Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Pengalaman Haji dan Umrah: Mendaki Jabal Nur, Menjejak Gua Hira

Pengalaman Haji dan Umrah: Mendaki Jabal Nur, Menjejak Gua Hira

20 October 2013 by Cikgu Hairul

jabal nur dan gua hira
Jabal Nur

Musim haji telah berakhir. Beransur-ansur jemaah haji meninggalkan bumi Mekah. Sudah pasti pengalaman haji dan umrah menjadi bahan cerita buat sanak saudara yang ditinggalkan.

Begitulah kembara mencari Redha Allah. Semoga mendapat haji yang mabrur. Kadang-kadang pengembaraan ke bumi asing menjadi titik tolak kepada perubahan seseorang. Empat puluh empat hari berada di perantauan, sudah pasti banyak perkara baru dapat dipelajari.

Ziarah Gua Hira

Tidak ramai jemaah dari Malaysia berpeluang menziarahi Gua Hira tempat dimana turunnya wahyu pertama kebada Nabi Muhammad (s.a.w) pada musim haji. Bagi yang berpeluang, beruntunglah mereka. Gua Hira’ yang terletak di puncak Jabal Nur menjadi saksi kegigihan Nabi Muhammad (s.a.w).

Bersesak-sesak di Gua Hira menunggu giliran masuk
Bersesak-sesak di Gua Hira menunggu giliran masuk

Di sinilah Nabi Muhammad mengasingkan diri dari orang Jahiliah. Dalam gua inilah Baginda S.A.W mendekatkan diri kepada Allah. Di atas puncak Jabal Nur inilah Baginda melihat keindahan kota Mekah.

Pendakian dua jam benar-benar menginsafkan. Walaupun sudah disediakan tangga, namun pendakian masih terasa sukar. Beginikah kesukaran Rasulullah dahulu? Pengorbanan Baginda sangat besar. Bagaimana sukarnya Baginda mendaki gunung batu ini tanpa tangga?

Sepanjang jalan kelihatan pekerja pengutip sampah dan peminta sedekah senyum dan mendoakan pendaki mendapat haji mabrur. Sesekali mereka menyapa “Malaysia Voleh”. Ada juga yang bertanya, “Mahathir apa khabar?”. Wah, glamournya Malaysia. Syukur sangat, sosok tubuh orang Malaysia ini dikenali walaupun tidak dikenalkan.

R&R

Sepanjang pendakian terdapat beberapa R&R. Pendaki boleh membeli air bagi menghilangkan dahaga. Kalau bernasib baik, ada manusia baik hati membawa sebotol besar air untuk diberikan kepada pendaki. Baiknya hati manusia itu. Mereka menggunakan peluang sebaik-baiknya di bumi Mekah mencari pahala.

Pendakian ini memenatkan. Tetapi terlalu banyak pengajaran yang dapat dikutip di sepanjang jalan. Gua yang sempit menjadi matlamat pendakian. Disitulah wahyu pertama turun. Ramai pendaki mengambil peluang untuk solat sunat di dalam gua yang hanya dapat menempatkan maksimum 2 orang.

Berada di puncak Jabal Nur
Berada di puncak Jabal Nur

Faedah pendakian.

1. Melihat keajaiban dan kebesaran Allah.
2. Menghayati pengorbanan Nabi Muhammad.
3. Untuk kesihatan mental dan fizikal.
4. Menguji daya tahan, keberanian dan ketekunan.
5. Membentuk kerjasama di antara jemaah
6. Melatih diri peka kepada Alam sekitar.

Tips Pendakian.

1. Mempersiapkan diri zahir dan batin sebelum memutuskan untuk melakukan pendakian.
2. Buat senaman regangan sebelum pendakian.
3. Pergi awal pagi.
4. Makan dan sarapan pagi dahulu.
5. Bawa kamera dan sedikit duit.
6. Bawa air minuman yang banyak.
7. Bawa air untuk wuduk.
8. Berkongsi makanan dengan jemaah lain.
9. Bergerak dalam kumpulan. Tolong menolong.
10. Ucap salam kepada sesama pelancong. Semua pendaki adalah orang Islam.
11. Sabar ketika menunggu giliran masuk dalam gua.

