Ada dua maksud dengan tajuk yang saya tulis. Pertama memang semua dah maklum, ada undang-undang yang melarang merokok dalam kawasan universiti. Semua tahu universiti adalah kawasan larangan merokok. Keduanya belum ada pewartaan. Apa kata kalau kementerian pengajian tinggi meletakkan syarat permohonan hanya diterima dari kalangan mereka yang tidak merokok?
Saya melihat ada keperluan dalam melaksanakan undang-undang sebegini. Ini kerana masalah merokok sudah tidak dapat dibendung lagi. Ramai pelajar secara terang-terangan menghisap rokok. Kalaupun bukan di dalam kawasan sekolah dan universiti, merokok di luar dah jadi satu kebiasaan. Lebih parah lagi, pelajar perempuan juga terlibat.
Kadang-kadang undang-undang lebih keras perlu untuk menyekat sesuatu gejala buruk. Takkanlah ibu-bapa nak tengok permohonan anak-anak mereka ke universiti gagal. Sudah semestinya ibu-bapa akan turut sama membantu menangani gejala ini dengan mengawal aktiviti anak-anaknya. Kebanyakkan ibu-bapa hari ini menganggap mendidik anak adalah tangungjawab guru. Anaknya melanggar disiplin, cikgu juga yang dipersalahkan.
Untuk menyekat gejala menghisap rokok ini berterusan ke generasi akan datang, saya rasa wajar perokok tidak dibenarkan mendaftar di universiti. Untuk permulaan mungkin universiti awam boleh memulakan langkah awal. Tapisan demi tapisan mesti dan wajib dilaksanakan agar perokok tidak terlepas mendaftar. Sebelum mendaftar, pemeriksaan doktor perlu mengesahkan bakal pelajar bukan seorang perokok. Bukan susah pun nak laksanakan. Cuma perlu ada sedikit keyakinan di pihak penggubal. Insyallah kita akan berjumpa satu generasi tanpa rokok satu hari nanti.
anif says
Tak rasa ia berkesan sebab pun boleh tipu-tipu.. pakat dengan Dr. Hehe..
donnyien says
apa nak jadi ngan budak-budak sekolah sekarang, masih sekolah dah terjebak dengan aktiviti tidak berapa sihat ni
Leeza Dayasari says
susah lah nk isu ini… seriusly susah….
sy dulu nk halang adik sy pun tak dpt …
1 faktornya pengaruh sgt dgn kawan… n mrk buat dlm senyap…
kealpaan kami mendidik.
Malaysia Coin says
Undang-undang dah ada cuma saya rasa masalahnya adalah penguatkuasaan yang lemah. Macamna nak kuatkuasa kalau penguatkuasa pun perokok juga?
Jebeng Otai™ says
menarik tu..cara mcmane nak sahkan die perokok atau x?mungkin kalo berjaya boleh hasilkan generasi sihat.. 🙂
shraqs says
Ide memang menarik & logik bro. Kekangan & tentangan yang paling utama nanti datangnya dari bahagian golongan yg bakal menggubal dasar itu sendiri nanti. Banyak ide yang bernas biasanya tidak terlaksana disebabkan bertentangan dengan kepentingan golongan2 tersebut. IMHO
Cikgu mesti faham sangat apa yang saya maksudkan!
Achik Ezz says
Memang bernas. Tapi bila byk pihak yg berkepentingan peribadi berada di dalam undang2, agak sukar la..
Guru2 sekarang pun ramai yang merokok. Selisih tepi je pun dh dpt hidu bau busuk tu…
Cikgu Hairul says
Cikgu yg merokok tu pun satu masalah jugak.
Hafizul says
habis la perokok-perokok dari kalangan budak sekolah ni…baru dia tahu..kecik2 dah nak isap rokok..adoii..hehe
Cikgu Hairul says
Pengaruh rakan sebaya pun main peranan jugak. Tu yang kena buat undang2 agak pelik.
Mummy Akmar says
Naik kan tinggi lagi untuk tax tembakau ni. Sampai orang tak mampu beli. Kan senang..
Cikgu Hairul says
Nanti orang tua pulak marah kerajaan.
tehr says
dah ada undang2 kawasan larangan merokok
tapi pelaksanaannya tak seberapa
tu yang payah nak berjaya tu
Cikgu Hairul says
Itulah masalah undang2 di malaysia. Gubal bagai nak rak.. Time pelaksanaan jadi lemau.
schu hada says
oke gak cadangan ni ^_^
Ramzi says
Sayang sekali generasi muda saat ini dah diluar batas, mereka harus mendapat penyuluhan agar bisa menghentikan aktivitas merokok yang bisa membahayakan kesehatan mereka
nice share mas bro
arrizz says
menarik..tapi bagi aku susah nak laksanakan..satu sebab rokok nie ada nilai wang di situ..income kepada ekonomi negara dalam bentuk cukai..kalau betul2 nak laksanakan, kena buang puncanya..satu lagi perokok nie degil..fatwa kata haram pun mereka tetap merokok..undang2 Tuhan lagi dilanggar apatah lagi undang2 manusia..