Dua tiga hari ni asik berkumandang perkataan Komunis di media massa. Kononnya ideologi Komunisme itu kian menular dalam kalangan rakyat Malaysia. Di mana kebenarannya saya kurang periksa. Naik rimas pun ada.
Mengimbau kenangan lalu, Komunis adalah satu ideologi yang diasaskan oleh Karl Marx. Tokoh lain yang sinonim dengan Komunis ialah Friedrich Engels. Fahaman ini dianggap sebagai cabang sosialisme. Satu cabang politik yang masih lagi ada pengamalnya.
Setiap hari mereka dikeji dan dikecam di seluruh dunia kerana kekejaman yang telah dilakukan keatas penduduk Muka Bumi terutamanya ketika memerintah Tanah Melayu satu waktu dulu. Kekejaman mereka telah dicatatkan dalam buku Pemberontakan Bersenjata Komunis di Malaysia tulisan Mohd Redzuan Hj Aslie. Jika dilihat kekejaman ini, rasanya sudah tiada lagi rasa simpati kepada negara bergelar Komunis. Tetapi orang Malaysia kan baik hati. Masih dilayan juga negara-negara itu.
Setelah kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991 bermulalah bibit kejatuhan Ideologi Komunisme. Walau bagaimanapun negara yang masih mengamalkan sistem pemerintahan komunis ini ialah China, Cuba, Korea Utara, Laos dan Viatnam.
Saya bukanlah orang yang layak bercerita pasal sejarah Tanah Melayu. Kesan kepada pembelajaran Sejarah di sekolah dulu telah membangkitkan semangat nasionalisma saya. Dari dulu saya nak luahkan segala rasa hati ini kepada cikgu sejarah saya. Tapi tak kesampaian.
Apa yang saya rasakan adalah penindasan terhadap penduduk Tanah Melayu oleh Parti Komunis Malaya (PKM) mesti disamakan dengan penindasan yang dilakukan oleh Jepun dan British. Semua orang tahu semasa pemerintahan Jepun ramai rakyat Tanah Melayu menderita. Kebuluran, kematian, penyeksaan dan penindasan sangat berleluasa. Cerita kekejaman ini bukan saja dirasa oleh orang dulu, tapi dalam blog Kujie2.com juga ada dia ceritakan kekejaman Jepun sehingga menyebabkan keuarganya terpisah angkara Landasan Keretapi Maut. Orang zaman ini juga terasa dengan kekejaman penjajah ini.
Begitu juga dengan Penjajah bangsat! Tanah Melayu iaitu British. Sapa kata mereka tak kejam? Semua orang tahu, British telah membawa semua harta kekayaan Tanah Melayu balik ke negaranya. Tak masuk lagi dengan memperbodohkan Sultan dan Raja-raja Melayu. Kekejaman mereka juga tiada tolok bandingan.
Persoalannya.
Kenapa ada double standard dalam pelabelan puak-puak perosak ini? Orang tak kata Jepun jahat atau British jahat. Tapi orang kata Komunis jahat. Ini kurang adil. Pendifinisian Jahat mesti diperhalusi lagi. Kalau kata Komunis jahat, Jepun dan British juga jahat.
Orang jahat mesti dilayan seperti orang jahat. Kalau kita tidak menyokong komunisme kenapa masih mengadakan urusan dengan negara-negara komunis?
Andai Tok Bahaman hidup semula mesti dia menangis, jika Tok Janggut hidup semula mesti dia kecewa, jika pejuang kemerdekaan dahulu bangkit semula pasti mereka marah. Anak cucu cititnya menyanjung tinggi negara-negara yang pernah memusnahkan kita. Tidakkah kita tersedar akan hal ini?
betul apa yg ckgu tuliskan nie… skrg nie smngt komunis muncul kembali…
Tak mustahil kalau muncul pun. Masa tahun 1991 tu pun bukannya mereka menyerah kalah. Tapi cuma meletakkan senjata je. Perjuangannya masih diteruskan tanpa kita sedar. Agaknye le hehehe..
suka ayat ni;
“Andai Tok Bahaman hidup semula mesti dia menangis, jika Tok Janggut hidup semula mesti dia kecewa, jika pejuang kemerdekaan dahulu bangkit semula pasti mereka marah. Anak cucu cititnya menyanjung tinggi negara-negara yang pernah memusnahkan kita. Tidakkah kita tersedar akan hal ini?”
penat diorang merdekakan negara ni…
Komunis & Jepun jahatnya fizikal.British pula jahatnya minda. Racun minda, tabur fitnah, laga-laga sesama kita itu lebih teruk dan jahat.
bergantung.. siapa yang menulis sejarah.. haha.. jangan percaya kepada semua fakta secara bulat2.. jom kita jadi bangsa yang sendtiasa mengkaji apa jua yang sampai kepada kita.. then kita decide nak percaya yang mana.
mengkaji pulak kena cari rujukan yang betul. kalau cari kat perpustakaan negara atau arkib negara, mungkin tak jumpa la sejarah yang betul. masalahnya nak cari siapa? hehehe
Jepun & British mmg jahat jugak.
Komunis pon jahat jugak.fahaman komunis ni mmg dh parah.aku tgk kat kedai buku MPH ade jual buku2 yg gambarkan komunis tu bagus.entah la kedai2 lain spr Popular ke ape ke..try la cari kot2 jumpe.
Aku risau jgak ni kalau fahaman komunis ni berkembang.
-peace.NO WAR-
semua sama kan? Tapi masih juga ada yg sanjung. Mungkin kita tak rasa keperitan kena siksa macam tok nenek kita dulu kot.
Assalamualaikum. artikel yg baik dan sy cukup setuju.
Kita marah orang yg menyatakan kebenaran (Mat Indera, Tok Janggut dll sebenarnya pejuang Bangsa).
Tetapi dengan rasa bangga KITA SOKONG
Kita menyokong orang yg mengajak kepada kesesatan. (eg. AF, hiburan yg lalai, berita fitnah dll.)
Kita menyokong orang yg menghalalkan yg haram (eg. ISA, ASB, prog dedah aurat dll)
Kita menyokong orang yg melakukan penindasan (eg. Polis yg sepak terajang org tak bersalah, roboh surau, royalti minyak dll)
Kita menyokong orang yg melakukan kezaliman yg jelas disebut dalam al QURAN (Tidak melaksanakan Hukum ALLAH)
Ada ketikanya Kita terlalu membesarkan kezaliman sesama makhluk, bagaimana kezaliman makhluk kepada ALLAH yang pastinya lebih dahsyat.
Jepun adalah negara yang sebenarnya menyelamatkan dunia ini. Korang semua sampah kerana tidak mempercayai fakta seperti itu.