Agak lewat post ni ditulis mengenai Pokemon Go, tapi untuk renungan bersama tiadalah lewat rasanya.
Saya tak berminat bercerita tentang Pokemon Trainer yang kena langgar, kena tembak, jatuh longkang, menceroboh kawasan private dan macam-macam kerenah lagi. Saya cuma nak cerita tentang teknologi di sebaliknya.
1. Teknologi GPS. Pokemon Go hanya boleh dimainkan bila Location Service di phone diaktifkan. Setiap data pergerakan pemain akan dihantar kepada Niantic. Sama seperti Google Maps dan Waze, data geografi perincian negara didedahkan kepada pihak luar. Kalau Waze mengumpul data geografi pemandu kenderaan, Pokemon Go mengumpul data perincian dari pejalan kaki.
2. Teknologi Augmented Reality (AR). Dengan feature AR, Pokemon Go mempunyai akses kepada kamera pada phone. Data visual yang pemain beri kepada Niantic akan memastikan data geografi direkod secara visual dan teliti. Apapun, Google telah mendahului dalam perkara ni dengan Street View.
Sama-samalah kita fikirkan kesannya. Tapi sehingga hari ni telah terlalu banyak data yang kita beri kepada pihak luar, privasi dan maklumat hubungan.
Facebook, WhatsApp, Telegram, Google tahu sangat siapa keluarga dan kawan-kawan kita. Malah skandal, kalau ada.
Twitter, Instagram, WeChat tahu aktiviti dan hobi kita dengan baik, melebihi mak bapak kita sendiri.
Waze, Google Maps, Tomtom sangat arif laluan ulang-alik pergi kerja, balik kerja warga kota. Pemandu Grabcar dan Uber pergi manapun mereka tahu.
Dari apa yang telah berlaku, sedang berlaku, saya cuma mencadangkan supaya kita hidup secara sederhana. Pokemon Go tak payahlah main. Location Service pada phone tu tak perlulah sentiasa On. On masa perlu saja sudahlah. Hati-hati sebelum share apa yg ada dalam phone.
Dengan cara ni, dapatlah kita lengahkan usaha pihak luar mengumpul data privasi negara kita. Lambat laun mereka akan dapat juga. Cuma tidaklah kita memberi laluan mudah seperti mudahnya angkatan Portugis menyerang Kota Melaka dengan ketiadaan perlindungan Armada Laut Melaka.
titan says
yup.
jika lebih kepada mudarat, abaikan aje.
tapi kalau nak main, hati-hati tu kena lebih sikit aje.
Amar says
Betul tu, tapi rasanya COC dan Candy Crush lebih memudaratkan. Tak pula difatwakan haram.
nurul fatin adiana says
nak main biar berpada2
KHAIRUL AMRAN says
Betul tu. Ramai juga yg dah uninstall game tu