Nak gelak pun ada, nak menangis pun ada. Bila kenyataan seorang menteri kat Dewan Rakyat semalam membela tindakan kerajaan membelanjakan sejumlah RM1.8juta untuk pengurusan facebook. Satu alasan yang sangat sengal. Alasan kerana tiada kakitangan berilmu mengurus facebook. Disebabkan itu kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga mengurus akaun facebooknya.
Maka berdekah-dekah ketawa syarikat yang mendapat kontrak menguruskan benda free tu. Duduk goyang kaki depan PC la korang selama tiga tahun. RM1.8juta tu korang boleh bukak 10 syarikat lagi untuk lobi kerajaan untuk manage benda free lagi. Bodek la kerajaan keluarkan duit RM2juta pulak untuk manage akaun tweeter, gmail, yahoo dan macam-macam benda free lagi.
Itulah dia kepentingan ilmu. Ilmu tak kira ilmu apa pun akan mendatangkan duit. Percayalah akan kata-kataku ini. Tengoklah macam kes ni. Dengan ilmu berfacebook sekelip mata jadi jutawan. Tak payah dok promot login fb dapat RM100 yang dipelopori geng sengal unstoppable. Mengarut semua ni.
Beza orang berilmu dan orang tak berilmu sangat jauh. Ibarat langgit dan bumi. Tanpa ilmu manusia akan diperbodohkan. Tanpa ilmu manusia akan diambil kesempatan. Maka akan jahanamlah manusia tanpa ilmu. Kalau kerajaan tanpa ilmu adakah akan jahanam juga?
Facebook oh! facebook..
naimulfirdaus says
kerajaan kita sekarang memang banyak menyusahkan. semoga mendapat kerajaan yang lebih baik pada pru 13 nanti..
er, ingat lagi anda berhasrat nak sertai peraduan promosi blog selama sebulan di blog saya?
setiap seorang dari 10 blogger terawal yang menyertai akan diriview dalam 1 artikel khas.
sekarang pun masih belum cukup 10.
lagipun saya sudah hampir menutup pertandingan ni.
harap respon segera jika mahu.
Sabahan Bloggers Club says
Semoga SPRM siasat perkara ni. 🙂
Tak adil untuk saya yang buat fanpage free jer ni… 🙂
Cikgu Hairul says
berani ke sprm nak siasat?
Zaini says
Buat-buat siasat boleh la kot. Hasilnya tak pasti.
titan says
em..takde open tender ke??
Cikgu Hairul says
ada.. Open untuk sedara mare je.. Wakaka
Mr Rileks says
katakanlah fb nie tutup hujung taun nie? hahaha.. 1.8m burn mcm tu jer.. upah jaga server pun x mahal mcm tu… huh!
Cikgu Hairul says
Bisnes tuuu… Mana bule tutup.