Gaza dibedil oleh tentera Zionis. Saudara Islam kita di Gaza sedang menderita. Ramai di kalangan kita tak sedar pun. Sibuk dengan kemewahan, pemberian dari Allah di bumi bertuah ini.
Takkan tidak ada rasa apa-apa walau sedikit pun? Nak membantah, adakah caranya? Boikot produk Yahudi, rasanya ramai yang tak mampu menahan nafsu. Nak pergi ke Gaza, serang Israel, mereka kentut pun kita dah lari lintang pukang.
Kita tak mampu buat apa-apa?
Sebenarnya banyak perkara boleh kita buat. Cadangan dari alim ulamak yang pernah saya dengar salah satunya ialah solat jemaah. Dengan solat berjemaah, hati-hati kita akan bersatu. Maka dengan kesatuan itu, planlah apa saja rancangan, insyallah akan berjaya.
Boikot!
Ini cadangan kontervesi. Ramai pulak orang Islam yang mempertahankan produk-produk Yahudi ni berbanding dengan orang yahudi sendiri. Nampak kan kita dah sebati dengan produk Yahudi. Mereka senyum sendiri bila kita berbalah tentang boikot produk mereka. Tiada persefahaman, tiada kesatuan. Mereka menang lagi..
Saya tak marah kepada mereka yang menentang kempen boikot ni. Mereka ada alasan tersendiri. Walaupun mungkin itu alasan yang ditanam mati dalam benak mereka oleh Yahudi. Saya ambil jalan mudah. Bagi saya boikot itu salah satu usaha kecil kita menentang Yahudi. Kita buat lah.
Persediaan menentang Israel.
Jom solat subuh berjemaah. Orang Yahudi sangat percaya kepada kerasulan Nabi Muhammad. Mereka tahu di mana kekuatan dan kelemahan kita orang Islam. Justru itu, orang yahudi pernah berkata, mereka tidak takut kepada orang islam kecuali berlaku satu keadaan di mana solat subuh berjemaah menyamai jemaah solat jumaat.
Doa senjata umat Islam. Angkatlah tangan dan berdoa semoga kita berupaya melawan hawanafsu. Nafsu yang menggila sering menarik kita untuk tidak berbuat apa-apa. Berdoa juga untuk saudara mara kita di Gaza agar diberikan kekuatan.
Peruntukkan sebahagian harta kita untuk perjuangan umat islam di sana. Dengan seringgit bantuan kita, mungkin dapat menyelamatkan dan memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan perjuangan fisabilillah.
sweetkurma says
betul lah apa yang cuba cikgu sampaikan
solat berjemaah
boikot barangan yahudi
sumbangan dari segi wang ringgit walaupun kecil
terus berdoa moga penduduk islam palestine sentiasa beroleh perlindungan dari Allah SWT
Cikgu Hairul says
Saya sangat takut. Itulah saranan yang paling susah kita nak buat.
Jebeng Otai™ says
solat jemaah dan safnya dirapatkan…kdg2 kala jarak antara jemaah terlalu jauh..musykil juga mengapa begitu..
Cikgu Hairul says
mungkin juga tiada yang menegur pasal saf. bayangkanlah zaman saidina Umar dulu, pernah satu ketika Allah tangguhkan kemenangan dalam peperangan. Bila saidina Umar semak semula tentera-tenteranya, rupa-rupanya safnya tidak rapat. Itu baru tak rapat. Semua tenteranya solat berjemaah. Kita ni.. Terasa jauh sangat dari kemenangan.
hairulafiz says
buat solat hajat selamatkn palestin
Cikgu Hairul says
itu juga salah satu cara. setakat mana kita mampu, kita buatlah.
Leeza Dayasari says
terima kasih. marilah kita sama2 menadah tangan memohon daripada NYA… usah dikatakan kita tidak boleh berbuat apa2… doa itu satu senjata yg halus tnpa sesiapa tahu.
Cikgu Hairul says
doa kan senjata orang muslim. daripada kita tak buat apa-apa, baik kita angkat tangan dan berdoa. kerja mudah dan murah. kalau tak dapat buat juga, semak diri..
titan says
yang aku harap..jangan boikot ikut musim aje nanti..
Razlan says
Kalau boikot porduk israel ne,sekurang2nya kita dah membantu walaupun tak banyak ,tapi membantu
Hairul Azni says
Ramai umat Islam yang jiwanya sudah sebati dengan produk yahudi laknat !
Cikgu Hairul says
Termasuklah kita…
ohcikgu says
selagi mampu boikot. boikot..