Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya pernah rasa kecewa. Tak kesah la atas apa sebab dan punca sekalipun, anda pun pasti pernah rasa kecewa kan?
Mungkin ya..
Mungkin tidak..
Biasanya orang kecewa akan meluahkan perasaan kepada seseorang. Dia bolehla dianggap sebagai “kaunselor”. Kaunselor yang lebih islamik sikit akan menyelitkan ayat alquran dan hadith.
“Ceh! Tak kena kat batang hidung hang boleh la cakap macam tu”. Sabar la, itu ketentuan la, ada hikmah la, ini yang terbaik untuk kamu la. Ayat tu ayat standard. Sebenarnya itu cuma ayat penyedap rasa.
Ayat yang lagi power, “Orang yang bergantung pada Allah,tidak pernah kecewa..” Errrr… Power! memang power ayat tu. Kalau masih kecewa juga, adakah kita tidak bergantung pada Allah?
Nah! jawab sendiri.
Jawab dan nilai diri sendiri.
Jangan asik nak menghukum je kerjanya.
Penipu la kalau anda kata tak pernah kecewa.
Assallammualaikum Cikgu salam ukhuwah dari Indonesia.
Waalaikumsalam Icah. Salam ukhwah dari saya juga. Terima kasih diatas kesudian mengunjungi blog saya.
semua orang pernah kecewa rasanya. hoho..
Jangan sampai kekecewaan itu mematikan!
Bila nama manusia, ada hati maka biasalah jadi berbolak balik…sering juga kecewa, tapi dalam keadaan sedar bahawa diri sedang kecewa.
Nak sedar tu sangat susah. Kadang-kadang kena tampar berkali-kali.
Walaupun bergantung dengan Allah, kecewa tu tetap ada kerana sifat keakuan yang ada pada kita. Tapi kalau bergantung sepenuhnya kepada Allah hingga fana’, takkan ada sekelumit pun kecewa dalam hati. Orang macam ini selalunya “merdeka”. Kita kena usaha lah untuk sampai ke level itu. Jangan dipakai ayat kurafat dari ya’juj dan ma’juj yang memakai serban yang berkata, “bukan level kita nak mencapainya”. Apa-apapun usaha saja, kemudian usaha, lepas tu usaha. Dalam setiap usaha kita berserah, Innalillah hiwainna ilaihirajiun.