Seorang pemuda singgah di KFC Setiawangsa membeli 5 ketul ayam goreng. Hajat di hati nak makan dengan aweknya di Tasik Titiwangsa sambil memadu asmara. Dalam kesibukkan KFC, akhirnya dapatlah dia sekotak makanan diidamkan. Lantas bergegas ke rumah aweknya di Taman Setiawangsa.
Lalu dibawa aweknya ke Taman Tasik Titiwangsa untuk menikmati kelazatan ayam KFC yang dikatakan sampai menjilat jari itu. Sesampai di sana dibukalah kotak KFC. Sang awek senyum dan berkerut berselang seli melihat apa yang ada di dalam kotak ayam itu. Pemuda itu terkejut beruk sebab dalam tu cuma ada duit RM500 dan bukannya ayam goreng.
Dengan perasaan sedih bercampur hangin satu badan pemuda itu mengambil keputusan untuk memulangkan duit RM500 di KFC dan meminta ayam gorengnya. Dalam perjalanan pemuda itu merungut-rungut sendirian. Kekecewaannya jelas terbayang sebab tak dapat makan ayam KFC dengan buah hatinya.
Sesampai di KFC Setiawangsa, pemuda itu memberitahu cashier bahawa kotak ayam yang diberikan tadi ada RM500 dan bukannya ayam. Apa lagi terkejutlah cashier yang lawa itu. Manager mengambil alih kes tersebut. Pemuda itu meminta ayam gorengnya semula dan ingin memulangkan semula RM500 tersebut. Manager KFC menjadi sangat hairan dan takjub melihat situasi itu. Dia pelik, zaman sekarang ada lagi manusia sejujur itu. Manager itu pun berkata ” Bang, apa kata saya panggil TV3 dan buat cerita kisah kejujuran abang ini”. Pemuda itu berkeras tidak mahu. Apa yang dimahukan hanyalah ayamnya sahaja.
Sekeras mana permintaan Manager KFC, sekeras itulah juga pemuda itu menolak. Manager itu bertambah hairan. Orang sekarang punyalah buat benda pelik nakkan publisiti murahan, tapi pemuda itu menolak dapat publisiti. Sangat pelik dan ajaib.
Desak punya desak, akhirnya pemuda itu mengalah. Pemuda itu menceritakan kesah sebenar kenapa dia tak nak sangat diinterview oleh TV3. Dia takut kalau masuk TV3 kesahnya memulangkan duit RM500 dan meminta kembali ayamnya sebab nak makan bersama buah hati, nanti semua orang tahu terutama Isteri dan anak-anaknya. Padahal isteri dan anak-anaknya tak pernah pun dibawa untuk makan KFC sepanjang perkahwinannya. Rupanya pemuda itu takut rahsianya terbongkar.
Haha.. apa pengajaran dari cerita ini?
Don’t Judge A Book By Its Cover..
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Macam tak logik je cerita ni.. Apapun terbaik lah..
Hehehe.. Nama pun cerita. Yang penting pengajaran dia tu.
Emm … pengajarannya mamat tu kena kahwin dualah jawabnya …. hehehehe … supaya elakkan maksiat 😀
Dalamnya hati sapa yang tahu…
zaman sekarang masih ada pula, orang semacam tuh
Memang ada Kak.. Kalau tak, takde la jadi cerita.
Kadang-kadang kulit je cantik, dalamnya busuk.
Beli durian kopek dulu tengok isinya ok ke tak.
Publisiti yang diterima bakal membongkar kisah lain..
Sebab tu la dia berkeras. Kantoi mati woo..
setiap yang berlaku mesti ada sebab disebaliknya.
Sebab yang dia je tahu.. so janganlah memaksa.
Wow ! RM 500 tu boleh beli 15 kotak KFC OOOooo 😀 … hehehehe
Kalau kita yang dapat dah tentu beli lain je kan.
Apahal lah dia pulangkan duit tu yer ? … dah tak siuman ke dia ni … hehehehe (nampaknya kau ni benjy tak jujur yer ..) … sebenarnya Benjy jujur broo … cauma kadang2 tak jujur je … hehehehehe
Kadang-kadang? heheheh..
Pengajaran yang aku dapat,… bila ada orang berbuat baik, tak semestinya dia betul2 baik dan ikhlas… dan satu lagi jangan mudah percayakan orang… apapun cerita memang best.
Sekadar cerita buat renungan.
pengajarannya, ayam KFC lg penting dr duit dan kejujuran suma tu… muehehe… gurau jer…
IMPOSSIBRUUU.
Tapi ada logiknya, kantoi lah kalau die kena interview kehkeh.
Eh tapi watak nenek tu apa pulak? Haha
pengajarannya;
1. manusia kalau nak sorok benda jahat, apapun dia sanggup buat..
2. suami dah tahu ada isteri, buatlah cara ada isteri..nie menggatal dengan perempuan lain..
3. jangan makan kfc(??)hehe
ni kes kedekut ni..
kesian..tak ajak family pegi makan KFC
Dia takut tergoda ngan awek KFC.. Atau takut kena tumbuk. Hehehe
haha tak nak bocor rahsia rupanya. kuang3x …. adoi lawak tol
So..endingnya wife n anak2nya tau tak?
Pastu dia dapat smula tak ayam KFC tu?hahahaha…
Pengajaran:bawak anak isteri g makan KFC…huhuhu
Tak sempat nak tengok endingnya..
huhuhu… jujur dimata buah hati… di mata isteri aduhai… jujur tak ikhlas namanya ni…
Sembunyikan aib diri dengan berbuat baik. Sekarang memang banyak orang buat camtu.
adehhhh, mcm ni pon ada, heheh
mestilah ada.. hehe
haha..ni jujur sangat mamat nih..
Mana ada jujur. Puas dia nak cover tu..
pemuda ini memang jujur dan ikhlas bukan macam pemuda UMNO haha
Jujur ada makna tu..
Tidak boleh selingkuh makanya