Cikgu Hairul

  • Home
  • InfoKerjaya
  • TipsMenulis
  • Travel
  • Dari Hati
You are here: Home / Dari Hati / Pincangkah Satu Malaysia?

Pincangkah Satu Malaysia?

24 June 2011 by Cikgu Hairul

Satu Malaysia
Satu Malaysia

Gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh DS Najib seawal pemerintahannya dulu dilihat mendapat liputan meluas dari media dan rakyat. Ada yang menyokong, dan tak kurang juga menentang. Tapi apakan daya, para penentang ibarat mentimun dan durian. Digelek sakit, menggelek pun sakit.

Apa yang tidak kena dengan Gagasan Satu Malaysia cetusan PM kita sampai ada yang menentang? Jika difikirkan sekali lalu satu Malaysia memberi gambaran kepada perpaduan dan keharmonian rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Apa yang dicaci oleh penentang itu. Saya mencari poster-poster satu malaysia untuk mendapat sedikit gambaran bagaimana penerimaan rakyat. Hasilnya adalah gambar ini.

Antara Poster Luahan Hati Satu Malaysia
Antara Poster Luahan Hati Satu Malaysia

Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Penentangan bermula bila tindak-tanduk kerajaan menaikkan harga minyak, gula, cukai dan sebagainya. Tindakan protes ini dilihat sebelah mata oleh kerajaan. Ini kerana protes-protes oleh rakyat tidak dipaparkan di media massa. Para menteri memberikan laporan yang baik-baik sahaja kepada yang empunya idea satu malaysia. Akhirnya suara rakyat terpampang di blog-blog yang tiada seorang menteri pun tengok. Tapi SB pantau ye..

Melalui slogan yang sangat berbelit itu, penipuan demi penipuan akhirnya memakan diri. Isu itu segera dimanipulasi oleh penentang kerajaan. Episod politik yang berpanjangan pun bermula. Akhirnya sesuatu yang pada dasarnya nampak mulia menjadi jijik.

Menjadikan Gagasan Satu Malaysia Sesuatu Yang Bermakna.

Alangkah indahnya jika Satu Malaysia ini menjadi satu kenyataan.

  • Rakyat hidup bersatu padu macam dulu-dulu. Masa zaman tiada lagi idea Gagasan Satu Malaysia. Saya ingat lagi macam mana eratnya hubungan sesama kaum yang hidup di sebuah kampung. Ingat lagi masa dulu-dulu, kawan-kawan cina, melayu dan india boleh belajar bersama-sama. Tidur rumah sama-sama. Makan sama-sama. Tapi itu dulu, masa zaman tiada lagi Gagasan satu Malaysia. Pincangkah satu Malaysia?
  • Semua orang fasih berbahasa kebangsaan. Tanpa segan silu mengucapkan selamat sejahtera kepada rakan berlainan bangsa. Senyuman tak pernah lekang dari bibir. Sampai orang luar pun kata orang Malaysia murah senyuman. Sekarang ada lagi ke? Jumpa bangsa lain kita lebih cenderung berbahasa Inggeris. Bahasa bangsa yang pernah menjajah dan memecahbelahkan perpaduan kaum kita. Kita bangga dengan mereka. Apa dah jadi dengan Satu Malaysia?

Bersatupadulah rakyat Malaysia. Jika ada kepincangan di atas sesuatu program kerajaan tak salah kita menyuarakannya. Tapi suarakan dengan penuh hikmah agar negara lain tidak ambil kesempatan dengan perpecahan kita.

Filed Under: Dari Hati

Comments

  1. Mr Rileks says

    25 June 2011 at 03:08

    skrg nie rmai sgt yg cerdik pandai…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      25 June 2011 at 22:21

      cerdik tapi pendek akal..

      Reply
      • Mr Rileks says

        27 June 2011 at 06:33

        betul tu… suma nak main tjuk pandai jer…

        Reply
  2. Amar says

    25 June 2011 at 08:46

    Cepat juga blog ni dipulihkan. 1Malaysia? Kenapa tak disertakan juga 1Bahasa, Bahasa Melayu. Gugurkan saja bahasa inggeris. Sekolah juga 1Aliran, Aliran Kebangsaan. 1Agama, Islam. Kuasa ada ditangan, tunggu apa lagi? Buat lah. Lainlah kalau dia tak ada butir.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      25 June 2011 at 22:15

      Cepat la jugak.. Yg tu tunggu aku jadi Menteri Pelajaran..

