Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / OSX Mavericks

OSX Mavericks

18 November 2013 by Cikgu Hairul

Bismillahhirrahmanirrahim.

20131119-081051.jpg
Mavericks ialah sistem operasi komputer Mac terkini versi kesepuluh. Sistem operasi 64-bit sepenuhnya. Ada banyak ciri baru ditambah dalam Mavericks tapi saya berminat cerita yang jelas manfaatnya kepada ramai pengguna, khasnya ciri-ciri yang nampak di mata.

Menariknya ialah Apple menerapkan ciri-ciri iOS ke dalam Mavericks; antaranya integrasi Twitter, Facebook, dan iCloud. Boleh update status di twitter dan facebook tanpa Safari atau web browser. Boleh selamba terus dari desktop Mavericks.

Lagi? Ada kolaberasi antara App dalam OSX dan iOS. Apple cuba jadikan hasil kerja yang dibuat dalam iOS tampil serupa dalam OSX Mavericks; dan begitu juga sebaliknya. Semuanya sync melalui iCloud. Dengan kata lain pengguna hanya perlu upgrade iOS ke iOS 7 dan upgrade OSX ke OSX Mavericks; fail-fail dan data akan serba sedia untuk kedua-dua platform.

Terasa mudah bila nak memulakan perjalanan outstation. Buka Maps di Mac, dapat detail terus hantar ke iPhone. Begitu juga Contact, tambah kenalan di iPhone, dalam Mac pun akan ditambah juga.

Lagi menarik harga upgrade ke iOS 7 dan OSX Mavericks ni PERCUMA. MacBook Pro 2009 saya juga dah upgrade jadi Mavericks. Lancar tanpa sangkut-sangkut. Cuma loading Finder mula-mula saja ambil masa sedikit. Maklumlah Mac keluaran 2009.

20131119-181936.jpg

Cara bagaimana nak upgrade ke Macericks boleh rujuk dari web Apple.

Mudah sangat. Yang tak mudahnya ialah fail installation OSX Mavericks ni besar sikit dari kepala zip beg sekolah. Jadi, perlu internet kelajuan tinggi untuk download. Dengan saiznya sebesar 5.31GB tu perlukan sekitar 2 jam dengan UNIFI; 2 hari dengan Streamyx 384kbps; dan toksah mimpi nak download dengan USB broadband kuota 3GB sebulan tu. Kalau internet di rumah tak cukup laju, ada kedai makan mana-mana dekat rumah yang offer Wi-Fi percuma dengan kelajuan internet Unifi, bolehlah cuba kat situ. Share connection dengan orang ramai, boleh jadi alasan yang sempurna untuk melapuk di situ sepanjang hari. 🙂

Bagi yang tak ada internet berkelajuan tinggi, cara paling mudah ayat jer kat Cikgu Hairul kita ni. Dia ada Unifi. Internet laju digunanya untuk tulis blog jer, buat membazir jer kan. Jangan marah yea cikgu. Hehehe…

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Azahairi says

    19 November 2013 at 20:48

    Bagus …update terbaru yang memang saya suka …lama tak update mac boleh la try os nie

    Reply
  2. TehR says

    20 November 2013 at 00:39

    aku sekadar boleh baca ambil tahu je
    tak biasa guna OS ni

    Reply
    • Amar says

      20 November 2013 at 07:51

      Saudara TehR, Saudari Suri,
      OSX ni ditulis khusus untuk komputer Mac keluaran Apple. Kena beli komputer Mac baru dapat cuba. Di Malaysia memang sangat sedikit pengguna Mac berbanding komputer berasaskan Windows.

      Reply
  3. suri says

    20 November 2013 at 06:37

    tehr nampak saya saya begitu juga tak tahu langsung huhu…

    Reply
  4. pahan says

    1 December 2013 at 23:42

    dah download dan kesannya buruk.haha. lebih baik jangan upgrade dulu.

    Reply
    • Amar says

      2 December 2013 at 12:46

      Mac model apa tu bro? Ada juga kenalan di twitter kata Mac nya jadi lembab lepas upgrade ke Mavericks. Setakat yang saya dah cuba ialah MacBook Pro Mid-2009 dan MacBook Air late 2008 berjalan dengan lancar.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in