Bila usia semakin tua, mata pun ikut tua. Masa ni mulalah mata jadi kabur. Silau melampau waktu tengah drive. Membaca pun dah kena kecikkan mata. Kalau dipaksa juga mata bekerja, sakit kat bahagian kepala.
Semua tu simptom-simptom awal kena keluarkan duit untuk buat cermin mata.
Ramai yang dah ada pengalaman buat cermin mata. Bukan je yang dah tua bangka, malahan muda belia lagi mata dah rosak. Tetapi pernahkah kita berfikir sesuatu?
Masa pegi ke kedai cermin mata, tukang cermin mata tu akan buat test kat mata kita. Lepas tu dia akan suruh kita test cermin satu persatu. Maka kita pun cuba lah. Tengok mana cermin yang sesuai dengan kerosakkan mata kita. Kalau tak terang, dia akan carikan cermin yang sesuai. Sampailah kita rasa dapat lihat dunia dengan sempurna.
Terfikir jugak saya dengan hidup ini. Nak melihat dunia kena ada pemandu. Nak melihat kehidupan ni kena ada guide. Semakin hari pandangan kita semakin kabur. Apa yang perlu kita buat ialah dapatkan guide. Kalau tidak kita akan perasan apa yang kita pandang itu lawa, sedangkan hakikatnya sangat buruk.
titan says
berapa power spek mata nih?
amirulfaiz says
Spek mata pun makin mahal sekarang nih, bingkai lagi, kanta lagi. Bagi yang tak rabun, bersyukurlah, bagi yang rabun, lagi perlu bersyukur, kerana masih boleh nampak. 🙂
Amar says
Harga spec mata sebenar sangatlah murah. Yang atas kedai dan kat tepi longkang sama saja kos pembuatannya. Tapi disebabkan spec mata ni orang tak tukar hari-hari, kedai markup harga bingkai tu gila babi lah harganya, kurang lebih 10 kali ganda. Perkara yang sama berlaku dengan tinted cermin kereta. Baucar tu wayang saja. Ada banyak lagi produk di pasaran yang markup sehingga 10 kali ganda.
Spec mata ni kalau kita guna bingkai lama atau beli dari uptown, datang kedai untuk tukar cerminnya saja. Kedai akan kira harga cermin lebih mahal sebagai denda.
Biasa saya akan minta diskaun kaw-kaw. Kalau tak dapat saya smash jer tokei kedai cermin mata tu…
“Dah markup gila babi pun masih tak cukup ker?”
mommy safiyas says
Betul la. mahal sungguh la cermin mata. Tambah pulak mcam saya ni, power makin naik, harga makin mencanak. bingkai beli murah2 je sebab dah cermin beratus putus urat nak bayar. Hari2 dok ngadap Bisnes Online mata makin teruk juge. hihi. Jagalah mata sedari kecil ye. dah besor2, tak comel dah pakai spek memanjang.
anif says
Bila umur meningkat, satu persatu nikmat ditarik balik..
Amar says
Bila mata zahir semakin kabur, kuranglah satu deria untuk mengenal dunia. Bila mata batin semakin kabur, semakin sulitlah untuk mengenal Allah.
Pandanglah dengan kedua-dua mata, mata zahir dan mata batin. Jika kita hanya guna mata zahir, jadilah dajjal yang bermata satu.