Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah 10 hari kita puasa. Rasa macam baru semalam je berpuasa.Peniaga bazar Ramadhan juga dah ramai yang balik modal dan kaut untung juta-juta. Kita yang membeli ni dah kira ke berapa pembaziran terkumpul setakat ni?
Saya cuba membayangkan pembaziran yang berlaku semasa bulan Ramadhan terutama masa berbuka puasa. Kadang-kadang rasa takut pulak. Congak punya congak, terasa jauhnya kita dari syariat islam sebenar.
Sana sini bazar Ramadhan. Nampak macam bulan Ramadhan ni pesta makanan la pulak. Orang membeli tak hengat dunia. Penuh berjinjing kanan dan kiri dengan makanan. Ayam golek, murtabak singapore, nasi beriani gam batu pahat, bubur lambok. Yang pastinya semua tu ada peminat setianya.
Adakah apa yang kita beli tu habis dimakan? Sebungkus air yang kita beli berharga RM2 tu habiskah? Seekor ayam golek yang kita beli sampai RM20 tu, licinkah? Cer tengok semula, berapa ketul kuih yang kita beli jadi habuan tong sampah? Sedih..
Bayangkan kita di Malaysia ada 10juta orang Islam yang membeli di bazar ramadhan. Setiap seorang cuma membazir RM1 je dari pembelian tersebut. Tak kesah la apa jenis pembaziran sekalipun. Tak habis makan ke, tak sempat makan dah basi ke, minum sikit rasa dah kenyang ke.. ataupun saja beli untuk jadi habuan tong sampah. Semua tu kalau dikumpulkan berjumlah RM10juta sehari. Kalau 30 hari, tak ke pembaziran sejumlah RM30juta. Mak ai.. banyak tu.
Perkiraan tu tak termasuk dengan pembaziran lain. Contohnya beli baju raya sampai 18 pasang, berbuka di hotel sampai RM120 seorang, beli langsir baru padahal yang tahun lepas pun tak rosak lagi. Itu bentuk-bentuk pembaziran yang kita tak berapa nak sedar. Betapa mewahnya kita di Malaysia. Syukurr..
Dengan RM30 juta tu macam-macam kita boleh buat. Tapi tu la kan.. kita tak terasa sangat sebab kita hidup mewah. Membazir setakat RM1 sehari tak jadi hal. Ramai di antara kita terasa mampu bermewah ketika berbuka. Tak salah kalau ianya tak membazir. Tapi agak terkilan sebab masih ada insan yang berbuka dengan kurma dan air kosong dan bersahur dengan sekeping roti. Bukan sebab mereka ni tak mahu mambazir, tapi itu je la yang mereka mampu. Cerita ini bukan di Rohingya atau di Palestin. Ia benar-benar berlaku di negara Malaysia kita yang dikatakan kaya raya.
Sebelum terlambat, marilah kita sama-sama kira semula berapa keperluan tembolok kita untuk berbuka puasa. Perut kita cuma sebesar tapak tangan je tau. Nak isi macam-macam pastinya tak muat. Ada baiknya kita catu sebelum nikmat itu Allah tarik balik satu hari nanti. Elakkan pembaziran yang kita tak sengaja. Kadang-kidang kita lupa dan tak ramai yang mengingatkan.
Leeza Dayasari says
yup.. jgn membazit. kadang2 kalau pg bazar, mcm2 nk beli.
haaaaa…… better pesan jew. hehehe
Cikgu Hairul says
tengah lapar memang macam nak baham je semua yg ada.
anif says
Bersederhanalah.. Itulah yang sebaik-baiknya. 😀
Cikgu Hairul says
saya setuju sangat.
rahman says
semua tu angkara nafsu yang membuak buak 🙂
suri says
salam.
sesekli ok tpi klu sllu habislah wang mengalir…
suri cukup bli nasi atau mee je bab2 air tu blh buat kt rumah hee..
Cikgu Hairul says
tapi walau sekali-sekala pun, pembaziran pun kena ambik kira juga.
suri says
ni balik cri bubur lambuk heeee..
pstt bro blog sy dah ok
Cikgu Hairul says
tu la saya dah tengok gak. nasib baik takde apa yang hilang dalam blog tu.
bubur lambuk kat kampung baru free je.
titan says
aku tak tahu lagi aku berbuka apa hari ini..
Cikgu Hairul says
hahaha.. sekarang mesti dah tau. buka apa tadi bro? cendol ke? hehehe
Blog Asyraf says
Ayam golek seekor rm17 kat tempat saya heeheee..
Cikgu Hairul says
owh masih murah lagi tu. kat setiawangsa ni harga antara 18-20 ikut harga ayam semasa.
Blog Asyraf says
bila tak boleh kawal nafsu…..
Cikgu Hairul says
kenapa tak boleh kawal nafsu ye? bukankah puasa dapat mengawal nafsu. Rasulullah juga menyarankan sesiapa yg tak boleh kawal nafsu berpuasa. Jadi sangat pelik la kalau berlaku sebaliknya.
Jebeng Otaiâ„¢ says
sedar x sedar kdg2 kita terbazir makanan..bila x de rasa ‘cukup’..tu yg membazir byk tu..huhu
Cikgu Hairul says
Mudah-mudahan bulan puasa ni akan mendidik jiwa lebih rasa cukup supaya tak berlaku pembaziran.
Mus says
syukur.. setakat ni kami berbuka ala kadar sahaja..
pembaziran memang wajib dielakkan..
Cikgu Hairul says
Alhamdulillah..
sjiehan says
nafsu je suma tuuu
Cikgu Hairul says
Nafsu yang terkawal boleh mengundang bahaya. Poket kering.. Hehehe
maza says
Tahun ini rasanya di KL ramai yg bikin untung dari pasar ramadan… tidak seperti tahun-tahun sudah, hujan menjadi penghalangnya.. hehehe
psst: lagi2 ler dengar kata ada bonus utk kakitangan kerajaan sempena raya ini, maka makin meriah ler kat pasar, kan kan kan
Hafizul says
Emm betul kata cikgu tu..sy pun ada jugak lakukan pembaziran mcm ni..masa beli tgok itu sedap, ini sedap..tapi lepas makan nasi, terus selera sedap tu hilang..smp sahur pun kuih tu tak terusik…skrg tak lagi…beli jer apa yang betul2 rasa nak makan..
Oh! budu says
biasa yg bazir adalah bubur lambuk la. kite kalo org ada bg bubuk lambuk free, jrang amik sbb jarang sgt kite mkn.hehe
Jubah Fesyen says
Ewah ewah… pepandai jer dia karang… tah betul tah tidak…
hehe gurau jer … best cerita nie .. thanks.