Sekali pandang macam tiada apa-apa kejanggalan berlaku dalam bilik air di salah sebuah stesen LRT ni. Bila nak membasuh tangan baru la nampak kecacatan. Kepala paip dah hilang. Tak tau angkara siapa. Takkan nak tukar baru kot. Semalam aku guna elok jer. Hari ni dah tak ada.
Difahamkan oleh beberapa orang pekerja di sini, kejadian kehilangan kepala paip sering berlaku. Ada satu stesen tu tandas baru siap renovate, petang tu kepala paip dah hilang kena kebas orang. Kenapa sampai tahap ni sekali perangai buruk orang Malaysia ye? Sampai kepala paip pun nak kena curi. Tak ada duit sangatkah sampai kepala paip pun nak dicuri?
Kita patut merasa malu dengan status negara Islam yang dicanang-canangkan. Apa guna dapat status tu kalau sikap kita tak mencerminkan kita sebagai orang Islam. Harta awam patutnya dijaga bersama. Bukan dikebas untuk kegunaan sendiri. Nasib baik sinki dan tandas tu bersih. Tu pun sebab ada pekerja pembersihan. Kalau harapkan kita rakyat Malaysia je nak membersihkan tandas lepas “membuang” jangan harap la nak bersih.
Harap-harap pencuri kepala paip tu akan insaf. Kita sama-sama mendoakan agar tangan yang mengambil kepala paip tu insaf dari melakukan perbuatan dosa tersebut. Insaf mungkin disebabkan oleh patah, lumpuh atau tertanggal kena langgar kereta. So tak ada la tangan tu nak buat jahat lagi.
Amar says
Asal ada benda hilang jer tuduh orang Islam. Mana aci camtu. Negara Islam, tapi rakyatnya berbilang agama. 🙂 mungkin kepala paip tu perlu diganti dengan jenis PVC.
Pacifista says
aku sokong dengan kepala paip PVC ni.harap2 harga plastik tak naik la lepas dah pakai kepala paip PVC ni.haha…
Denaihati says
sikap macam buat kite selalu naik angin, menyusahkan orang lain, nasib baik kepala paip kat sink, kalau dalam toilet, pas tu perasan selepas melepas. Kelam kabut la…
titan says
aku pun pernah bengang bila jumpa paip yang kepalanya kena curi..sakit hati gak tengok.
Cikgu Hairul says
Perasan sebelum membuang takpe lagi. Jangan lepas membuang baru perasan kepala paip takde sudah.