Ini semua salah Mat Yo? Hahahaha.. Memang tak boleh blah perlawanan malam tadi. Kena titik beb JDT 1-6. Dalam kemeriahan kengkawan membahan dalam whatsapp, satu perkara yang aku nampak dan boleh dijadikan pengajaran dalam sesebuah perlawanan bolasepak.
Bila pemain mula menyepak bola, ada je mulut longkang penonton mengomel. Itu tak kena, ini tak kena. Macam la korang tu hebat sangat. Dari awal permainan sampailah habis permainan, emosi pasti tak terkawal. Kalau jurulatih tu dengar, mesti dia pun resign.
Mengomen itu ini memanglah mudah. Cari salah orang juga mudah. Segala-galanya nampak tak kena di mata kita. Cubalah beri semangat sikit. Jangan asik nak komplen, komplen dan komplen. Bukan setakat pemain kena komplen, pengadil juga tak terkecuali.
Realiti kehidupan pun macam tu. Asik komplen, komplen dan komplen tak habis-habis. Sikit pun tak ada yang kena di mata mereka. Cuba la kita diberi tugasan yang sama, adakah kita mampu melaksanakannya?
Kita suka bercakap ikut sedap tekak. Tak tahu situasi sebenar, tapi suka bagi komen. Tak tahu betapa sukarnya pelaksana melakukan tugasan sehabis baik. Beri pandangan tak salah. Nak mengomen tak salah. Tapi kena la dengan ilmu. Otak kosong, hati rentung ada hati nak cakap orang salah. Ada hati nak kondem orang, tak buat itu ini. Kalau kita duduk situasi mereka, belum tentu juga kita laksanakan apa yang kita kata.
Amar says
Aku nak komplen ni… Ni pasai apa kat blog hang ni ada iklan “Top 10 Football girls” memakai “hijab” ni? Curiga aku ni… Makin rosak la mata rabun aku ni… Adoi…
Cikgu Hairul says
Mana iklan tu? Aku nak tengok gak.. ehehehe 🙂
Hazmin Hamudin says
Memang teruk jugak JDT kena semalam. Tak melawan langsung. Mungkin kerana tiada penjaga gol utama.
hafizmd says
mungkin juga, tapi inilah bola..sape yg pandai sempurnakan peluang…dialah pemenang =)
Cikgu Hairul says
Agak kecewa… takpe, bola kan bulat.. hehe
Adi says
Inilah dunia bolasepak… tapi ciri2 holigans sudah terserlah…
Cikgu Hairul says
Maaf bro.. holigans tu apa ye?
blogger lelaki says
sokong bro…gajah depan mata memang lah nampak kan
Cikgu Hairul says
nak tengok gajah pun kena pegi zoo. 🙂
Mus says
berkata-kata memang mudah..
Cikgu Hairul says
tu la.. ikut sedap tekak. sakit telinga mendengarnya.
titan says
kesian plak tengok mat yo. hoho..
Adi says
kerana bini…
Cikgu Hairul says
hahaha.. nasib la. sapa suruh tak reti nak jaga.
Miss Puan Yati says
Setuju. Bila orang main bola, kita sedap je komen itu tak kena itu tak kena. Tapi cer cuba kita main, nak tahu macam mana. Hehe. Sama juga dengan kehidupan, sedap kita komen itu tak boleh, ini tak kena. Itu sepatutnya macam tu, ini sepatutnya buat macam ni. Tapi cuba kalau kita yang ada kat tempat tu. Kita pulak kena komplen. Gitu
Cikgu Hairul says
itulah persamaannya.. sesekali tengok sesuatu sambil berfikir. banyak juga manafaatnya.
hafizmd says
sape2 yg buat bahan tu…ambe mmg kurang setuju…
bagi ambe, pemain seperti mat yo contohnya…sudah bermain sehabis baik…tak perlu nak buat bahan kaitkan dia dgn apa2 isu panas…
tekak depa mmg suka2 jer, tp kena ingat satu benda…bila nak mintak maaf ngn mereka2 yg terasa? fuuuh!
Cikgu Hairul says
Akativiti membahan camni memang cukup berleluasa sejak zaman fb dan twitter. Bab mengata ni pun boleh tahan juga.