      Reply
    • Denaihati says

      27 June 2011 at 19:26

      Idea memang baik tapi nak buat bukan mudah kecuali semua ahli politik mati baru boleh buat kalau tak memang susah.

      Reply
  3. anif says

    25 June 2011 at 23:41

    Mengkritik tentunya lebih mudah daripada menjana sesuatu idea.

    Apa pun kritikan tentunya menjadikan sesuatu idea itu lebih baik akhirnya..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      25 June 2011 at 23:51

      Sebab tu la ramai yang mengkritik tanpa memberi apa-apa idea penambahbaikkan sebab mengkritik memang mudah.

      Reply
  4. sayacomel says

    26 June 2011 at 06:34

    ramai betul yang memberontak ye..

    Reply
  5. Cikgu Hairul says

    26 June 2011 at 08:28

    Memberontak main-main je. Mana berani rakyat Malaysia nak memberontak lebih-lebih. Nanti kena cop pengkhianat macam DSAI.

    Reply
  6. Denaihati says

    27 June 2011 at 19:24

    Kajayaan tidak akan jadi 1 Malam tetapi proses dan kerjasama semua sangat diperlukan utk membina negara yg aman damai.

    Reply
  7. Kamarul Azri™ says

    27 June 2011 at 19:33

    lepasan IPT perlu tahu membezakan yang mana +ve & -ve.. kerana kalau silap percaturan jatuh maruah negara, seumpama buka pekung di dada…

    jika yang kritik itu membina itu teramata bagus, kalau kritikan tu untuk jatuhkan bangsa cuba sama-sama kita fikir dua kali.. 🙂

    Reply
  8. Sabahan Bloggers Club says

    27 June 2011 at 20:41

    Masalahnya idea yang ada tu tak jelas.
    Nak kena tunggu ada PM baru kot?

    Sorry, tak boleh tahan seronok dapat PR. 5 blog kami dapat PR.
    tahniah kepada cikgu juga.

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      27 June 2011 at 20:46

      Terima kasih.. hehehe.

      Reply
  9. izwan says

    3 July 2011 at 19:55

    idea 1 Malaysia ada bagusnya.nak kata org kita tak serasi hidup bersama tak pastilah.saya penuntut ipts.sekelas dgn bangsa2 lain malah menjadi kawan rapat..

    soal kenaikan harga dan lain2,pendapat sayalah berdasarkan ilmu yang ada.tak ada salahnya nak kurangkan subsidi semuanya tapi ke mana pergi wang itu harus dilaporkan kepada rakyat yang membayar cukai.

    saya belajar perakaunan utk sektor awam dan apa yang pasti,masih banyak kelemahan dlm sistem sedia ada dan segala maklumat kewangan negara tidak didedahkan dengan terperinci dan telus.berbeza dengan syarikat yang wajib melaporkan secara benar dan adil untuk rujukan pelabur..

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      3 July 2011 at 20:21

      penah tak belajar subjek pengajian malaysia? masa saya belajar dulu lec saya kata kita cuma berinteraksi ngan bangsa lain masa kat sekolah, kat kedai dan masa berjualbeli. tak macam dulu yang lebih mesra.

      Reply
      • izwan says

        3 July 2011 at 20:42

        pernah.ada benar point tuh..interaksi yg terbatas

        Reply
  10. Pacifista - X says

    3 July 2011 at 23:54

    di mata pembangkang takdenya yang betul.di mata kerajaan pulak takdenya yang salah.redha je la…

    harap2 dapat bonus tahun ni yek cikgu.raya pun nak dekat dah ni.tu pun kalau la ada…

    Reply
    • Cikgu Hairul says

      4 July 2011 at 08:57

      Hahah.. betul tu. Ada la bonus tu. tunggu je la raya nanti.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © 2025 · BG Minimalist on Genesis Framework · WordPress · Log in