Cuti Hari pekerja digunakan sebaiknya. Kebetulan pulak, pesta buku di PWTC sedang berlangsung sampai 5 Mei 2013. #PBAKL13 kali ini menyaksikan kesesakkan luar biasa. Sejak dari stesen LRT PWTC sampailah dalam PWTC, kesesakkannya memang tak terjangka.
Beribu-ribu umat manusia di stesen LRT PWTC. Inilah contoh pengguna bijak. Naik pengangkutan awam. Kalau naik kereta sendiri sure tak dapat masuk. Masa ni parking teramatlah penuh. Kalau naik LRT sesak cuma di stesen je. Lepas tu boleh la masuk pameran.
Lepas kesesakkan di LRT, satu kesesakan lain di jejantas hadapan The Mall pulak. Orang berpusu-pusu nak turun dan naik. Lif tak berfungsi. Kalaulah berfungsi, saya tak dapat bayangkan macam mana sesaknya kat sini.
Saya tak sanggup menunggu lama di dalam PWTC. Manusia memenuhi segenap ruang. Nak ambik gambar pun tak daya. Bayangkanlah, orang berhimpit-himpit nak keluar dan masuk dengan pintu yang sama tanpa ada petugas yang menguruskan. Dah tentu sesak. Nak cari buku pun tak selesa. Bila fikir nak bayar, terus tak jadi nak beli. Kaunter bayarannya pun dah panjang berjela. Letih la macam ni.
Paling kesian sapa yang bawak anak kecik. Budak sekolah pun boleh hilang. Bayangkanlah nak gerak ke kanan kiri pun tak lepas, inikan pulak nak berjalan dan tawaf kat semua gerai. Sangat mustahil dilakukan pada hari ini.
Tak sampai sejam, saya mula bosan. Tak selesa dan tak ada satu pun buku yang boleh dipilih. Mungkin kesesakkan ni berpunca dari hari Sabtu dan Ahad ni ramai yang balik kampung mengundi. Ada cuti tengah minggu ni, pulun la menambah kesesakkan. Rasa nyesal la pulak.
Mungkin hari esok 2 May dan hari-hari seterusnya tak sesak. Cikgu-cikgu yang nak bawak anak murid eloklah bawak pada masa tu. Semaikan semangat cintakan ilmu dalam kalangan murid-murid cikgu semua ye. Selamat membeli buku.
Hazmin Hamudin says
Memang sangat sesak tu cikgu.. Nak pillih buku pun tak boleh kalau macam tu. Fuh
Cikgu Hairul says
Sebab tu kena pilih hari yg sesuai utk membeli.
hafizmd says
Demi membeli buku, sanggup diredahi semua tu…terbaiklah!
Cikgu Hairul says
Petanda manusia semakin dekat dengan ilmu. Sanggup buat apa saja demi ilmu.
titan says
peh..ramai gila orang beli buku.