Menolak atau tidak bersetuju dengan sesuatu perkara bukan sahaja dapat ditunjukkan dengan kata-kata. Malahan dengan perbuatan juga isyarat penolakan itu boleh kita tonjolkan.
Dalam peminangan orang dulu-dulu, bila ibu bertanya kepada anak gadisnya, bila tak dijawab maknanya setuju la tu. Diam tanda setuju. Itu isyarat penerimaan.
Dalam kesah Puteri Gunung Ledang, bagaimana isyarat penolakan peminangan Sultan Melaka oleh Puteri Gunung Ledang? Dengan memberikan pelbagai syarat yang tak termampu dilaksanakan. Itu pun cuma beberapa kerat je yang faham.
Banyak lagi kesah-kesah dongeng dan cerita-cerita yang dah pernah kita dengar tentang isyarat penolakkan ini.
Zaman ini, kebanyakkan dari bahasa isyarat mungkin tidak lagi mampu difahami. Seorang Guru Besar yang tengah membebel dalam mesyuarat mungkin tak faham bila anak buahnya selalu tengok jam. Nak kena ada yang berani bangun dan cakap,”Puan, hampir dua jam Puan membebel. Waktu Zuhor dah nak habis. Tak reti ke nak berhenti?”
Dengan kata-kata tu pun mungkin ada yang tak paham. Maklumlah aras pemikiran yang berbeza.
Hidup sebagai seorang Islam, terlalu banyak perkara yang nak kena patuhi. Bagi yang jiwanya, hidupnya dan matinya kerana Allah, mungkin tiada masalah. Tapi, bagi yang imannya setebal kulit bawang macamana?
Iman atau percaya atau keyakinan kita terhadap sesuatu perkara yang dah ditetapkan Allah boleh ditunjukkan dengan kata-kata dan perbuatan. Orang yang percaya kepada Malaikat pasti rasa seram nak buat benda buruk. Adakah kita benar-benar percaya adanya Malaikat yang menulis buruk dan baik kita?
Kalau manusia masih mampu berbuat maksiat, tanpa sedar mereka dah menolak keimanan kepada Malaikat. Malahan lebih parah lagi mungkin boleh jatuh kepada tidak percaya kepada Allah, Rasul dan Kitab. Sebabnya Allah menyatakan dalam KitabNya yang disampaikan kepada RasulNya Jangan berbuat kemaksiatan. Kita buat maknanya kita ingkar dan kita menolak semua tu. Nauzubillah..
Itu bab iman. Belum lagi bab hukum hakam. Menutup aurat itu wajib. Mulut mengiyakan, tapi tak dilaksanakan perintah itu. Bukankah itu satu tanda penolakkan? Solat itu wajib, tapi ramai yang tak nak solat. Bukankah itu juga satu penolakkan kepada hukum wajibnya solat?
Begitu juga dalam bab poligami. Ramai yang menyatakan dengan mulut, poligami dibenarkan. Namun hakikatnya mereka menolak dengan sekeras-kerasnya hukum poligami. Okeh, kita tinggalkan bab Abang Jamil sampai sini.
Macam tu la adanya. Hati-hati dengan cakap dan perbuatan kita. Dikhuatiri kita membuat penolakkan tanpa sedar terhadap apa yang telah ditentukan. Takut-takut sampai merosakkan akidah kita.
Salam Jumaat..
TehR says
agaknya banyak juga perbuatan penolakan tanpa sedar ni yang aku pernah buat
harap2 tak ada yang terasa dan kecil hati
Amran says
timbang-timbang dan muhasabah diri. kalau perasan ada dah terbuat, mintak ampun.