makan gaji macam saya ada masa untuk berehat. Ada masa pergi bercuti dan bermesra dengan keluarga.
Syukur.. walaupun tak kaya raya, tapi ada masa yang banyak untuk mengenal Allah. Ada masa yang banyak mencari jalan pulang. Bukankah hidup itu lebih indah kalau semuanya cukup?
Shubhi says
Setuju sangat dengan artikel ini. Terima kasih berkongsi
hafiz says
Aku memang tak berminat dgn mlm ni, aku member aku dulu yg beriya sangat dah kelaut aku syukur dgn kerja tetap aku skrg.
Cikgu Hairul says
MLM ada yang bagus juga. Ada juga member yang berjaya jadi Crown Manager tapi takde la sombong memperlekeh kerja orang makan gaji. Dia siap bagi motivasi lagi setiap hari kat kengkawan yang makan gaji.
Azahairi says
Kaya duit tapi miskin masa ……tak mau la ……
Cikgu Hairul says
Kita kena pikirkan cara camna nak kaya duit dan kaya masa. Salah satu yang kaya pun macam tak best je.. macam tak best je. hehe
blogger lelaki says
geng dorang ni mmmg target org makan gaji je sebagai mangsa…tapi yg tak tahan tu ramai juga yg terkena
Cikgu Hairul says
Memang ler mudah terkena. Ayat power bro. Kalau silap dengar, boleh cair.
blogger lelaki says
orang kita ni mmg mcm tu mudah terpedaya dgn si mulut manis
papa mifz says
rajin dorang pagi2 buta pun berniaga yer…hehe
Cikgu Hairul says
Kenalah rajin. Kalau tak mana mau cari duit nak bayar Caldina yang baru sebulan beli.
Mus says
kaya pada wang ringgit..
jam 1.30pagi boleh bersama isteri dan anak-anak di rumah
Azahairi says
Nak kaya kedua2 kena smart thinker ….tau bahagi masa dan kerja dengan serius, tidak kedekut insyallah terbuka pintu rezeki yang melimpah ruah …
kakiblog says
pada dasarnya orang makan gaji tak akan kaya namun dengan makan gaji juga adalah permulaan untuk kaya kerana disitulah kita mendapat modal pengalaman,kematangan dan jaringan perniagaan.
Amar says
Bukan tentang bekerja sendiri atau makan gaji, kudrat yang terpakai tu kudrat Allah. Apa hak kita nak nilai kudrat Allah yang ditsabitkan kepada kita? Maka yang kita cari tu ialah keberkatan dalam mencari rezeki. Bahagian yang berkat itulah KAYA.
Shubhi says
MLM tu memang suka Meeting Lewat Malam…!
TehR says
makan gaji payah nak kaya
duit gaji habis buat belanja
Cikgu Hairul says
Walaupun duit habis, insyallah tidaklah payah hidupnya.