
Petrol Naik Harga, originally uploaded by KHAIRUL AMRAN.
Satu lagi kejutan buat rakyat Malaysia. Petrol RON 95 mengalami pengurangan subsidi. Bijaknya media sebab tak gunakan ayat minyak naik harga kan.. Jadi yang tak paham tu akan kata mana ada minyak naik.
Baru beberapa hari lepas RON 97 mengalami pengurangan subsidi 15sen. Hari ni RON 95 pulak terima nasib sama. Ramailah golongan penerima subsidi akan menerima manafaat. Kunun cerita terpaksa dikurangkan subsidi sebab utk pembangunan pendidikan dan macam2 lagi la.. Betul ke? Aku pun malas la nak amik tau.
Bersama2 dengan kenaikkan harga minyak, gula pasir pun naik juga. Kalau dah naik sampai 20sen tu dah semestinya harga makanan akan naik 50sen. Entah macam mana peniaga tu kira aku pun tak tau. Tapi tu la senarionya bila ada kenaikkan harga minyak dan gula.
Orang sebok2 cerita harga barang naik, aku pun nak cerita juga. Apa yang aku rasa mungkin tak semua rasa. Rasa bahana kenaikkan harga barang penting tu amat2 membebankan. Terasa diperbodohkan pun ada.
Ingat, barang dah naik! Jimat cermatlah sentiasa. Kurangkan perjalanan tak perlu. Kurangkan pengambilan gula. Tingkatkan keyakinan bahawa kita boleh ubah semua ni dengan tangan kita. Macam mana? Jom sama2 fikirkan.
Bertepuk hanya tangan kiri. Dapatkah sebelah berbunyi sendiri?