Cantik langit pagi ni. Ahhh.. apakah malam tadi malam al kadar? Alhamdulillah.. kalaulah malam tadi adalah malam yang sebaik 1000 bulan itu aku benar-benar bersyukur. Alhamdulillah.. aku benar-benar bersyukur kerana diberikan kekuatan oleh Allah untuk mencari malam keberkatan itu seawal pertama Ramadhan. Kalau bukan malam tadi pun aku tetap bersyukur. Insyallah malam-malam berikutnya akan kucari jua malam tersebut.
10 Malam terakhir Ramadhan menampakkan kesusutan jemaah di surau tempat aku tinggal. Sebelum ini 5 syaf, sekarang tinggal 2 syaf je. Mungkin mereka menghidupkan malam al kadar di rumah. Bersama sama isteri dan anak-anak bertahajud, berzikir dan bertasbih. Alangkah indahnya suasana itu. Islam menjadi carahidup kita.
Terdiam sejenak aku.. benarkah ianya berlaku? Apakah hanya mengimarahkan Uptown, Downtown, Masjid India dan Sogo saja di malam-malam keberkatan ini. Aku jadi bimbang. Bimbang tidak beroleh keberkatan dari Allah. Cepat-cepat aku mengurut dada. Astagfirulullah… kenapa aku bersangka sebegitu.. Bersangka baik.. aku banyakkan beristigfar.
Minggu depan dah stat nak balik ke kampung. Jumpa mak, adik-adik dan sedara mara. Dah lama sangat aku tak balik. Dicongak dihitung dah setengah tahun aku tak menjenguk kampung. Kesian kat mak. Rindu dia kat aku. Tapi mak selalu je cakap. “Tak pe la Rul.. Kan kau ada kelas ujung minggu. Kalau sempat balik la. Kalau tak sempat nak buat macam mana”. Aku jadi lega bila mak cakap macam tu. Kadang-kadang masa aku call terdengar juga gelak ketawa mak kegembiraan. Mungkin kerinduan tu sedikit terubat bila anaknya telefon. Aku akan pastikan mak akan gembira menyambut kepulangan anak-anaknya.
Balik kampung… huh… terfikir aku akan kesesakkan yang bakal aku tempuhi. Tiap tahun ada je kemalangan jalanraya. Aku selalu memohon diberikan keselamatan dalam perjalanan kepada Allah. Malang tak berbau. Kadang-kadang kita cukup berhati-hati. Tapi bukan semua orang berhati-hati macam kita. Mungkin orang lain ada kecemasan nak balik awal. Mereka ni yang tergesa-gesa nak balik dan menyebabkan malapetaka. Kita cuma merancang. Berusaha untuk memandu dengan selamat. Alhamdulillah, kerajaan dah mengumumkan Diskaun tol. Perjalanan 7 dan 8 hb September ni ada yang tak dikenakan tol di lebuhraya tertentu. Syarikat konsesi lain cuma bagi diskaun perjalanan malam je. Eloklah tu. Mungkin dapat mengurangkan kesesakkan jalan diwaktu siang.
Awas! Anda Diperhatikan. Itu amaran PDRM kepada pemandu kenderaan. Jalanraya dipantau 24jam oleh abang-abang polis yang sanggup berkorban tak balik raya untuk menjaga keselamatan kita. Jadi, hargailah pengorbanan mereka.
Leave a Reply