Hari ini hari terakhir persekolahan. Suasana suram, sepi, tak bising macam biasa. Saya dapat rasakannya pagi tadi semasa menghantar isteri ke sekolah. Sebilangan besar murid sudah bercuti awal, seperti sekolah ini ibu dan bapa mereka yang punya.
Mujur saya belum posting lagi. Kalau sudah, dah tentu saya akan dipersalahkan kerana tidak berjaya mengurangkan kadar ponteng sekolah. Lebih-lebih lagi selepas waktu peperiksaan dan hujung-hujung musim persekolahan seperti ini.
Esok atau lebih tepatnya hari ini bagi negeri-negeri kumpulan 1 sudah mula bercuti. Anak-anak pasti gembira. Saya percaya, kegembiraan itu cuma mampu bertahan seminggu dua. Selepas itu mulalah cari pasal.
Sebagai ibu-bapa yang perihatin, waktu cuti sekolah seperti ini akan dimanafaatkan sebaiknya. Cuti tahun yang berbaki atau sengaja diperuntukkan untuk cuti sekolah mula dihabiskan. Pastinya banyak tempat menarik akan dilawati. Keluarga yang berada, luar negara menjadi destinasi. Keluarga yang kurang berada, dalam negara pun cukuplah untuk mengembirakan anak-anak selepas setahun bergelumang dengan sekolah.
Teringat cerita dulu-dulu. Asal cuti sekolah je, mesti cerita balik kampung duduk dengan nenek. Kat kampung macam-macam aktiviti boleh dilakukan. Tapi sekarang jarang dah dengar cerita balik kampung waktu cuti sekolah.
Perancangan cuti sekolah sebaiknya dibuat awal-awal. Maklum sajalah, tempat peranginan mengenakan caj berganda pada musim ini.
Sekarang musim tengkujuh. Berhati-hati kalau nak berkelah di laut. Musim hujan pun ada juga. Kawasan sungai dan pergunungan yang ada air terjun sangat bahaya. Kalau boleh elakkan ke tempat-tempat seperti itu.
Sebulan lebih bercuti, takkan ibu-bapa nak bercuti juga? Tuntutan kerja biasanya tidak membenarkan kita cuti lama-lama. Lainlah cikgu kan.. itu pun minggu pertama dan terakhir kena bertapa di sekolah. Jadi apa perancangan untuk anak-anak untuk mengelakkan mereka buat hal? Sudah ada perancangankah? Takkan nak biarkan anak main game dan tengok tv sepanjang masa. Otak boleh jadi lembab tau.
Banyak pilihan program cuti sekolah pihak kerajaan dan swasta anjurkan. Terpulang kepada kita untuk memilih program apa yang sesuai untuk anak-anak. Bagi saya, aktiviti berbentuk kem yang membentuk sahsiah diri sesuai untuk dihadiri. Cuba elakkan hantar anak ke kelas-kelas sama macam persekolahan. Contohnya hantar anak tuisyen. Ini akan memberi tekanan kepada anak. Bayangkan, selama 10 bulan mereka menghadap muka cikgu, cuti sekolah pun nak menghadap muka cikgu juga? Mesti tahun depan mereka bosan dengan cikgu.
Untuk memilih program yang sesuai dengan anak, kenalpasti dahulu apa kelemahan anak-anak. Tak pandai membaca, masuk kelas membaca, tak reti mengaji, hantar anak belajar mengaji, anak tak minat beribadah, hantar anak ke kem ibadah. Semua tu banyak dianjurkan. Aktivitinya pun menarik dan santai.
Semua perancangan aktiviti untuk anak-anak mesti bermula awal. Kalau boleh dalam minggu ni juga. Bila dah ada perancangan mudahlah nak kawal. Kita takut kejadian yang tak diingini berlaku. Bukan sahaja di tempat percutian, malahan di rumah sendiri pun kena berjaga-jaga.
anif says
Banyak perkara boleh dilakukan masa cuti ni.. Masa yang sesuai untuk bawa anak-anak berjalan-jalan..
Tapi jemputan ke majlis perkahwinan pun banyak juga! Hmm..
Cikgu Hairul says
Owh saya terlupa tentang itu. Majlis perkahwinan sedara mara dan kawan-kawan pun banyak. Kena betul-betul rancang percutian.
hairulafiz says
yela cuti sekolah kalau ada duit memang sedap gi melancong
hairulafiz says
pergi melanconglah cikgu…
Jebeng Otai™ says
kene perancangan yang rapi utk persiapan anak2 bercuti..xkan nk duduk ngadap tv shja..kalo hantar kem2 bina diri tu ada baiknya juga..
Leeza Dayasari says
masa kecil2 dulu, cuti sek… kerjanya bangun lambat…
Ibu Mifzal Arsyad says
cuti sekolah, x de planning nak kemana2 lagi..sbb yg bukan cikgu ni..makin hujung tahun..makin kerja berlambak..
Cikgu Hairul says
anak-anak ibu dah sekolah? sesekali ambik la cuti. keja tu kan boleh diedjust..
cmratu says
hehe.. sebenarnya cikgu2 lebih suka pelajar cuti awal.. sebab biasanya hari terakhirnya yang nak jadi pergaduhan, baling telur, tepung, pecahkan kerusi meja.. DLL.. inilah situasi hari akhir persekolahan di sekolah harian biasa.. so cikgu2 kena meronda satu sekolah utk elak benda2 mcm ni berlaku dalam sekolah..
Cikgu Hairul says
owh.. ada yang suke ke?
onlajer says
aku belum buat apa2 plan lagi hehe
Cikgu Hairul says
jangan main redah je sudah.. lari bajet woo..
ohcikgu says
balik kampunglah. apa lagi. asrama bukan ada orang pun. haha..