Perkara yang tak dapat dibuktikan, cuma dapat dirasakan, bagaimana mahu dijelaskan?
Alkesah minggu lepas aku dah subscribe plan Celcom Music Walla RM3 untuk capaian music unlimited sebulan. Maknanya guna beberapa aplikasi music tapi data tak ditolak dari data bulanan. Selain Music Walla, ada juga Video Walla dari Celcom. Ini plan baru mereka.
Tapi sejak subscribe haritu, data susut dengan penggunaan apps music yang dikatakan percuma itu. Susutnya laju sekali.
Macam mana aku boleh katakan data masih ditolak?
Ya, aku test disable background data untuk aplikasi lain. Cuma aplikasi music tu je yang aku on kan.
Hasilnya data susut juga.
Bila report ke Celcom, jawapan standard ini digunakan. ” Hi Khairul Amran , semakan kami mandapati tiada caj untuk penggunaan data.”
Aku dapat rasakannya, tapi aku tak mampu nak jelaskan.
zik says
susah juga , kita bukan pakar dalam nak buktikan penggunaan data ini.. kena tanya yang pakar… nak bukti pulak
Khairul Amran says
Tu la susahnya kita sebagai pengguna
Khairul Zamri says
Pelik juga tu dia tak detect tapi kita yang guna ni memang rasa data berkurangan. Tukar plan lah senang
Khairul Amran says
Baru je saya beli simkad ni. Hajat hati nak cuba..
Khairul Zamri says
Tukar saja kepada telco lain, biar kita rasa puas hati dengan apa yang kita bayar dan guna. hehe
Ira says
Susah juga ye macam tu. Memang rasa tidak puas hati dan hak kita sebagai pengguna tidak mencapai standard yang sepatutnya.