Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Pengalaman buat part time degree di SPACE UTM -Part 1

Pengalaman buat part time degree di SPACE UTM -Part 1

23 October 2012 by Cikgu Hairul

Sudah lama nak ceritakan pengalaman buat part time degree di SPACE UTM. Sejak grad haritu asik tertangguh atas beberapa sebab yang saya pun tak pasti.

Sejak saya memberi komentar berkenaan part time diploma baik atau tidak, bertalu-talu soalan dilontarkan kepada saya. Antaranya meminta saya ceritakan pengalaman sepanjang belajar dan bekerja.

Saya faham, kenapa persoalan itu sering ditanyakan. Belajar dan bekerja dalam satu masa memang memerlukan pengorbanan besar. Lima tahun saya tak kenal jiran tetangga dan saudara mara. Peritnya memang terasa sampai sekarang.

Belajar di SPACE UTM tak sama dengan belajar pengajian jarak jauh (PJJ) atau belajar part time di universiti lain. Saya melihat ini sebagai satu kelebihan walaupun bebanannya dirasai oleh pelajar. Apa taknya, kelas bermula seawal hari Sabtu pagi sehingga Ahad petang setiap minggu tanpa gagal.

Di universiti lain, mengikut pengalaman rakan-rakan yang buat PJJ atau part time memang jauh berbeza. Biasanya kelas dibuat pada hari bekerja selepas waktu bekerja. Ada juga yang kelas hujung minggu, tetapi sebulan sekali je. Nampak macam tak membebankan. Pada saya yang agak malas nak belajar sendiri-sendiri, mungkin ia tak berapa sesuai.

Amali Memasak

Perbezaan ketara yang saya nampak ialah jumlah pertemuan dengan pensyarah dan silibusnya. Di SPACE UTM, silibus yang digunakan sama macam yang digunakan oleh pelajar arus perdana (full time). Bayangkanlah pertemuan dengan pensyarah selama lima hari pelajar full time dipadatkan dalam masa dua hari Sabtu dan Ahad. Ia sama dari segi isi pelajaran, asigmen, amali,tutorial dan final exam. Seronoknya di sini ialah tiada beza antara pelajar part time dan full time.

Rahsia Mudah Lulus Temuduga Kerajaan

Itulah sedikit gambaran awal pengalaman saya belajar part time di SPACE UTM. Untuk part 1 ni saya cuma ceritakan beza belajar di SPACE UTM dengan di universiti-universiti lain. Akan datang saya cuba bawakan beberapa aktiviti yang dilakukan semasa saya belajar.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Denaihati says

    23 October 2012 at 13:18

    tahniah cikgu dah grad. terima kasih perkongsian pengalaman yg baik ni.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      23 October 2012 at 18:34

      terima kasih..

      Reply
  2. donnyien says

    28 October 2012 at 07:19

    kerja sambil belajar ke ni bro? apapun tahniah diatas pencapaian sebagai guru.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      28 October 2012 at 11:38

      aah.. sambil menyelam minum air. hehe

      Reply
  3. rozaidi says

    12 December 2012 at 10:20

    assalam,kelas tiap2 minggu ke atau 2 minggu sekali,,berminat gak nak sambung degree

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      13 December 2012 at 09:20

      Wslm, kelas memang tiap minggu tanpa gagal. Kecuali public holiday. Sambunglah bro selagi kita ada upaya.

      Reply
  4. johnn says

    14 December 2012 at 00:25

    mcm mana dri segi sosial life….memang kene bekorban habis2san ke????…masa untuk kawan2…family…..kerje 5 hari seminggu sabtu dan ahad plak ade kelas tiap2 minggu tanpa miss…..perhhh….lngsung xde peluang beriadah…….ataupon mcm mne????

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      15 December 2012 at 21:25

      Pengorbanan memang perlu. Macam tu la yang terpaksa dilalui. Sebenarnya ia akan mengajar kita menghargai masa. Kalau ada masa terluang, cuti sehari pun mesti kita akan manafaatkan sebaiknya.

      Reply
  5. firdaus says

    16 January 2013 at 21:38

    salam cikgu…sy bru je nk smbung degree utk kemasukan bln febuari 2013 ni…ape pndapat cikgu mengenai belajar part time ni..??ape tips2 utk memudahkan pelajar part time ni ??

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      16 January 2013 at 23:43

      Wslm, tahniah dapat sambung belajar.
      Part time study ni kena ada kemahiran mengurus masa yang sangat tinggi. Kunci kejayaan adalah masa. Kalau kita tak pandai urus masa, agak sukar nak belajar.

