Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Pecah Tabung

Pecah Tabung

9 April 2014 by admin

pecah-tabung

Hujung minggu haritu terasa macam takde keja nak buat. Masa tengah mengemas dalam bilik tiba-tiba teringat tabung yang dah penuh. Susah juga bila tabung dah penuh ni. Bersepah-sepah duit syiling tak tau nak letak mana.

Akhirnya tabung yang ada dibuka. Duit syiling diasingkan dan dikira. Alhamdulillah, setahun punya penjimatan boleh la buat renew roadtax kereta.

Ni tips kalau nak tukarkan duit syiling kat bank :

  • Asingkan duit ikut nilai. Nanti buat penat je pegi kaunter dia suruh kita asingkan. Kalau sikit takpe, tapi kalau dah sampai beribu-ribu larat kita nak asingkan sorang-sorang.
  • Kira dulu. Nanti sampai bank kena isi borang masuk pulak. Tak boleh main tukar-tukar je. Ni nak elakkan kerenah bank yang kadang-kadang macam bagus. Mereka dah ada mesin kira syiling, tapi masih juga suruh kita kira dulu. Walaubagaimanapun, untuk kebaikkan kita juga. Kira siap-siap baru puashati kan?
  • Sesetengah bank ada hari-hari tertentu nak tukar duit syiling. Pastikan hari betul-betul. Jangan buang masa pergi kaunter nak tukar, kalau bukan hari yang ditetapkan. Alamatnya kita akan kecewa.
  • Normal, perkiraan kita dengan perkiraan bank akan berbeza. Mungkin sampai RM10 perbezaannya tu. Maklumlah dia kira guna mesin, kita guna manual.

Kalau taknak banyak kerenah, boleh je tukarkan duit syiling tu dengan kedai mamak. Nak lagi best pegi je gerai makcik jual nasi lemak yang selalu sangat takde duit kecik. Bagi duit RM5 pun masih tanya lagi ada duit kecik tak. Mesti seminggu dapat nasi lemak free.

Okeh, kita mulakan menyimpan lagi. Banyak kebaikkan kita simpan duit syiling ni. Untuk emergency elok la. Jangan simpan duit kertas. Kebarangkalian untuk habis dibelanjakan sebelum tabung penuh tu sangat tinggi.

Selamat menabung.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. mrhanafi says

    9 April 2014 at 01:52

    memang sesuai sangat kalau tukar duit di kedai mamak atau gerai nasik lemak!

    Reply
    • Amran says

      18 April 2014 at 00:37

      untung2 dapat roti free..

      Reply
  2. Fadhil says

    9 April 2014 at 11:08

    aku selalu tukar duit syiling kat kedai je. diaorang memang suka la. Satu lagi kalau nak simpan simpan kalau syiling biasanya kena float 2-3 hari.

    Reply
    • Amran says

      9 April 2014 at 11:47

      Betul tu..

      Reply
  3. zik says

    13 April 2014 at 21:39

    duit syiling hujung bulan dah kena pecah..hehe.. takda disiplin..

    Reply
    • Amran says

      18 April 2014 at 00:38

      kena disiplin bro. hahaha.. pecah buat bayar parking ke atau buat tikam telor? hahahaha

      Reply
  4. ieta mat sa'ad says

    15 April 2014 at 12:53

    baru tahu… terima kasih…
    Saya menabung syiling 50sen. Masa zaman guru elaun dulu, sesak2 dapat gak guna utk beli susu pampers anak…. huhu…

    Reply
    • Amran says

      18 April 2014 at 00:39

      oooo.. patut la duit 50sen susah nak cari. kat dalam tabung rupanya. 🙂

      Reply
  5. titan says

    15 April 2014 at 20:24

    mana tabung aku nih..dah lama tak pecahkan ni..

    Reply
    • Amran says

      18 April 2014 at 00:40

      bro, simpan dulu. nanti bleh buat wang maskahwin.

      Reply
  6. Mohd Ilham says

    16 April 2014 at 01:15

    dah lama x amalkan tabungan duit syiling nie.. lebihan duit syiling mesti akan bertaburan merata2 kat dalam rumah nie… Okay masa untuk menabung kembali..hehe

    Reply
    • Amran says

      18 April 2014 at 00:41

      wah.. mesti kaya. duit bersepah2 atas lantai. pencuri masuk pening kepala.

      Reply
  7. Razlan says

    16 April 2014 at 21:15

    Dah lama start menabung tapi tak banyak2 juga duit ne – asyik korek kot hehe

    Reply
    • Amran says

      18 April 2014 at 00:42

      kurang-kurangkan aktiviti mengorek. 🙂 korek idung takpe. kalau teringat nak korek tabung, sila korek idung sampai lupa nak korek tabung.

      Reply
  8. raudzah says

    18 April 2014 at 21:34

    Kita pun ada tabung sebab syiling banyak..every three months tukar sekali..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in