Sebesar mana pun masalah, hidup mesti diteruskan. Usah meratap, menyendiri dan bermuram sepanjang hari. Walaupun hidup ini hakikatnya satu masalah, ia wajib kita tempuhi.
Hidup bahagia sudah semestinya jadi impian setiap insan. Kalau boleh kita mahu sentiasa bahagia. Mana boleh macam tu kan? Tak de la rasa kemanisan bahagia tanpa derita.
Petua hidup bahagia, tenang dan tak pening kepala ni saya kutip dari Tanah Suci Mekah. Bukan orang tua yang beri, tapi jumpa hasil dari pemerhatian. Mungkin sesuai digunapakai dan mungkin juga tidak.
Sepanjang dua minggu mengerjakan umrah memang tak fikir langsung masalah negara. Malahan masalah kerja juga tak pernah terlintas di kepala. FB, twitter, blog dan segala benda urusan online jauh sekali. Itu membuatkan hati rasa tenang.
Tenang, setenang air di kali. Rupanya kehadiran berita-berita tidak berkaitan dalam hidup buat hati jadi kacau. Social media dan TV buat kepala pening tak sudah. Saya jumpa ketenangan bila tak mengadap semua benda-benda tu.
Masa perjalanan balik dalam flight, ada dibekalkan akhbar utusan dan berita harian. Pandang je muka depan hati mula rasa tak tenang. Oh! saya telah menyimpan satu azam. Kurangkan tengok berita tak berkaitan dengan hidup sendiri dan kurangkan juga berfb dan bertwitter.
Saya sedar, hal-ehwal negara perlu juga kita ambil tahu. Hal-ehwal kerja perlu juga kita teliti, tapi jangan sampai melebihi urusan kita dengan Sang Pencipta. Ambil tahu sekadar perlu.
Kuncinya telah ditemui. Sibukkan diri dengan Akhirat, kurangkan mencintai dunia, pasti kita akan hidup bahagia, tenang dan tak pening kepala.
Rina says
“Sibukkan diri dengan Akhirat, kurangkan mencintai dunia”, akan selalu saya ingat petua-nya
terima kasih 🙂
Cikgu Hairul says
Sama-sama kak Rina.
hafiz says
petua yang bagus cikgu..
Cikgu Hairul says
Semoga bermanafaat
suri says
yang itulah kita harus beratkan bukan hal2 memeningkan kepala..
Cikgu Hairul says
betul tu kak suri.. kita sekarang ni terlalu memberatkan otak dengan benda remeh, tu yang pening tak sudah.
anif says
Bila kurang fikir isu semasa, hidup tentu lebih tenang…
Cikgu Hairul says
yup betul tu bro. cuba la praktikkan sehari dua. mesti akan terasa kesannya.
Achik Ezz says
Rindu sungguh pada ketenangan di Masjid Nabawi.. Semoga ada rezqi ke sana lagi..
Cikgu Hairul says
Aminnn..
titan says
bila hang gi umrah??
Cikgu Hairul says
cuti sekolah haritu.
kakiblog says
bagaimana bolehkah kurang masa untuk blog bro?
Cikgu Hairul says
Blogging secara berkala. Mungkin seminggu 3 kali. Sekali untuk update sekali blogwalking dan sekali untuk balas komen.
Hafizul says
Terima kasih atas peringatan ni…insyaAllah..
Cikgu Hairul says
sama-sama..
TehR says
satu petua yang sangat baik
sibukkan diri dengan urusan akhirat
dan halakan urusan dunia ke arah akhirat
Cikgu Hairul says
Yer.. semua perkara di dunia ni kalau dihalakan untuk menuju akhirat, itulah yang terbaik.