Inilah sedikit catatan perjalanan mencari keredaan Allah.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. blogger lelaki says

    20 October 2013 at 12:21

    seronoknya dapat kesana…ketempat yg pernah Nabi kita berjalan…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      21 October 2013 at 10:33

      memang seronok. cuma agak penat la. jarang buat pendakian.. tetiba kena mendaki bukit batu pulak..

      Reply
  2. Zik says

    20 October 2013 at 23:32

    Syukran2… aku berharap dapat jugak kesana juga nanti.. amin..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      21 October 2013 at 10:31

      insyallah. yang penting niat dan usaha bro.

      Reply
  3. kakiblog says

    20 October 2013 at 23:47

    memang bertuah kalau dapat pergi ke jabal nur..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      21 October 2013 at 10:29

      Alhamdulillah, rezeki Allah tiada siapa pun dapat menjangka.

      Reply
  4. suri says

    21 October 2013 at 09:29

    indah bumi ini pasti jejak kita akan mampu berlinangan air mata

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      21 October 2013 at 10:29

      berjuraian air mata bagi mereka yang cepat sedar diri..

      Reply
  5. Angga says

    21 October 2013 at 09:51

    Subhanalloh, semoga menjadi haji yang mabrur
    Do’a kan saya bisa segera berangkat ke tanah suci

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      21 October 2013 at 10:21

      Insyallah bro Angga. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

      Reply
  6. adikensem says

    21 October 2013 at 10:08

    Tak pernah pergi mekah. Belum mampu lagi, niat sudah ada. Mudah-mudahan tercapai jugak impian untuk bawa family ke sana.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      21 October 2013 at 10:14

      insyallah.. kalau dah ada niat, kena usaha kumpul duit.

      Reply
  7. titan says

    21 October 2013 at 10:44

    fuhh..insya-Allah..gua akan datang ke sana. Aminnn..

    Reply
  8. Mama Murai says

    21 October 2013 at 19:51

    bestnya berpeluang menunaikan umrah di sana… walau hanya melihat daripada kepingan gambar. Insya Allah, doakan mama supaya dapat menunaikan kewajipan juga ek cikgu.

    Reply
  9. arip says

    21 October 2013 at 20:52

    Subhanallah. Kapan ya bisa dimampukan ke sana?

    Reply
  10. ahmadyani says

    21 October 2013 at 21:39

    As Salam.

    Berdoa untuk ke sana satu hari nanti.

    Reply
  11. Zuan says

    21 October 2013 at 21:51

    subhanallah, teringin nak ke sana suatu hari nanti bersama keluarga 🙂

    Reply
  12. Amar says

    22 October 2013 at 08:17

    Alang-alang nak melancong, lebih elok melancong sebagai Umrah. Hijab boleh terangkat dalam pelbagai cara, melalui perjalanan umrah/haji, melalui perjalanan mencari rezeki, melalui perjalanan dakwah, melalui perjalanan tanggung jawab dan menempuh susah. Yang penting ialah KENALI dan KEMBALI. InsyaAllah.

    Reply
  13. Juan says

    22 October 2013 at 23:07

    alhamdulillah bro kerana telah sampai ke sana

    Reply
  14. Rina says

    2 November 2013 at 07:15

    Bisa ke tanah suci melaksanakan ibadah haji adalah impian dan tujuan semua orang. Selamat anda sudah melaksanakannya, semoga kami semua yang belum berangkat haji dapat menyusul
    Oh ya, semoga bisa menjadi haji yang mabrur 🙂

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      2 November 2013 at 09:38

      Insyallah..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in