Dah lama saya nak melawat Melaka negeri bersejarah. Kali terakhir saya ke Melaka ialah masa lawatan sambil belajar waktu saya darjah empat tahun 1990 dulu. Sangat lama kan?
Bila dah ada famili sendiri, barulah berkesempatan melawat Melaka. Itu pun saya tak dirancang dengan rapi. Cuma tengok masa free ahli keluarga, kekosongan hotel dan mula lakukan tempahan. Mana-mana tempat yang nak kena lawat tu pun tak disenaraikan sebaiknya.
Tempat menarik kat Melaka ni tak banyak yang berubah dari dulu. Apa je yang ada? Itulah dari dulu dan kini. Cuma yang berubah mungkin dekorasi setiap tempat bersejarah tersebut. Sikit-sikit penambahan yang mungkin membuatkan kita tertarik untuk mengunjunginya lagi satu hari nanti.
Antara tempat-tempat menarik yang saya sempat lawat.
– Zoo Melaka.
– Mini Malaysia & Mini Asean.
– Menara Taming Sari.
– Rivercruise.
– Muzium TLDM.
– Muzium Kapal.
– Pantai Klebang.
Antara aktiviti yang tak sempat dan tak mampu dilakukan.
– Naik Becha.
– Muzium Umno.
– Hutan Rekreasi Air Keroh.
– Taman Rama-rama & Reptelia.
– Taman Buaya.
– Rumah Hantu.
– Kota A Famosa.
– Muzium Melaka.
– Taman Botanikal.
– Naik kereta lembu.
Percutian terlebih budget? Kenapa saya katakan lawatan ini lawatan terlebih budget? Untuk lawatan ke Melaka ni kita memerlukan kos yang tinggi, lagi-lagi apabila pergi dengan keluarga yang besar. Kos purata untuk seorang dewasa masuk ke satu-satu tempat lebih kurang RM10. Bayangkanlah kalau satu famili yang ada 10 orang dewasa. Tak ke overbajet.
Hampir semua tempat untuk dilawati di Melaka ni kena bayar! Maklumlah, itu je pendapatan mereka. Itu tak termasuk dengan parking dan makan-makan.
Kalau berhasrat untuk bercuti ke Melaka, pilihlah waktu hari biasa bukan waktu cuti sekolah dan cuti umum. Cuba naik kenderaan awam atau datang ke sini dan terus check in di hotel yang menyediakan khidmat pengangkutan ke destinasi menarik. Ini adalah kerana ruang tempat kereta yang tidak mencukupi. Polis pulak selalu buat operasi. Silap letak je, pasti kena saman. Kalau nak bawak kereta sendiri juga, pastikan parking di tempat yang disediakan atau sediakan juga bajet untuk bayar saman parking.
Terus terang saya katakan, percutian kali ini adalah percutian over bajet. Semuanya tak disangka-sangka. Maklumlah, 23 tahun yang lalu kita pegi ikut rombongan sekolah. Manalah nak terasa keluar duit. Sekarang pegi kena keluar duit sendiri. Memanglah sangat terasa. Nasihat saya, sediakan duit yang cukup untuk melawat negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.
hairulafiz says
betul tu kalau nak gi melaka luar cuti sekolah…tak sesak..
hafizmd says
Setuju tp tak happeninglah..hehe
Izzat Aziz says
Beberapa kali pergi Melaka, tetapi tidak pernah suka. Biasa berjalan-jalan cari tempat makan sahaja bila berjalan ke Melaka.
Aya says
Seronoknya dapat bercuti-cuti… 🙂
titan says
camana leh terlebih bajet ni..
Sharafie says
hahaha..melaka biasa la..tak biasa memang kena la..hehe..banyak rpenye tempat kt melaka ni..sepanjang keje kat melaka, mahkota parade, dataran pahlawan, tesco..haha..itu je tempat saya pergi..
Hazmin Hamudin says
Kalau pergi Melaka masa cuti sekolah bersedia untuk hadap kesesakan sana sini. Mahal jugak ye nak nak beca tu. Sampai RM50.
hafizmd says
Kalau pergi time biasa, mmg best jalan2 kat Melaka…aman jer..tak sesak cam KL =)
hafizmd says
Melaka. Best cuti2 kat sini cuma macam bro cakaplah, kena sediakan budget yg cukup..kalau tak, tgk2 kat luar jerlah…hehe
ambe siap kena saman lagi sbb tak letak kupon parking..ambe ingat free kalau weekend cam kat sini…hahahha