      Reply
  6. eqa says

    11 February 2013 at 14:57

    salam..mcm mana ye masa buat psm part time degree?kena ulang alik masuk lab di utm jb @ utm kl ke?tq..

    Reply
    • Amran says

      30 January 2014 at 09:04

      Biasanya utk amali cource engineering akan pegi ke Lab utm jb.. utm buat seminggu terus. kat utmkl cuma belajar teori je.

      Reply
  7. Rizal says

    22 August 2013 at 11:19

    Assalamualaikum… Ape beza utm dgn utm space ni ?

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      22 August 2013 at 11:43

      Bezanya cuma utmspace handle degree, diploma dan master part time. Utm untuk fulltime student. Jangan risau, silibus pelajarannya sama.

      Reply
  8. lis says

    16 September 2013 at 11:47

    saya ingt nak sambung jugk taun depan degree pemasaran….tempoh pengajian min 4 taun 6 bulan(xpasti)….cikgu ada kawan2 tak yg amek kos ni???saya nak tau lbh lanjut….

    Reply
    • Amran says

      30 January 2014 at 09:06

      Owh.. bagus la macam tu. Tapi saya tak ada la kengkawan yg ambik course tu.

      Reply
  9. atika says

    4 January 2014 at 14:02

    assalam saya nak tanya lepas grad sijil yang kita dapat tu same ke dengan budak full time???

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      4 January 2014 at 18:09

      Walaikumsalam,
      Sama je sijilnya. Takde pun dalam tu tulis dari SPACE. Semua utm yg keluarkan. Sama macam full time student.

      Reply
  10. yaya says

    29 January 2014 at 14:07

    saya terbukak blog cikgu semasa mencari hal berkaitan utmspace then terjumpa blog cikgu. saya nak tanya soalan dkt cikgu jika cikgu tidak keberatan untuk menjawab. kalau belajar di utmspace , sijil utmspace laku tak ? grad di UTM skudai ke?

    Reply
    • Amran says

      30 January 2014 at 09:13

      Terima kasih sudi berkunjung..
      UTM Space ni cuma nama pusat pembelajaran bagi program2 yang ditawarkan di UTM. So, segala pensijilan adalah atas nama UTM. Event dalam sijil, diploma, degree, MA atau PHD yang dibuat di UTMSpace ni pun tak ada tertulis pelajar ini lepasan UTM Space. Semua guna nama UTM je. Nanti grad pun kat UTM skudai. (Setakat hari ni la). Harap2 jawapan ni membantu.

      Reply
  11. lien says

    1 February 2014 at 14:03

    Sya nak tanya cikgu, bagaimana cara utk saya sambung belajar untuk menjadi guru. Saya sudah cuba pohon utk bidang pendidikan tapi gagal.

    Reply
  12. Aji says

    14 November 2014 at 02:07

    Salam,
    Nak tanya apa maksud kelas tetiap minggu tanpa gagal? Kalau x dpt nk attend kelas tu mcm mana?

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      14 November 2014 at 05:12

      Wslm, tanpa gagal ni kita macam tak boleh tak dtg langsung la. Kalau sehari tak dtg pun kehadiran kita dikira kurang 80%. Kes macam tu kalau kena lecturer yg straight memang tak boleh ambik final exam.

      Reply
  13. aril says

    29 April 2015 at 09:29

    cikgu ambik degree dalam bidang apa cikgu??boleh cikgu ceritakan serba sedikit latar belakang cikgu?

    Reply
  14. afiq says

    30 May 2015 at 09:44

    Salam cikgu..sy pkerja swasta sudah 4 tahun lebih..sy fikir2 nak sambung belajar dgn cara kerja sy skang ni .sy ingat nk amek part time exec.dip bisnes. Sbb dr segi tempoh masa utm agak lama berbnding uum n lagi stu dr segi yuran lebih tinggi berbanding dgn uum ? Mnakala dr segi sijil iktiraf ? So mna baik kualiti utm or uum ? Xpun cikgu bg suggestion u mna yg lebih baik untuk part time exec.dip bisnes..Plzzz cikgu sy confius…harap cikgu rep 🙂

    Reply
  15. Miss Pejah says

    28 August 2016 at 16:18

    assalam , nak bertanya bagaimana dengan yuran satu semester?

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      9 September 2016 at 07:01

      Minta maaf Miss, saya dah lama tinggalkan space.. miss boleh semak di laman web spaceutm. Biasanya yuran ada dinyatakan dalam web tu. Maaf sangat-sangat ye Miss.

