Assalamualaikum, alhamdulillah bangun pagi ni masih lagi mampu bernafas dan menghirup udara kurniaan Allah. Jari jemari masih mampu digerakkan. Kalau dihitung nikmat Allah sejak dari bukak mata sampai sekarang, maka tak mampulah kita nak menghitungnya.
Malam tadi satu kejadian alam telah berlaku. Gerhana bulan penuh yang sangat menginsafkan. Ada yang tahu, ada yang tak tahu dan mungkin juga ada yang tak ambik tahu. Masjid-masjid di seluruh negara mendapat arahan khas untuk solat gerhana.
Seumur hidup saya entah berapa kali berlaku gerhana bulan. Tapi, masa tu tak cakna sangat. Kalau ada pun cuma teruja nak ambik gambar tanpa mengambil apa-apa ibrah dari kejadian tersebut. Sehinggalah pada khutbah hari raya Aidiladha yang lalu, imam mengingatkan pasal gerhana bulan pada 8 Oktober 2014. Ini adalah gerhana ke dua tahun 2014.
Malam tadi Allah izinkan saya bersama-sama jemaah lain untuk solat sunat gerhana. Rasanya lain macam. Suasananya berbeza dengan aktiviti melihat fenomena gerhana di lapangan sambil tangan memegang camera. Duduk dalam masjid, solat sunat dan mendengar khutbah. Peringatan demi peringatan diberikan menjadikan hati sayu. Meremang bulu roma bila fenomena ini dikaitkan dengan kiamat yang hampir tiba. Gentar seluruh tubuh bila kisah-kisah gerhana zaman Rasulullah diceritakan semula. Cerita yang tak pernah saya ambik tahu sebelum ini.
Solat sunat gerhana dilakukan sehingga bulan yang hilang cahayanya pulih kembali. Pada masa itu perubahan cuaca akan berlaku. Tarikan graviti bulan lebih kuat terhadap bumi. Seluruh kehidupan akan mengalami perubahan. Masa ni lah kita perbanyakkan berdoa agar angin yang bertiup akan membawa perubahan baik, bukan bencana yang dahsyat. Kita banyakkan berdoa supaya kehidupan bertambah baik. Banyakkan beristigfar dan memuji Allah.
Cara solat Gerhana.
- Ada khutbah selepas solat
- Solat dua rakaat macam solat biasa, tetapi selepas rukuk bangun dan baca fatehah bersama surah.
- Rekaat kedua juga sama, lepas rukuk, bangun dan baca fatehah bersama surah kemudaian rukuk semula.
- Kelainan cuma pada selepas rukuk itu sahaja.
Iya, pengalaman solat gerhana ini benar-benar menginsafkan. Pandangan saya terhadap fenomena alam berubah. Ia bukan sekadar kejadian alam. Ia satu peringatan Allah kepada seluruh manusia agar menghentikan maksiat yang dilakukan.
amirulfaiz says
Alhamdulillah, kita diberi peluang untuk menyaksikan tanda-tanda kebesaran Allah. Tadi di TV, Prof penasihat kelab astronomi berkata, ini yang kedua, akan berlaku dua kali lagi tahun hadapan.
Dja@Sishaza says
Tahu,tapi dek kelalaian sendiri saya terlepas peluang melakukan solat gerhana dan melihat sendiri fenomenanya…Allah Maha Besar
Raihanah Ahmad says
insyaAllah takde apa2 kan.
Oja Samid says
alhamdulillah..pengalaman mcm nie memang sgt2 berharga. cuma sayang jugalah, kat JB nie tak nampak pulak gerhananya sebab jerebu.
titan says
ya.
pengalaman pertama aku jugak. hehe