Minggu lepas keputusan permohonan ke IPTA melalui UPU telah dikeluarkan. Ramai bakal mahasiswa berdebar-debar menunggu hari pendaftaran. Untuk sessi 2012/2013 seramai 38549 calon terpilih ke IPTA. Masuk universiti banyak persediaan nak kena buat. Mungkin ada yang tak pernah duduk asrama atau berjauhan dari keluarga. Saya sediakan sedikit tips persediaan untuk ke Universiti berdasarkan penglaman sendiri.
1. Dokumen
Segala dokumen yang diperlukan mesti disediakan secepat mungkin. Buat pemeriksaan doktor di klinik swasta atau hospital kerajaan. Barang diingat, harga untuk buat pemeriksaan di klinik swasta dan hospital kerajaan lebih kurang sama. Kelebihan membuat pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan ialah ia mengambil masa yang lama. Di klinik swasta, sehari boleh siap. Pilihlah mana-mana yang berkenan.
Dokumen lain macam salinan kad pengenalan, sijil-sijil, gambar dan borang-borang perlu disediakan dan diletakkan dalam sebuah fail supaya mudah diuruskan. Takde la kalut bila ada di depan meja pendaftaran nanti.
2. Pakaian
Universiti bukan tempat untuk melaram. Penampilan sangat penting. Sapa-sapa yang nampak serabai tu silalah perkemaskan diri. Pakaian mesti tidak menampakkan bahagian yang sepatutnya.
Bawa pakaian formal seperti yang universiti tetapkan. Biasanya kemeja, talileher, seluar slack, kasut hitam itu wajib pada minggu pertama. Untuk pelajar perempuan, baju kurung, tudung, dan sebagainya juga diperlukan. Bergantung kepada universiti, kod etika berpakaian biasanya telah disertakan dalam surat tawaran. Ikut peraturan universiti. Universiti bukan macam sekolah, kita buat salah cikgu nak tegur. Pak guard tahan dan terus saman tanpa banyak bicara.
Selain dari pakaian formal, pakaian sukan dan pakaian biasa juga mesti ada. Takkan nak pakai kemeja sepanjang tahun. Tapi kalau itu memang pakaian rasmi universiti kenalah ikut.
3. Peralatan
Belajar umpama berperang. Tanpa ada peralatan yang cukup tak mungkin kita akan berjaya. Zaman ini peralatan untuk belajar yang wajib ialah komputer. Semua asigmen nak kena buat guna komputer. Ada baiknya bawak laptop yang kecik dan senang di bawa. Tapi untuk kursus multimedia atau sains komputer mungkin tak sesuai laptop kecik. Jangan risau, kursus anda telah menyediakan peralatan yang cukup untuk itu. Laptop tu untuk tulis asigmen dan presantation je. Bab design gunakan makmal komputer.
Bukan setakat komputer, alat tulis juga penting. Saya cadangkan sediakan buku tebal untuk satu samester punya subjek. Letak dalam satu buku yang dibahagikan ikut subjek. Bila nak exam senang nak baca. Kat situ kita catat nota, kat situ kita buat latihan. Jadi tak ada la masalah nota hilang. Biasa nota hilang bila kita tulis dalam kertas sehelai-sehelai.
Selain daripada ke tiga-tiga persediaan di atas, ada baiknya sediakan diri dengan ilmu komunikasi. Mungkin ia dapat membantu kita dalam mendapatkan ilmu. Di universiti tempat kita mendapatkan segala keperluan untuk hidup di masa akan datang. Bertindak aktif dan proaktif dalam segala hal. Masa ni dah tak ada zaman suap menyuap lagi. Semua kena cari sendiri.
anif says
Persediaan dari segi mental pun perlu juga. Maklumlah semuanya berbeza.. tak sama macam zaman sekolah! Takut ada kejutan budaya!
Cikgu Hairul says
betul tu bro. sekali dah terkejut, boleh rosak hidup.
Jebeng Otai™ says
kes kejutan budaya ke ni..? hehe
Hafizul says
Satu lagi cikgu…persediaan emosi dan jati diri bagi menempuh minggu orientasi..hahaha
Cikgu Hairul says
Sekarang dah takde ragging lagi. Nak emo-emo pun takpe. hehe
daddydee says
senjata wajib saya dari zaman belajar sampai zaman kerja adalah 2keping A4 paper dengan pen. Kemana pergi wajib ada…
Cikgu Hairul says
banyak idea dah ditulis tu. saya teringat kat pengetua sekolah dulu. ada juga dia sarankan macam tu. tapi.. sekarang dah canggih. tulis je kat handset.
iAwani says
membaca entri ni membuat saya mengimbau kembali kenangan masa memula masuk universiti dulu.. Mata galak mencari calon-calon kekasih. hehe..
Amar says
Bersedialah perubahan tradisi tunggu disuap makan (feeding) dari cikgu kepada tradisi menyakar cari sendiri. Pensyarah cuma tunjuk dimana perlu menyakar, kena cakar sendiri untuk makan.