Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Pengalaman Adalah Cikgu Paling Kejam

Pengalaman Adalah Cikgu Paling Kejam

28 August 2013 by Cikgu Hairul

cikgu-pengalamanSekejam-kejam manusia bernama cikgu, kejam lagi pengalaman. Bila dengar je berita kekejaman cikgu, muka masih mampu tersenyum. Dalam hati terdetik, itu belum cukup kejam.

Apa bayangan kekejaman cikgu pernah kita gambarkan? Apa perbuatan cikgu yang dianggap kejam dalam mendidik anak murid? Kalau setakat rotan, berdiri atas kerusi, berjemur di tengah panas, gigit telinga, itu belum cukup kejam.

Terasa hati sangatkah ibu bapa dengan kekejaman cikgu bila cikgu suruh anaknya sapu sampah akibat membuang plastik gula-gula merata-rata? Kalau itulah definisi kekejaman seorang cikgu, masih boleh diperbetulkan lagi.

Pernah dengar cikgu bernama Pengalaman? Dia lagi kejam. Kadang-kadang dia mengajar kita dengan cara yang tak terfikir dek akal. Mengajar ilmu perniagaan tanpa belas kasihan. Sampai terduduk anak muridnya bila tersilap langkah.

Cikgu bernama Pengalaman yang mengajar subjek politik juga kejam. Dia mengajar kita sampai ada yang mati. Tengok la sejarah negara kita. Cikgu Pengalaman mengajar kita erti sebuah kemerdekaan. Tok nenek berkorban dan terkorban dalam proses pembelajaran itu. Kita kalau taknak diperlakukan oleh cikgu yang bernama Pengalaman ni, kenalah belajar bersungguh-sungguh.

Lihatlah bumi sebelah Timur. Para Cikgu sedang mengajar manusia subjek Politik. Lihatlah di barat, Cikgu Pengalaman sedang mengajar subjek Akhlak. Lihatlah di serata dunia. Cikgu Pengalaman mengajar dengan cara yang amat kejam.

Pengalaman Mengajar Erti Kedewasaan

Berhati-hatilah dengan Cikgu Pengalaman. Dia ada bersama kita setiap masa. Kita sayangi dan hargai dia. Kekejaman dia adalah satu rahmat buat kita.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. chii says

    28 August 2013 at 07:48

    walaupun cikgu pengalaman kejam..tp cikgu ni lah yg banyak sekali membantu dalam jatuh bangun seseorang…pengalaman tak boleh dirasuah… 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      28 August 2013 at 15:03

      Hehehe.. ada yang nak merasuah cikgu ke? kalau ada memang malang.

      Reply
  2. Almanar says

    28 August 2013 at 09:42

    How right you are. I wonder who this Arwah Poad was in real life. Have you written anything about him in this blog so that I can read? And yourself are a Cikgu as well? Al Fatihah kepada mereka yang sudah berbakti kepadNYA.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      28 August 2013 at 10:41

      Tak kenal, tak pernah. Kenapa?

      Reply
      • hafizmd says

        28 August 2013 at 10:48

        Rasanya telah keliru dgn entri terkini cik chii di atas =)

        Reply
  3. hafizmd says

    28 August 2013 at 10:47

    Cikgu Pengalaman byk mengajar erti kehidupan.

    Kejam atau baik, ianya pasti berguna

    p/s- kalau ada ibubapa yg rasa kejam anak2 disuruh kutip sampah, mmg ibubapanya “kejam” dgn anak2

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      28 August 2013 at 15:08

      Dia tak fikir camtu. Dia sayang anak2. Dalam kepala hotak tu cuma fikir, anak pegi sekolah cuma untuk belajar baca dan kira je. Kalau menyapu sampah tu dah dikira jadi buruh paksa.

      Reply
      • hafizmd says

        28 August 2013 at 15:42

        Nampaknya, mmg benar masih ada ibubapa yg hantar anak ke sekolah sekadar belajar apa yg ada dalam buku teks sahaja.

        sedih dgn mentaliti macam ni…wanau’zubillah

        Reply
  4. Dja@Sishaza says

    28 August 2013 at 11:24

    ….cikgu kejam ni laa yg buat kita jadi pandai, mahir mengkritik, cekap menulis ayat beremosi panjang berjela dek tak puas hati anak kena piat telinga sebab luarbiasa biadabnya di sekolah 😐

    Reply
  5. shahfir says

    28 August 2013 at 12:07

    kesian cikgu dianggap sebagai seorang kejam..dahlah terpaksa menjadi.. bagai lilin..membakar diri menerangi yang lain..mungkin sebab anak-anak sekarang terlalu dimanjakan..kalau dulu setakat pembaris memang jadi santapan pagi..belum kasut dengan buku melayang bagai menerkam..tapi itulah pengalaman yang mengajar erti kehidupan…

    Reply
  6. titan says

    28 August 2013 at 12:48

    hoho..memang kejam. hoho..

    Reply
  7. Hazmin Hamudin says

    28 August 2013 at 14:20

    Betul jugak tu. Ada lagi ‘cikgu’ yang lagi kejam dari cikgu. Kalau tak dapat belajar jugak dari pengalaman tak tahu la nak cakap apa kan.

    Reply
  8. Mohd Shubhi says

    28 August 2013 at 17:22

    Cikgu pengalaman ni makij kejam makin mujarab…

    Reply
  9. onlajer says

    28 August 2013 at 17:42

    pengalaman memang menjadi guru yang terbaik apatah lagi kita pernah melalui saat – saat kekejaman rakan serumah yang pernah mengklepet wang tabung simpanan kita . huh memang kejam benar jika diimbau kembali kengan lama

    Reply
  10. Khairul Zamri says

    28 August 2013 at 20:11

    setuju sangat-sangat guru paling kejam adalah pengalaman, itu amat sakit dan pernah mengalaminya huhu

    Reply
  11. Fyzal says

    28 August 2013 at 20:53

    Pengalaman tu serampang dua mata. Aku sifatkan pengalaman macam tu je, Mudah. Memamg kita dapat sakit, tp kita dapat belajar juga.

    Reply
  12. sweetkurma says

    29 August 2013 at 00:32

    betul pengalaman adalah guru yang bagus

    Reply
  13. TehR says

    29 August 2013 at 01:40

    setuju
    cikgu mesti kejam untuk berjaya

    Reply
  14. Rina says

    3 September 2013 at 11:05

    Pengalaman bisa menjadi pembuka mata hati kita untuk berubah ke arah yang lebih baik meskipun sebagiannya pengalaman itu terasa menyakitkan dan lebih sakit dari pada sebuah cambukan…

    Reply
  15. Amar says

    13 September 2013 at 20:19

    Cikgu Pengalaman ni kejam sebab dia tegur selepas kita buat silap. Kalau kita terjun gaung pun, dia takkan larang. Tapi kalau kita dah terjun gaung, tapi tak mati. Cikgu Pengalaman akan biar kita panjat balik naik ke atas. Tapi kalau cara panjat tak betul, Cikgu Pengalaman tak tegur juga. Dia biar kita jatuh. Dah jatuh baru tahu cara tu tak betul. Cuba cara lain, pun Cikgu Pengalaman tetap biarkan saja. Sebab Cikgu Pengalaman tu memang cukup kejam.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2023 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in