P1 Wimax terkenal dengan iklan berdegar-degarnya. Perasan bagus! Saya saja nak mencuba perkhidmatannya selepas beberapa tahun melupakannya. Sana-sini orang dok promot macam nak runtuh dunia, nak tau juga macam mana bestnya guna P1 sekarang ni. Pengalaman ngeri dengan P1 dulu cepat-cepat dibuang jauh-jauh. Bersangka baik, lalu saya nekad menggunakan Plan P1 To Go. Dengan harapan ia sudah berubah.
Berbekalkan modem P1 To Go bewarna hitam ni, saya cuba menambah nilai. Maklumlah dah lama tak guna, prepaid sudah expired. Mula-mula harus masuk ke P1 Prepaid Portal. Menarik dan sangat interaktif. Boleh terus beli topup di sini. Pujian ikhlas…
Sampai step terakhir, pembelian gagal. Saya semak semula harga dan apa yang bakal saya dapat. Buat pembelian semula dan sekali lagi gagal.
Rasa kesal terus menyelubungi diri. Menyesal guna P1. Susah nak topup. Dengan berat hati, saya bukak laman Help dan terus ke P1 To Go top up. Macam ada yang tak kena. Cuba bandingkan senarai di atas dengan yang ni.
Mungkin kegagalan disebabkan kecelaruan tersebut. Kegagalan topup mungkin juga disebabkan oleh kuota telah habis dan hanya boleh excess ke portal P1 sahaja. Cuma andaian je. Kedua-dua jadual yang dipaparkan berbeza. Paling ketara ialah pada validitynya. Bercelaru dan langsung tak sama.
Diantara banyak-banyak channel ni, dalam situasi Prepaid On The Go dah expired atau kuota habis, penyelesaian termudah untuk menambah nilai adalah top up via careline. Call 1300 03 1300 dan buat pembelian menggunakan kad kredit. Dalam masa 4 jam baru dapat aktifkan akaun. Cepat kan?
Channel-channel online yang lain tu macam maybank2u, pbebank dan prepaid selfcare tak mungkin dapat digunakan. Ini kerana pembayaran akan dibawa ke laman-laman tersebut sedangkan sewaktu Prepaid To Go expired dan kuota habis hanya laman P1 sahaja boleh diexcess.
Elok-elok taknak menceceh, disebabkan saya tak dapat nak topup, kan macam-macam dah keluar. Menunggu sampai 4jam untuk mendapatkan pin topup juga menyebabkan hati bengkek.
Pilihan di tangan kita.
sweetkurma says
masing2 mempunyai pengalaman yang berbeza, mana yang bagus mereka kata bagus, manakala yang tidak mereka juga berhak untuk mengatakan tidak
Khidhir says
aku tengok p1 ni ada contract terus tak jadi ambik
TehR says
sabar je la yang mampu dibuat, cikgu
tapi bila dah ada peluang menulis, tak salah juga gunakannya
hehe
Izzat Aziz says
Kebanyakan Telco ataupun Internet provider lebih kepada menyebar nama brand mereka berbanding meningkatkan taraf kualiti perkhidmatan mereka. Kalau satu tak elok, dapat guna yang lain, tapi sini hampir semua tidak puas hati, terpaksa guna apa yang ada.
yas says
Aku tak sanggup pakai dah P1…baik lagi kelsum atau dg….hehehe
Shahrul says
masih setia dengan streamyx 😀