Wahai sahabat, wahai teman. Dengarilah perkongsian dari jiwaku ini. Inginku pesan kepada kalian terlalu banyak peluang menjana pendapatan pasif walaupun anda telah mati.
Ibu bapa yang ada anak kecil, ambil peluang ini ye. Ajarlah mereka mengucap dua kalimah syahadah, baca fatihah, wuduk dan solat. Inilah peluang kalian untuk mengaut income pasif walaupun telah meninggal dunia.
Tak perlu ajar yang susah-susah dulu. Ajari mereka perkara asas. Perkara yang wajib sahaja dulu. In Sya Allah, seawal usia 3 tahun anak-anak boleh terima. Perkara wajib sahaja tau, bukan yang sunat-sunat.
Rugi sangat kalau cikgu sekolah mereka menjadi orang yang pertama mengajar anak-anak kalian mengucap, baca fatihah, wuduk dan solat. Peluang tu dah ada depan mata, tapi kita sia-siakan.
Begitu juga dengan atuk-atuk yang terlepas peluang mengajari anak atuk dulu. Cuba ambil peluang ajar cucu kalian. Tak dapat ajar semua perkara asas, cukuplah kalau dapat ajar satu perkara.
Pesanan dari guru saya ni sila semat betul-betul dalam hati. Perkara asas yang kita sempat ajar akan digunakan sampai anak-anak ni mati. Bayangkan kalau perkara asas tu anak-anak ajar pula pada cucu kita. Inilah pendapatan pasif yang saya maksudkan.
Sekadar pesanan buat sahabat yang punya anak dan cucu..
Leave a Reply