Hari ini dah 18 Syaaban. Maknanya tinggal lebih kurang 12 hari lagi kita nak menyambut Ramadhan. Bulan penuh barakah yang ditunggu-tunggu oleh orang beriman. Ulamak-ulamak terdahulu, enam bulan sebelum Ramadhan dah start berdoa semoga dipertemukan dengan Ramadhan. Hebat cinta mereka kepada Ramadhan. Zaman sekarang ni jarang orang nak sambut Ramadhan. Ada yang lagi hebat tu, enam bulan sebelum Ramadhan dah berkira-kira nak sambut Syawal.
Bila cakap pasal persediaan, semestinya ia bertujuan. Nanti bila sampai waktunya tak de la kita terpinga-pinga. Akhirnya satu perkara pun tak jadi. Ada baiknya kita rancang awal-awal apa nak buat masa bulan Ramadhan nanti.
Sebelum tu, sekarang ni la.. kena banyakkan taubat. Taubat adalah kunci mendapat Nur. Nur itu penting bagi menerangi kehidupan. Bawak-bawaklah bertaubat. Banyak dosa kita dengan Allah. Sesama makhluk pun tak kurang juga banyaknya. Taubat sungguh-sungguh supaya Allah berikan Nur dalam jiwa kita.
Kengkadang kita tengok sahabat kita rajin dan sangat berselera untuk beribadat. Kita ni nak solat sunat dua rakaat pun susah. Jiwa tanpa Nur memang macam tu. Dua belas hari yang berbaki ini, tundukkanlah jiwa-jiwa yang keras itu dengan Taubat.
Taubat dan kemaafan sangat sinonim. Dengan Allah kita minta ampun dan maaf, dengan makhluk juga semestinya. Bukan susah nak minta maaf. Dengan Allah pun mudah, dengan manusia pun mudah. Sekarang kan dah ada sms. Just sms ayat kemaafan kepada orang yang pernah kita buat salah. Terpulanglah samada mereka nak maafkan atau tidak. Itu kan hak mereka. Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha mintak maaf.
Satu lagi bab hutang. Ehhh.. akak-akak, makcik-makcik, aweks-aweks yang ada hutang puasa tahun ni, dah ganti ke puasa tu? Kalau belum, silalah ganti sekarang. Normal la perempuan kan. Lagi-lagi yang dah kahwin. Mungkin sebelum ni tak sempat mengganti. Hari-hari nak layan suami. Tapi bila dah sampai bulan Syaaban ni rehat la kejap. Bagi la pulak can kat isteri mengganti puasa.
Hutang dengan Allah kita kena selesaikan. Dengan manusia juga ada baiknya kita selesaikan. Kalau tak mampu, jumpa la kawan tu. Cakap kat dia, “mintak maaf la Peah, sempena bulan Ramadhan ni aku memang berniat nak bayar hutang engkau, tapi duit aku cuma cukup-cukup untuk belanja pampers anak aku je. Aku mintak tangguh dulu la bayar hutang engkau ni ye.” Ayat kena manis.
Sebelum menempuh bulan penuh barakah tersebut, kita nak jiwa kita bersih. Urusan kita dengan Allah dan makhluk selesai. Apa-apa yang menyebabkan Hidayat tidak sampai kita bersihkan. Semoga Ramadhan kali ini menjadi Ramadhan terbaik buat kita. Anggaplah Ramadhan ini Ramadhan terakhir buat kita.
Dikesempatan ini, saya mohon maaf andainya sepanjang kita berinteraksi secara nyata dan maya ada ayat dan kata-kata saya menyinggung sensetiviti kalian. Kalau ada hutang-hutang saya pada kalian, tuntutlah kat saya. Kengkadang ada juga hutang yang saya terlupa nak bayar. Semoga segala-galanya clear sebelum Ramadhan ini.
daddydee says
Harapnya ramadhan tahun ini lebih sempurna…
Cikgu Hairul says
Aminn.. sama-sama kita bersedia. Moga-moga dapat buat amalan terbaik.
onlajer says
Alhamdulilah Ramadhan semangkin dekat semoga amalan kita lebih baik untuk Ramadhan kali ini
Cikgu Hairul says
Insyallah.. kena ada perancangan dan persediaan yang cukup sebelum sampai ke bulan Barakah itu.
Ummi Hanie says
selamat menyambut ramadhan ye cikgu… seronoknya bulan penuh barakah semakin hampir nak menjenguk kita 🙂
Cikgu Hairul says
Selamatt..
Tak sabar rasanya. Tapi banyak persoalan timbul di kepala. Apakah nanti kita mampu memenuhi Ramadhan dengan perkara bermanafaat??
Puspita says
Bismillah, semoga Ramadhan tahun ini penuh berkah
Cikgu Hairul says
Aminn.. Saya juga mendoakan agar Puspita beroleh ganjaran besar Ramadhan.
Potia Casadelarossa says
salam perkenalan buat cikgu… 1st suka dgn design blog ni kemas dan teratur je…
selamat menyambut Ramadhan dgn kesyukuran
Cikgu Hairul says
Salam perkenalan juga.
Owh thanks.. Theme free je ni.
Selamat menyambut Ramadhan juga.
mancai says
Ramadhan…. wah dah semakin terasa kehadirannya…. apapun semoaga ramadhan ini kita semua diberkati oleh-Nya… insya Allah
Cikgu Hairul says
Aminn.. Tak saba.
kakiblog says
kalau hutang budi bagaimana mau bayar bro..
Cikgu Hairul says
Hutang budi tak mampu dibayar. Hutang budi dibawa mati. kehkehkeh..
Hafizul says
Terima kasih cikgu memperingati..harap puasa tahun ni, terawih saya full lah..aminnn
Mama Murai says
Insya Allah akan berusaha menggantikan puasa yang tertunggak tu.
Cikgu Hairul says
Selamat mengganti puasa.. heheh. Besar ganjaran. Dapat dua pahala sekali.
Laungan Takbir Raya Mp3 Lafaz dan Maksudnya says
Salam Ramadan 2014 Masihi. T.Kasih untuk artikel yang menyemarakkan kerinduan pada
Ibadah Berpuasa untuk tahun ini. Hootoh Tudia menantikan posting seterusnya di laman ini.
Tak sabar untuk mendengar Nasyid Marhaban ya Ramadhan
berkumandang. Much more respect! Keep in touch.
Also visit my page Laungan Takbir Raya Mp3 Lafaz dan Maksudnya