Bila disebut payung emas masing-masing mula gelisah. Terutamanya para isteri pencinta suami. Iyelah.. Kalau emas di tangan atau di leher tak payah tunggu suami buka mulut, kebanyakkan isteri mula merengek minta dibelikan. Bab payung emas, bukan rengekan keluar tapi ngauman kedengaran.
Untuk para suami, usah bercita tinggi menghadiahkan payung emas buat isteri jika sebentuk cincin gangsa pun tak mampu diberi.
Sang isteri jangan pulak asik menolak bila suami nak hadiahkan payung emas. Menolak tak mengapa tapi jangan sampai menolak hukum. Tak setuju tak apa tapi jangan sampai tak bersetuju dengan ayat alquran.
Isteri selalu berkata ” Bila cerita bab payung emas, mulalah nak keluarkan hadis dan ayat quran, bab ibadah lain haram nak buat”. Ikut separuh-separuh macam sayang la. Abang suruh bertudung macam-macam alasan diberi. Macam-macam akta dan sumber sesat yang isteri keluarkan.. Hehehe akhirnya dapatla satu payung emas. Kenapa suami memilih ibadah dan sunah yang satu ni? Jawapan mudahnya ialah ia mudah dan menyeronokkan. Ibadah dan sunah lain mungkin sukar untuk dilaksanakan. Jadi nak memulakan sesuatu mulakan dengan yang seronok dan mudah dulu lah.
Semudah itukah buat keputusan wahai suami? Meluruskan dua batang besi rel keretapi sangatlah susah. Kalau satu pun tak terbentuk, macam mana nak dua. Adakah dengan menghadiahkan payung emas pada isteri akan menyelesaikan masalah? Fikir baik-baik.
Sedikit perbincangan dengan seorang sahabat mengenai payung emas. Kebanyakkan isteri selalu mempertikaikan kenapa cari yang dara sunti. Ramai lagi andartu dan janda diluar sana andai tujuan untuk membantu. Itu ikut nafsu semata.
Dara sunti sangat sesuai untuk dijadikan isteri muda. Iya itu betul. Tak ada lelaki yang boleh pertikai. Golongan ini biasanya tengah gedik. Mudah terjerumus dengan zina. Perlukan kasih sayang dan belaian. Waktu inilah sesuai dijadikan isteri… “Ehhh kan ramai orang bujang. Buat apa yang tua nak sibuk-sibuk”. Wahai perempuan, adakah anda mahukan lelaki muda berhingus yang belum tentu kerjanya, belum tentu masa depannya? Tanya hati jawab sendiri. Sebagai lelaki sudah pasti tak mahu lepaskan peluang keemasan ini kan.
Anak dara tua dan janda pulak macam mana. Kalau sang suami berniat menolong… kahwinilah mereka. Eh salah tu. Nak menolong kan ada banyak cara. Beri bantuan terus apa yang mereka perlukan. Tak payahla ambil tanggungjawab sepenuhnya. Lagipun biasanya andartu dan janda ni sudah berkerjaya. Perkahwinan juga bukan menjadi misinya. So buat apa nak kahwin dengan mereka. Mereka dah pernah merasa, dan ada segalanya.
Payung emas oh payung emas. Satu pihak menentang, satu pihak menyokong. Fikirlah kesan dan akibatnya. Jangan jadikan ia satu penyelesaian masalah. Sebaliknya selami permasalahan untuk diselesaikan. Bukan untuk dibahaskan hukum yang telah Allah turunkan. Ini sebagai renungan. Terlalu sukar berkongsi kasih. Sukar juga menyimpan kekasih.
Pacifista says
haha…lain macam je entri ni.ke nak bagi payung emas kat bakal orang rumah nanti? ๐
Cikgu Hairul says
Ish.. Mintak dijauhkan. Moga bahagia selamanya.
Pacifista says
betul tu.selagi kita sayangkan orang rumah kita takyah la terfikir nak berpoligami ni…
Amar says
Bukan omongan kosong.
Cikgu Hairul says
Sekadar bualan biasa..
Amar says
“Sedikit perbincangan dengan seorang sahabat” apapun penambahan yg ada, apa yg telah lama ada seharusnya kekal begitu. Alhamdulillah.
Cikgu Hairul says
Sahabat merangkap bro in low.. Wahaha cute gitu perbincangan payung emas ngan bro in law.
ohcikgu says
payung emas? hehe..
suri says
bukan payung yg tadah hujan tuh heeee
suri says
bonus dpt emas heee..emas perhiasan hee..klu llki tak btul susuh gak nak suruh kwin lain takut llki nnti tak terjwb..if klu llki bagus dru sgi agama ok je kot.and adil.. heee
Cikgu Hairul says
Biasanya kalau cukup dari segi agama lelaki ni akan pikir 38-45 kali sebelum buat keputusan bagi payung emas.
suri says
tapi kata org hdup bermadu hati kena kuat thn sabar sb kongsi kasih dg madu yg lain eeeee
Cikgu Hairul says
Sabar tu la kunci segalanya.
suri says
ada suakr nak pilih maka terpaksa lepaskan juga isteri pertama..kisah mmg
sedih..
azman says
Aduh,lelaki mana yang tak nak beri payung emas kat isteri,tetapi isteri pulak tak nak.Yang dia nak gelang emas hehehe…Kalau dah jodoh nak wat macam mana kan?kan?kan?..
Cikgu Hairul says
Betul tu.. Hehehhe.. Ada juga lelaki yang tak mampu nak beri payung emas. Mungkin sayang lebey..
sweetkurma says
ehem ehem ehem
Mekar says
Berdosa kalau kita menolak hukum yg terdapat dalam al-quran itu.
Memang suami akan dapat isteri lebih dari satu @ bini muda tapi ia berserta tanggungjawab dan amanah besar yg perlu dipikul oleh si suami. Bukan setakat seronok2 ๐
Cikgu Hairul says
Seronok tu yang paling utama bagi lelaki. Bab tanggungjawab yang selalu fail. Akhirnya seronok pun tak dapat, pahala jauh sekali.
suri says
haa yg tu mmg gagal..tapi suka gak tgo org bermadu bila lki dia bijak dlm uruksan madu2nya..tapi tak semua org blh handle dgn baik kan hee…
kyrul says
aku ada baca buku pasal hadis palsu .dia cakap payung emas ni tak wujud pun .erm,wallahualam .nice post bro.
Cikgu Hairul says
Owh ye ke? Takpe nanti aku cuba cari semula hadis pasal payung emas ni.
titan says
ohh..payung emas yang itu..
Cikgu Hairul says
Kalau payung emas betul rasanya takde isteri yang menolak tu..
Amar says
Bro-in-law tu disebabkan law. Fren tak tertakluk kepada law. Its not upgrading from fren to in-law, but its adding the package from fren to fren + bro_in_law. No worry bro, aku boleh tolong cover line kalau ko nak. ๐