Musim mengawan dah habis untuk penggal pertama. Berikutnya bulan Jun dan seterusnya akhir tahun ini. Ramai pemuda pemudi mencari pasangan untuk sehidup semati. Bertunang adalah satu tuntutan untuk mengenali hati budi pasangan masing-masing sebelum masuk ke alam yang lebih mencabar.
Mencari seorang pasangan bukanlah mudah. Rasulullah telah menggariskan beberapa panduan melalui hadithnya :
“Dinikahi perempun itu dari 4 sebab, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilih dan menangkanlah yang punya agama nescaya akan beruntunglah kamu” [HR Bukhari – 4802, Muslim- 1466]
Di dalam al Quran, Allah telah menggariskan panduan mencari pasangan. Cuma kita nak ikut atau tak je. Pandangan mata itu selalu keliru. Pandangan Nafsu juga melulu. Jadi apa yang kita hendakkan dari seorang pasangan hidup. Cantik, lawa, putih melepak bak lilin, tinggi lampai, ciut miut.. Yeee semua tu penting, tapi ada yang lebih penting!
“ apabila telah dipelawa kepada kamu orang yang telah kamu redho akan agamanya dan akhlaknya maka kawinilah dia. Sekiranya kamu tidak berbuat sedemikian nescaya nanti akan jadi fitnah di atas muka bumi dan akan berlaku kerosakan yang pincang” [ HR Tirmizi – 1084]
Nah! hambik kau. Pilihlah yang ada agama. Makna ada agama tu bukan agama yang tertulis di IC je tau. Dia mesti mengikut hukum hakam, cara hidup dan pegangan agama itu. Panduan yang jelas, nyata dan tak perlu dipertikaikan lagi.
Sekadar renungan bersama.
Pesanan Khas buat adik ku : Jalanilah Kehidupan Darah Manismu dengan penuh ketabahan. Jaga adab susila pergaulan, moga syaitan tidak berupaya mengancam perhubungan kamu.
Leave a Reply