      Reply
  16. fazrin says

    25 September 2016 at 08:14

    assalamualaikum… kt utm space ada kos pendidikan ke?.. dan, bole ka duduk KT asrama utm space tu klw degree part time

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      25 September 2016 at 22:36

      Waalaikumsalam. Dulu memang ada. Saya adalah batch terakhir program pendidikan space. Saya tak pasti samada diadakan semula atau dah dimansuhkan terus program tu. Yang asrama tu tak pasti. Kena hubungi sendiri pihak space utk kepastian..

      Reply
  17. Optimist says

    19 October 2016 at 13:53

    Adakah kualiti space masih sama seperti dulu atau sudah ada penambaikan sekarang cekgu? Saya mempunyai sumber kewangan yang sederhana. Sebab tu saya nak pastikan pilihan saya adalah terbaik.

    Reply
    • KHAIRUL AMRAN says

      19 October 2016 at 17:44

      Yang tu saya tak pasti. Dah lama saya tinggalkan space utm. Yang pasti yuran agak mahal berbanding dengan u lain.

      Reply
  18. Hosting says

    9 November 2016 at 03:11

    Saya merupakan pelajar dropout part time degree studies di utm space..antara faktor utama saya dropout adalah diri saya sendiri,saya tak mampu meneruskan bidang yang saya tidak minat iaitu sains komputer..saya bekerja dalam bidang telco di mana hampir tidak berkait lansung dengan sains komputer..pendapat peribadi,utm space sesuai untuk mereka yang pandai arrange masa,kerja office hour,dan ada study group sendiri..juga orang yang tak kisah bayar yuran mahal..dan sanggup sabar at least 5 tahun 96 habiskan study ?? terus terang utm space cekik duit student n ipt swasta..so belajarlah sungguh2 dan jelas matlamat yang nak dicapai..2 tahun kerja dalam bidang telco guna result diploma sains komputer,Allhamdulillah gaji 3K ++..kompani tgk pengalaman n kredibiliti kerja kita..

    Reply
    • Khairul Amran says

      14 September 2018 at 10:07

      Setuju sangat

      Reply
  19. muhd firdaus says

    4 May 2017 at 18:34

    utm space nie swasta kea??

    Reply
    • Khairul Amran says

      5 May 2017 at 06:24

      UTMSpace sebuah universiti awam. Anak syarikat UTM.

      Reply
  20. suffi says

    18 September 2017 at 17:13

    utm space ni diiktiraf MQA tak?

    Reply
    • Khairul Amran says

      18 September 2017 at 20:16

      Ye diiktiraf sebab UTM space ni memang menawarkan program dari UTM.

      Reply
    • Khairul Amran says

      14 September 2018 at 10:06

      iktiraf

      Reply
  21. Siti says

    12 February 2018 at 00:36

    Berapa tahun yea beza study part time dgn full.time???

    Reply
    • Khairul Amran says

      14 September 2018 at 10:05

      Sama tahun sebab part time space tak sama macam part time tempat lain. Kalau full time belajar seminggu, part time belajar dua hari (Sabtu dan Ahad). So, silibus part time dan full time habis pada waktu yang sama. Peperiksaan akhir juga dibuat pada waktu yang sama dengan pelajar perdana.

      Reply
  22. Blair says

    13 September 2018 at 16:22

    Hi tumpang tanya;.. Belajar part time ni dikira 1 tahun 1 semester or 1 tahun 2 semester?

    Reply
    • Khairul Amran says

      14 September 2018 at 10:03

      1 tahun 3 sem

      Reply
  23. Fatya says

    28 April 2019 at 23:11

    Utm ni swasta atau pun under government?

    Reply
    • Khairul Amran says

      8 May 2019 at 22:08

      IPTA

      Reply
  24. Rashidah says

    16 December 2021 at 11:37

    Assalamualaikum cgu..space vs pjj? Mana yg relevan & sesuai utk org yg jauh dr pusat pengajian, mcm saya stay di Kuantan. Cdg nk ambil pendidikan pengajian Islam.Sblm ni ada diploma pengajian Islam drpd IPTS.

    Reply
  25. ball says

    26 October 2023 at 03:13

    assalam, exam buat hari minggu atau hujung minggu ? sebab kelas utk part time degree utm space hujung minggu kan. saya cadang nk sambung part time, dlm bidang mekanikal. boleh saya tahu kos yuran dia?

    Reply
    • admin says

      10 March 2024 at 15:47

      Hujung minggu. Yuran dia agak mahal. cuma saya tak pasti berapa. dah lama saya tinggalkan dunia tu.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in