Semalam hari minggu takde buat apa. Aku cuba masak nasi arab mandhy resipi dari Ustazah. My Wife dah beli lama perencah ni. Cuma baru semalam nak masak sama-sama dengan dia.
Kalau dikira-kira agak jimat juga la kalau dibandingkan dengan beli dekat Kedai Nasi Arab Hadramaut. Rasanya pun tak jauh beza ikut tekak aku. Sekotak tu boleh la buat dua kali masak untuk makan berdua. Time-time semua dok ikat perut ni kan ada baiknya kita belajar ikat perut jugak.
Ni resipi nasi arab mandhy ustazah. Ambik dari kotak yang wife aku beli.
Cara masak pun tak susah. Follow je instruction. Tak sampai sejam memang boleh makan. Inilah hasilnya.
Mudahnye kerja sekarang kan? Nak berjimat kena buat sesuatu yang kita tak berapa suka. Nak makan sedap dengan kos yang termampu juga kena korban sikit nafsu makan kat restoran mahal.
Fadhil says
macam lazat pulak tengok gambar nasi mandy tu. buat kecur air liur saja.
KHAIRUL AMRAN says
Itu baru tengok, belum merasa lagi. Kalau dah rasa tentu tak nak rasa lagi. Hohoho 🙁
ringantangan says
Hmm.. sekarang nih makin popular pula menu Nasi Arab ni kan? Memang sedap, tak dinafikan. 🙂
KHAIRUL AMRAN says
Dah ramai orang arab kat malaysia. Orang arab ni memang tak boleh makan masakan orang lain. Cuma kita je yang mudah berasimilasi. Mudah terima budaya dan masakan orang lain. Mungkin sebab tu semakin hari semakin popular.
Arham Md Ali says
Nampak sedap gila. Kalau dekat Mesir ni,memang style dia nasi mandy ni kering. Dan selalunya dari mintak ayam mandy, saya akan order ayam madby iaitu ayam bakar atas arang.