Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Pantai Teluk Kemang Pulih

Pantai Teluk Kemang Pulih

6 May 2012 by Cikgu Hairul

Salam.. Salah satu tempat kunjungan hujung minggu bagi mencari damai di luar kota ialah Pantai Teluk Kemang. Terletak di daerah Port Dicksaon lebih kurang satu jam setengah perjalanan dari Kuala Lumpur naik kereta berkelajuan 110KMj. Saya pernah sampai ke sini beberapa kali. Kali terakhir Pantai Teluk Kemang sedang dalam mod baikpulih. Sekarang wajahnya benar-benar berubah. Bertambah kemas, cantik dan bersih.

Saya bertolak seawal pagi. Kalau lambat takut tak ada tempat nak lepak pulak. Hari cuti memang penuh dengan pengunjung. Sampai-sampai je terus cari tempat port selesa. Sekarang ni dah banyak pengusaha sewa canopy. Harga pulak diantara RM10-RM30. Dengan cuaca yang cerah, memang rugi kalau tak mandi-manda. Itulah aja aktiviti di laut. Mandi-manda sampai kecut-kecut jari.

Ini pun tak berapa ramai. Sebab ada Pesta Air di Pantai Port Dickson. Kat sana khabarnya lagi meriah. Dah puas mandi, saya cari hotel. Musim-musim Pesta Air sangat bertuah kalau ada hotel yang kosong. Mujur saya dah booking online. Jadi saya tak ada masalah. Boleh terus check in.

Saya menunggu malam tiba. Nak ambik gambar matahari terbenam. Lepas tu barulah bergerak ke Port Dickson..

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Hafizul says

    6 May 2012 at 23:45

    Emm tak pernah sampai lagi ni..Antara pantai dengan sungai,sy suka sungai..air nya tak masin..hehe…ada tempat berkelah ke kat sini???

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      7 May 2012 at 00:42

      Memang ada.. Sangat sesuai bagi yang nak mandi manda.

      Reply
  2. baguznet says

    7 May 2012 at 00:03

    owh… minat mandi laut ke? Saya mmg kurang minat macam saudara Hafizul jugak. Saya lbh selesa dgn air tawar tp skrg dah jarang beraktiviti begini

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      7 May 2012 at 14:46

      Carilah masa untuk mandi manda macam saya.. Heheh

      Reply
  3. Jebeng Otai™ says

    7 May 2012 at 22:10

    bila dh cantik dan bersih haruslah dijaga.. 🙂

    Reply
  4. shraqs says

    8 May 2012 at 02:20

    Dah lama tak mandi laut nih 🙂 Menarik jugak nih..

    Reply
  5. tehr says

    8 May 2012 at 15:43

    Bagus tu kalau sempat ambil gambar matahari terbenam

    Reply
  6. Izzuddin Fauzi says

    9 May 2012 at 18:37

    Mau seronok dapat berendam nie 😀 Hehehe ;D

    Reply
  7. ProfHariz says

    10 May 2012 at 22:15

    Bagi cikgu Pantai Teluk Kemang menarik atau Pantai PD ?

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      11 May 2012 at 00:33

      Teluk Kemang untuk aktiviti keluarga memang best. Kat pantai PD cuma ada pantai je.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in