Terkejut dengan keputusan menteri yang membenarkan pelajar universiti jadi calon untuk PRU 13 ni. Apa rasionalnya keputusan itu? Mereka nak makan pun pinjam duit PTPTN, inikan pulak nak jadi wakil rakyat. Mana mungkin?
Bukan soal nak cari makan sendiri je, tapi ini soal rasional. Pelajar masih terikat dengan segala bentuk aktiviti pembelajaran universiti, tiba-tiba dibenarkan jadi calon pulak.
Sehebat mana pun mereka mengurus masa, kalau terikut dengan hal politik pasti tak sempat nak belajar. Sedangkan pelajar yang aktif berpersatuan pun boleh lingkup pelajaran, inikan pulak aktif dalam politik.
Mungkinkah ini ada agenda jahat pihak-pihak berkepentingan menjahanamkan pelajar bangsa Melayu. Ieyalah, orang yang taksub berpolitik ni kebiasaannya anak bangsa Melayu. Bila mereka lingkup dalam pelajaran, gelaplah masa depan. Sektor awam dan kerajaan mana nak ambik budak gagal kan?
Mintalah orang yang buat keputusan ni kaji balik keputusan tu. Nak bebas bersuara memang boleh, nak menunjukkan sokongan takpe, nak berpolitik silakan.. Tapi kalau sampai dibenarkan jadi calon YB itu sudah ada yang tak kena.
anif says
Masalah juga ni.. kalau anak murid jadi YB. Pensyarah jadi serba salah!
Cikgu Hairul says
mungkin yb akan naik tocang. Kalau kena tegur, mesti tak lama pensyarah tu kena pecat. Kuasa politik diberi pada orang yg tak cukup akal. Macam2 blh jadi.
shraqs says
Memang dah jauh berbeza… kalau dulu, nak jadi wakil rakyat pastikan calon tu orang yang kaya raya (baru senang nak bantu rakyat), sekarang ni pulak, masa nak jadi calon tak perlu kaya,.. boleh cari kekayaan lepas jadi wakil rakyat… sebab tu kebajikan rakyat terabai. IMO
Cikgu Hairul says
tak tau la apa yang cuba mereka bawak dalam suasana politik kita ni. Takut2 lagi jahanam negara.
Leeza Dayasari says
setuju…. betul kata cikgu. apalah motif erk. nnt tak pasal2 musnah masa depan. bukan ng ngata org melayu, tp kadang2 over sgt sokongnya tu. smpai sggup ketepikan agama.
TehR says
pelajar yang kaya je layak
boleh pasang SU ramai2 urus hal orang kampung
Izzat Aziz says
Jadi wakil rakyat tu mungkin tidak patutlah, tetapi secara jujur masa aku di university, orang-orang muda kat university bila cakap pasal politik lebih make sense berbanding orang-orang tua, menteri-menteri.
Tak tahulah tempat orang lain, tetapi orang muda aku kenal semua jenis tak kepartian, sebaliknya selalu bincang apa yang patut Malaysia dapat bukan apa parti Malaysia patut sokong.
hairulafiz says
buat apalah diberikan kepada pelajar. bukan tujuan utama pelajar ialah belajar sehingga berjaya grad ker…
Achik Ezz says
memang betul idea pelajar bukan berdasarkan kepentingan diri atau parti yang mereka sokong~ tapi itu sebelum mereka masuk dalam politik.
bila mereka dah masuk politik, tentu idea yang mereka cuba bawa tu berdasarkan pegangan politik parti yang diwakili. comfirm dah lari dari tujuan asal nak membela rakyat.
Lagipun, sebernas-bernas idea mereka ni, mereka ni tetap belum cukup akal dan tak matang dalam urusan tadbir ni. isunya, bukan nak tadbir kelas atau fakulti..tapi nak tadbir negara..belajar lah dulu urus diri sendiri sampai grad baru fikir nak urus negara. itu lebih baik!!!
ecadwinkyasha says
umur 21thn wajib daftar menggundi..tpi bila ‘mereka yg layak jadi penggundi’ pun ikut berkempen dlm uni,semua parti marah-marah…so,fikir2kan untuk naikkan had umur tersebut.hehehhee