Hari ni dan esok Public holiday di China. Seawal 530 pagi aku dah gerak ke Zhu Zhou City kemudian naik bas lagi ke Changsa untuk 2 day trip ke Phenix Ancient Town (Fenghuang) dan lawatan ke Miao Village . Ramai betul manusia kat stesen bas ni. Kalau tak ada lecturer kami yang ikut, aku rasa memang tak sampai kami ke sini.
Hujan sejak semalam menyukarkan sedikit pergerakan aku. Kalau ikutkan ramalan kaji cuaca, hari ni dan esok diramalkan cerah sehingga suhu mencecah 29 darjah. Alhamdulillah hari ini cuaca menyebelahi kami.
Sepuluh jam dalam perjalanan membuatkan badan jadi letih. Bila berhenti je kat RNR cepat-cepat keluar untuk regangkan otot kaki. Bab makanan memang tak ada la yang halal. Sepanjang perjalanan aku cuma makan buah-buahan.
Nak buang air di tandas sila sediakan botol air sebab air paip tak ada. Sepanjang di China, jangan harap nak jumpa tandas yang ada paip. Ada sesetengah tandas tu, lubang pun tak ada. Cuma ada longkang je dalam tandas. Pandai-pandai la nak membuang.
Apa yang menarik di Phenix Ancient Town?
Phenix Ancient Town adalah sebuah bandar bersejarah yang masih mengekalkan binaan lama. Pemandangan waktu malam adalah tarikan utamanya. Kita boleh menyelusuri sungai dengan menaiki sampan di sepanjang bandar ini.
Bagi yang gila shopping, di sini banyak kedai barangan cenderamata boleh dibeli. Sediakan duit, semua ada.
Selain dari shopping, melawat tempat-tempat bersejarah di sepanjang bandar ini boleh juga dilakukan.
Aku dah lapar. Jalan sepanjang hari tanpa menjamah walau sesuap nasi. Cari kat apps tempat makan halal, aku tak jumpa pulak. Dalam perjalanan balik ke hotel, jumpa stall jual sate halal. Orang islam Monghul yang jual. Lepas dapat secucuk sate, terus balik sebab dah penat sangat. Esok nak jalan-jalan ke Miao Village pulak.
Leave a Reply