Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Pemandu Mabuk Membunuh, Perlu Ke Arak Difatwakan Diharamkan?

Pemandu Mabuk Membunuh, Perlu Ke Arak Difatwakan Diharamkan?

1 June 2020 by admin

Haramkan Arak!.. Haramkan Arak!..
Begitulah kata-kata netizen bila mengulas isu pemandu mabuk melanggar orang sampai mati.

Aku pun pelik, bila masa arak halal?

Apa kata kita benteras pemandu mabuk ni bermula dari diri kita. Macam mana nak mulakan?

Kalau kita rasa arak tu haram, janganlah minum arak. Kalau rasa memandu semasa mabuk itu membahayakan, janganlah memandu semasa mabuk.

Educate orang ramai. Tingkatkan kesedaran kepada pengusaha pusat hiburan dan kedai² yang menjual arak.

Kesedaran ini perlu diterapkan. Ramai orang masih belum sedar arak itu haram, memandu semasa mabuk itu bahaya. Orang Islam memang tahu itu, tapi mungkin mereka tak sedar. Orang bukan Islam tahu mabuk menjadikan dia tak mampu bawak kereta dengan betul, tapi berapa ramai yang ada kesedaran itu?

Media wajib main peranan. Sosial media boleh kita gunakan untuk memberi kesedaran itu.

Aku nak mulakan kesedaran itu dengan menulis artikel² macam ni la. Itu sedikit usaha aku sebagai seorang blogger. Kalau korang taknak menulis, cukup dengan share je tulisan aku ni. Semoga ada manfaatnya.

Buat sekadar termampu je.

Filed Under: Dari Hati Tagged With: haramkan arak, pemandu mabuk

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in