Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Penyumbang Statistik Kemalangan dan Selamat Hari Raya

Penyumbang Statistik Kemalangan dan Selamat Hari Raya

28 August 2011 by Cikgu Hairul



Penyumbang Statistik Kemalangan dan Selamat Hari Raya, originally uploaded by KHAIRUL AMRAN.

Antara kegemaran orang KL ialah bertukar lorong last minute. Dan sebab itulah juga kadar kemalangan di bandar-bandar besar terutamanya KL sangat tinggi.

Gambar menunjukkan seorang pengguna warga kota yang suka-suka menukar lorong. Lagi dahsyat, dia tukar jalan terus. Tak sekolah agaknya dia. Line merah dan palang penghadang tu pun dia langgar.

Orang lain pun sangkut dalam jem juga. Tapi boleh je bersabar. Tak de la main suka-suki macam jalan tu bapa mereka yang punya. Orang macam ni la yang selalu kita jumpa bawah lori tangki tu. Jenis macam ni la yang jadi penyumbang statistik kemalangan.

Nasib baik aku mampu bersabar. Aku menasihati diri aku dan kengkawan semua semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Ingat, halaju jalan raya dah dikurangkan. Jangan sedap memecut masa balik kampung nanti.

Aku kena kerja raya ni. Yang dapat cuti.. Raya sakanlah korang. Aku akan berada di KL menjaga keselamatan dan aset negara. So aku doakan keselamatan perjalanan korang semua.

Selamat Hari Raya. Mohon ampun dan maaf andai ada entri dalam blog ini atau komen-komen yang menyentuh sensetiviti individu tertentu. Kalau beraya jangan lupa update blog. Masukkanla gaya korang makan lemang paling menarik sekali. Kalau takde line internet buat la macam aku ni, update blog secara live. Okes jumpa lagi..

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. ohcikgu says

    3 September 2011 at 13:21

    kerja apa ni sebenarnya? emmm..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      7 September 2011 at 09:41

      Biarlah rahsia.. hehehe

      Reply
  2. Pacifista says

    3 September 2011 at 20:42

    apapun setiap tahun yang johan penyumbang kemalangan tetap motosikal.alahai…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      7 September 2011 at 09:38

      Jangan pulak ada menteri haramkan penggunaan motosikal sudah.. kesian kat rakyat bawahan ni..

      Reply
  3. Pacifista says

    5 September 2011 at 15:43

    alahai.manusia2.hhuhu…

    Reply
  4. titan says

    17 September 2011 at 00:49

    betul, sebab tu kena berhati-hati dimana-mana sahaja. 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in