Bismillahhirrahmanirrahim.
WordPress for iPhone versi baru ni tampil dengan interface baru juga. Ni yang duk menerai ni.
Rumah saya biasa dikunjungi orang setempat untuk baiki komputer. Depan simpang sana pun ada kedai baiki komputer tapi orang datang sini dulu sebab kalau ke sana dah tentu kena bayar.
Cara saya investigate terus depan diorang dan estimate terus harganya kalau perlu alat ganti. Kalau rumit saya return terus waktu itu juga.
Baru tadi ada orang datang bawa PC yang tak boleh dihidupkan. Saya cuba On, dengar bunyi “tut” panjang sebanyak 3 kali. Otak saya terus tangkap, itu RAM. Off semula, buka dan reseat RAM. On semula balik kepada biasa. OK ambil bawa balik komputer hang. Hehehe… Kalau tak boleh tadi, tonyoh RAM tu dengan getah pemadam jer. Kalau tak boleh juga saya suruh hantar kat kedai depan simpang tu jer. Hehe
Bukan apa, saya lebih fokus kepada kerja lain. Kalau repair komputer tu sejam siap tak apalah. Kalau format siap dalam 3 jam masih OK. Kalau kena yang komplikated sampai 3 hari memang tak padan lah. Nak caj berapa? Sebab orang di sini rata-rata guna komputer seken RM350 zaman Windows XP dengan Pentium 4. Jadi caj baiki yang diorang sanggup tak lebih RM20.
Awal pagi tadi seorang bawa laptop yang keyboardnya rosak. Saya tanggalkan pin kabel keyboard tu dan suruh dia pakai keyboard desktop yang harga RM12 tu saja. Sambung dengan USB. Seronok dia tak perlu beli keyboard RM100 lebih. Bateri konk, menten saja guna power adapter.
Dengan keadaan ekonomi negara sekarang semua pun perlu berjimat. MacBook Pro saya, DVD drive rosak, saya abaikan saja. Guna external DVD sebagai ganti. MacBook Pro guna OSX Mavericks; nak jimat lagi emulate Windows, FreeBSD, Solaris dan Fedora.
Seadanyalah…
syaz says
WordPress untuk OS mmg best dgunakn berbnding blogger untuk OS. WordPress sentiasa update berbanding aplikasi blogger.. Gempak lh cr nk jimat kos utk comp n laptop..kalau laptop blh on sbb pe yea? adapter ok je, adakah masalh kt mainboard laptop??
Amar says
Macam-macam sebab boleh jadi punca. Cuba tanggalkan bateri dulu. Kemudian cuba hidupkan dengan power adapter jer. Kalau apa pun tak keluar (Kejung) biasanya prosedur POST gagal. Kena troubleshoot ikut kerosakan.
p/s: POST ialah Power On Self Test. Jika komputer rasa ada perkakasan yang bermasalah, dia akan abort prosedur dari On sehingga perkakasan tu ditanggalkan atau dibaiki. Contohnya, kalau NIC atau modem spark kena kilat. NIC atau modem tu kena tanggalkan dulu sebelum troubleshoot.
Kalau komputer keluarkan bunyi “tut” atau “bip” panjang tiga kali biasanya RAM ada masalah. Kalau “tut” atau “bip” tu bunyinya pendek dan cepat biasanya Graphic card.
TehR says
zaman seba naik ni
guna yang mana ada je
aku nasib baik juga
ada kawan yang tahu baiki komputer
Amar says
Guna dulu apa yang ada tu lebih baik. Sekarang kuasa membeli dah jadi semakin kecil. Pendapatan isi rumah di bandar RM5300 pun tak cukup.
Fadhil says
Aku biasanya troubleshoot dan repair sendiri je PC ni. Jimat kos. Member2 mintak tolong, buat je la. Mintak belanja air je. Tapi kalau melibatkan kos yang banyak, lain kira lah.
Mus says
macam-macam cara nak berjimat.. biasa mmg trial and error dulu
Denaihati says
Alhamdulillah banyak boleh jimat ni, selagi boleh pakai/repair. kalau dah tak boleh kenalah cari baru, laptop pun memang dah keperluan sekarang, sangat banyak membantu.
zik says
keyboard laptop nih pun dah rosak.. pakai usb jer.. bateri pun dah kong… malas nak repair dan beli bateri baru… dah dekat 3 tahun jugak … tak repair2.. huhu
Amar says
Iyalah… Janji boleh jer kan… Lain lah kalau memang nak bawa laptop travel sana-sini. Yang itu kena ada perancangan lain lah… 🙂
ohcikgu says
selagi boleh repair sendiri. Kita repair. Hehe..
Jimat banyak benda. Tap kalau dah part susah tu..hantar kedai ajelah..
Amar says
Jimatlah apa yang boleh, Petrol kita takleh nak jimat. Luar kawalan… heheheh