Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Perangkap Kelulusan Akademik

Perangkap Kelulusan Akademik

7 April 2014 by admin

pintu gerbang utmKita sangat sayang dengan ijazah kita. Dengan kelulusan itu, ramai di sekeliling kita menekankan kita bekerja dalam bidang berdasarkan kelulusan yang kita ada. Kalau lulusan ijazah kejuruteraan, mesti kena jadi jurutera, kalau ijazah pendidikan mesti kena jadi cikgu, kalau ijazah kedoktoran mesti kena jadi doktor.

Ramai juga anak muda masih sayang keterlaluan dengan ijazah mereka. Bila buat bisnes, mesti dia buat berdasarkan kepandaian yang tercatat dalam sekeping kertas itu.

Seandainya sekeping kertas itu tertulis ijazah kejuruteraan elektrik, pasti mereka buat bisnes pasal elektrik. Jika sekeping kertas itu tertulis ijazah pendidikan, mesti nak bukak kelas tuisyen.

Jurutera yang taknak jadi jurutera memang nampak macam mensia-siakan ijazahnya. Cikgu yang taknak jadi cikgu memang nampak macam mensia-siakan kelulusannya. Namun ilmu kejuruteraan, pendidikan, kedoktoran dan ilmu-ilmu lain yang dipelajari di universiti itu tetap dapat dimanafaatkan dalam kerjayanya.

Hakikatnya kita sebenarnya terperangkap dengan kelulusan akademik. Pergilah mana pun samada kita terperangkap atau diperangkap, situasi itu pasti berlaku.

Kalau nak cari kerja, carilah yang membolehkan kita kaya raya. Kalau nak buat bisnes, buatlah bisnes yang membolehkan kita jadi jutawan. Bukan hanya bisnes dan kerja berdasarkan kelulusan akademik semata-mata.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. ejam says

    7 April 2014 at 09:00

    adakalanya pilihan yang datang bukan seperti yang telah kita rancang sebelum ini.
    terima dan sesuaikan diri seandainya ia datang “terpaksa”.

    macam saya ni keje gomen dgn jwtn kelulusan spm saja tapi ilmu yang ada waktu diploma dulu boleh jer guna mana yang perlu.

    Reply
    • Amran says

      7 April 2014 at 09:44

      Sekarang ramai yang dah sedar perangkap tu. Tak semestinya kerja dan belajar dalam bidang sama. Belajar cuma satu proses mematangkan fikiran.

      Reply
  2. Amar says

    7 April 2014 at 15:50

    Hmmm…
    Tak ada salahnya lulusan diploma komputer kerja buat minyak nyioq kan…?

    Reply
    • Amran says

      7 April 2014 at 20:09

      Memang tak salah. Blh guna ilmu komputer utk majukan bisnes minyak nyok tu. Kalau org lain kena g kursus semata2 nak belajar kompeter, kita takyah dah.

      Reply
  3. Ahmad Ijat says

    7 April 2014 at 16:21

    Ijazah/Diploma tu buat syarat je sebenarnya. Keperluan di negara kita sekarang. Pendapat saya kalau nak berjaya dalam hidup, sikap dan usaha kita yg paling utama. Ilmu di Uni yu pula akan jadi nilai tambah. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Amran says

      7 April 2014 at 20:11

      Syarat tu kengkadang ngarut. Lagi2 sektir kerajaan. Kalau ntvu sijil sekeping tu la dia tengok. Pengalaman langsung tak dinilai.

      Reply
  4. anif says

    7 April 2014 at 16:22

    Tiba-tiba pula saya setuju sangat dengan artikel ini. Sudah sampai masa kita berfikir & bertindak diluar kotak!

    Reply
    • Amran says

      7 April 2014 at 20:12

      Thanks sebab bersetuju. Bukan apa bro, perkara ni memang kena kat batang idung sendiri.. hahaha

      Reply
  5. Khadeejah Hasmad says

    7 April 2014 at 18:46

    Saya setuju sangat. Jangan fikir kalau graduate Engineering kena kerja sebagai engineer.

    Saya graduate jer engineering, tapi sekarang buat bisnes Shaklee full time ๐Ÿ™‚

    Alhamdulillah rezeki Allah ada di mana-mana.

    Reply
    • Amran says

      7 April 2014 at 20:14

      Kawan saya pun ada wat saklee gak. Dah berjaya sekarang ni. Ramai gak kan yg berjaya ngan bisnes saklee ni..

      Reply
  6. mrhanafi says

    9 April 2014 at 01:57

    saya tengah cari bisnes yang boleh jadikan kita kaya-raya!

    Reply
    • Amran says

      9 April 2014 at 08:17

      Wah.. semoga success bro.

      Reply
  7. Irwan Alessa says

    9 April 2014 at 02:49

    Saya tak segan nak berkongsi cerita, saya memang tak pernah merasai alam universiti.. tetapi boleh lah kerja berdasarkan kemahiran.. Memang ijazah yang dapat tu membolehkan mencari pekerjaan yang baik.. tetapi jika mengikut statistik yang boleh dipercayai, berapa banyak graduan selepas ijazah yang masih lagi menganggur.. ๐Ÿ™‚

    Reply
    • Amran says

      9 April 2014 at 08:16

      Tak perlu segan. Yg menganggur tu kebanyakkannya mereka yg dah terperangkap dgn perangkap akademik ni la.

      Reply
  8. titan says

    15 April 2014 at 18:07

    bab akademik ni..payah nak cakap.

    Senang cakap, kita yang kena decide sendiri. Jangan main ikut-ikut kawan je..

    Reply
  9. Mohd Ilham says

    16 April 2014 at 01:18

    x lama lagi aku bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma jika mendapat tawaran dari pihak Universiti..hehe

    Reply
  10. Hendra says

    16 April 2014 at 10:01

    Betul , karena saat ini skill yang lebih dibutuhkan dari pada hanya semata dari ijazah ๐Ÿ˜€

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 ยท BG Minimalist on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in