Pelajar Bawak Handset, Cikgu Jugak Yang Salah!, originally uploaded by KHAIRUL AMRAN.
Macam-macam la sekarang ni. Isu ni memang dah lama. Isu pelajar bawak handset ke sekolah. Masa 2009 tak silap aku, ada satu pekeliling larangan bawak hs ke sekolah. Ramai la merungut. Mak bapak terutamanya.
Pihak sekolah sedaya upaya cuba kuatkuasakan arahan berkenaan larangan tersebut. Tapi dah macam-macam kita dengar. Ibu bapak mengamuk tak tentu pasal. Padahal untuk kebaikkan anak mereka juga. Bila ada hs kena curi, cikgu juga dipersalahkan. Katanya cikgu tak reti jaga murid. Banyak cantik..
Ni lah dia. Kuatkuasakan salah, tak dikuatkuasakan pun salah. Cikgu dan sekolah serba salah. Hari ni media sekali lagi mengherdik sekolah. Katanya murid bawak hs ke sekolah tanpa halangan langsung. Eh! Kan dah cukup jelas, bila murid tu ditanya mereka kata mereka bawak hs ke sekolah curi-curi. Maknanya diluar pengetahuan guru.
Cikgu juga ke yang salah? Kalau cikgu buat spot check nanti, rampas hs murid-murid mak bapak juga termenung. Saman cikgu, saman sekolah. Entahlah… Tak paham sungguh.
Iyalah… Cikgu je lah yang salah. Murid download cita lucah kat hs pun cikgu juga yang salah. Murid rakam gamba kawan gaduh pun cikgu je yang salah. Takpe la. Terima je semuatu dengan hati terbuka.
P/S : Mak pak tolong la ambik balik hs yang dah diberikan pada anak tu ye. Banyak la masalah yang timbul kalau bawak hs ke sekolah. Cuba la faham situasi sekolah.
Raja Kamil says
Murid tendang mak pun cikgu yang salah….loh.
Sabar je lah cikgu-cikgu oi. 🙂
PS : tadi baca fb seorang cikgu yang bagitahu, seorang ibu datang mengadu yang anak dia tendan dia.
Tak tahu lah apa nak cakap.
Fran says
Macamlah guru ni bodoh dan macamlah ibu bapa dan media betul sangat. Cubalah bagi peluang diorang jadi guru sekolah dalam masa sehari je. Entah-entah belum cukup sejam duduk di sekolah dah bunuh diri..
mohamadSaleh says
pasal sekarang semua ibubapa dah pandai… sampai terlupa dulu CIKGU yang ajar sampai dia jadi pandai. Skrg dah lupa siapa cikgu, dia pulak nak ajar cikgu… dunia sudah terbalik.
DaNoNE says
biasa la adap dunia,, seseorang harus diersalahkan untuk menutup kesalahan diri.
Cikgu Hairul says
mudah nak dijadikan kambing hitam
titan says
entahla..semua nak salahkan cikgu..