Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Perginya Seorang Atuk

Perginya Seorang Atuk

24 November 2011 by Cikgu Hairul

Pagi 22 November 2011, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari adik di kampung. Masa tu aku tengah bersiap untuk bekursus. Panggilan pagi tu benar-benar buat aku terkejut. Berita pemergian atuk selama-lamanya. Capai telefon dan terus beritahu bos. Alhamdulillah aku diberi pelepasan 3 hari. Sementara itu isteriku menyambar beberapa pakaian dan peralatan untuk dibawa pulang.

Selesai bersiap aku rempuh kesibukkan KL menuju ke kampung di Batu Pahat. Dalam perjalanan mulut tak henti-henti membacakan fatihah untuk Atuk. Aku teringat masa arwah Abah meninggal, atuk tak henti-henti membaca fatihah untuk Arwah Abah. Mungkin inilah teladan yang atuk cuba sampaikan kepada aku melalui perbuatan.

Alhamdulillah jam 11pagi aku sampai rumah Atuk. Entah berapa banyak saman aku kutip hari tu. Aku tak fikir sangat. Dalam fikiran aku cuma dua. Cepat sampai dan sempat jumpa atuk. Kelihatan Orang ramai memenuhi halaman rumah. Rupa-rupanya jenazah masih baru nak dimandikan. Aku sangat bersyukur berpeluang memberi khidmat terakhir memandikan Atuk. Sayu melihat pakcik-pakcik dan sepupuku bertungkus lumus memandikan jenazah atuk. Mungkin inilah sahaja khidmat terakhir yang mampu kami berikan sebelum atuk dikebumikan.

Selesai pengurusan jenazah, atuk dibawa ke masjid untuk disembahyangkan. Nasib baik sedikit sebanyak ilmu yang dipelajari banyak membantu aku dalam soal kematian. Pengalaman memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan jenazah abah 5 tahun dulu aku guna sepenuhnya. Solat jenazah ni takde la susah sangat. Mungkin ramai yang kurang ambik kesah hal ni. Tapi ada baiknya kita belajar. Semua orang akan menghadapi kematian. Mungkin dengan sedikit ilmu yang kita ada dapat membantu saudara mara dan sahabat kita.

Setelah semuanya selesai, atuk ditinggalkan bersendirian di alam sana. Dalam dunia lain yang gelap tanpa anak-anak, harta, cucu cicit dan sahabat handai. Semuanya ditinggalkan kepada waris yang berhak. Mereka yang hidup akan meneruskan kehidupannya. Semoga roh atuk tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman..

Kematian boleh menginsafkan seseorang. Sebab tu lah Rasulullah menggalakkan kita mengingati kematian dan menziarahi orang mati. Masa inilah semua sanak saudara berkumpul di rumah. Kesempatan itu aku gunakan sebaiknya untuk merapatkan lagi tali silaturrahim antara semua. Mana-mana yang tak kenal dapat berjumpa dan kenal mengenali. Adik beradik atuk yang langsung tak pernah aku jumpa juga datang. Satu peluang yang jarang berlaku. Kematian ini mungkin memisahkan atuk dengan kita, dalam masa yang sama ia menemukan semua waris dan saudara mara tak kira yang jauh mahupun yang dekat. Inilah hikmah kematian.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Amar says

    25 November 2011 at 07:39

    Sayangi dan hargai seadanya kerana kita tak pernah miliki apa pun secara mutlak.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      25 November 2011 at 08:50

      Yup betul tu.. Tiada apa pun yang akan kekal bersama kita.

      Reply
  2. titan says

    28 November 2011 at 03:35

    mati itu pasti. Bila dan tempatnya sahaja yang kita tak berapa pasti.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      28 November 2011 at 09:14

      setuju..

      Reply
  3. kakyong says

    29 November 2011 at 11:26

    AlFatihah dan Salam takziah

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      29 November 2011 at 18:45

      Terima kasih kakyong.

      Reply
  4. Junaidiey says

    12 December 2011 at 01:24

    setiap yang bernyawa pasti akan menuju ke arah mati…. Al-fatihah… semoga tabah, empunya blog.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 December 2011 at 09:47

      Amin..

      Reply
  5. Petua Emak Hot says

    16 December 2011 at 23:29

    yg hidup pasti akan mati…
    semoga atuk cikgu ditempatkan dikalangan org yg diredai Allah.. aminn..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      17 December 2011 at 09:42

      Aminn..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in