Bismillahhirrahmanirrahim.
Paktih saya beristeri empat. Abang Eid member lepak saya beristeri dua. Abang Mat juga beristeri dua.
Ada waktu-waktu kesempatan saya ada juga usik Paktih dan Abang Eid tentang poligami ni. Biasanya mereka berseloroh saja. Ada masanya mereka berbicara panjang tentang poligami. Jadi saya selitlah di sini.
Jodoh ialah urusan Allah. Jika seorang lelaki sampai jodohnya beristeri lebih dari satu, itu ialah amanah dan ujian. Lelaki bertanggung jawab ke atas 4 golongan wanita; ibunya, saudara perempuannya, isterinya, anak perempuannya.
Cuba letakkan kita (lelaki) dalam situasi seorang ayah atau seorang abang (wali) yang ada ramai anak perempuan atau saudara perempuan. Kriteria lelaki yang saya boleh harap untuk menjaga saudara perempuan saya tentulah yang baik agamanya, lelaki yang kenal Allah, yang boleh membimbing. Bukan kira dia tu bujang atau telah beristeri.
Adalah sangat tidak adil jika seorang lelaki yang baik itu bila saja dia beristeri, tertutup terus peluang kepada wanita lain untuk mendapatkannya. Untuk menumpang didikan dan perlindungan dari lelaki yang terbukti boleh diharap. Wanita perlu memilih imam yang baik untuk memandu perjalanannya. Jika masyarakat jatuhkan hukum, satu imam boleh ada satu makmum saja, “ingkar hati” lah jadinya.
Dari satu sudut yang lain. Kita biasa lihat golongan ustazah yang lantang berdakwah dan menegakkan agama Allah, memiliki suami yang ikonik di mata masyarakat. Wanita bujang patut tackle suami ustazah-ustazah ni untuk dijadikan suami. Banyak kebaikannya…
Wanita kedua, ketiga dan keempat ni dapat suami yang baik. Tested and approved. Ustazah tadi pula akan semakin kuat imannya dengan menerima ketentuan dan hukum Allah seperti yang dia perjuangkan.
Bagaimana kamu boleh mengatakan kamu orang yang beriman sedang kamu belum diuji.
Suami yang ingin berpoligami pula perlulah terlebih dahulu kenal siapa dirinya. Kenal siapa tuhannya. Tahu tujuan hidupnya dan matinya. Tahu tanggung jawabnya.
Jika ipar saya madukan saudara perempuan saya. Yang mana tindakan itu dapat meningkatkan redhanya kepada Allah, redha dengan hukum dan qada’ qadar Allah, menjadi tiket untuk dia mengenal dirinya, mengenal tuhannya, mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal; saya sokong. Wahai ipar-iparku, kalau kamu masing-masing sedia untuk diuji, berpoligamilah. Aku yakin kamu mampu.
titan says
macam makcik aku..mula-mula memang tak leh terima..last-last, leh terima. siap tolong jaga anak bini baru yang kecil lagi..aku lagi kenal anak bininya dari kenal bini baru pakcik aku tu..bininya tu siap lagi muda dari aku lagi. haha..
Amar says
Itulah manisnya. Sebab tu dinamakan madu. ๐
blogger lelaki says
kalau betul caranya..ianay tak salah..tapi yg selalu menjadi masalah apabila nafsu yang menguasai
blogger lelaki says
kalau betul caranya..ianay tak salah..tapi yg selalu menjadi masalah apabila nafsu yang menguasai
Amar says
Sebenarnya tak pernah salah. Tapi ada orang telah salah guna. Ditambah pula masyarakat umumnya menolak Qada’ & Qadar ketika berdepan dengan ujian.
pahan says
setuju2.hehe
kakiblog says
poligami menjadi terbaik jika kerana Allah SWT
Amar says
Betul tu. Poligami atau kahwin satu sekalipun MESTILAH kerana Allah. Baru aman tenteram.
Anak Askar Pencen says
Bab-bab poligami ni, buat masa ni saya cuba jauhkan terlebih dahulu. Bukannya tak berminat, tapi prioriti menjaga isteri dan anak yang sedia ada tu lebih mustahak.
Saya hairan dengan penentang poligami ni. Mereka gemar pukul rata menganggap semua lelaki sama sahaja miang dan tidak bertanggungjawab. Pandangan tersebut sangat tersasar.
Pada saya, banyak lagi kes poligami yang baik untuk dijadikan contoh. Atuk saya dulu pun poligami juga. Elok je keluarga kami bersatu-padu.
Amar says
Betul tu. Bab pukul rata tu yang tak tahan tu. Menampakkan seolahnya Sunnah Rasulullah tu seperti pincang. Agama lain pandang lagilah serong. ๐
Denaihati says
selagi mengikut syariat memang takde masalah, yang bermasalah kebanyakan tak ikut landasan yang betul.
Amar says
Ikut landasan yang betul tu lah sepatutnya. Macam Sensei Ramlan (bekan Sensei Aikido Yoshinkan saya) kata. Jangan berahsia dengan isteri pertama. Buat ikut cara, bukan lari nikah di Siam.
Irwan Alessa says
Bagi aku sendiri takde masalah tentang poligami ni asalkan niat dan guna landasan yang betul.. Jangan jadi macam sepupu aku, pergi Thailand cakap ngan bini nak buat kerja, bawak balik rupanya no.2..hahaha..
Amar says
Dari satu sudut mungkin juga sebab pandangan masyarakat tentang poligami terlalu sempit. Jadi, orang lebih terdorong untuk guna cara mengelat. Bila masyarakat jatuhkan hukum kepada isteri pertama tak pandai jaga suami jika suaminya berkahwin lagi, tentulah isteri tu tak mahu terima poligami. Suami pula ambil tindakan radikal kahwin diam-diam. Bukan isteri golongan orang biasa, ustazah-ustazah pun ramai yang tak izin suaminya kahwin lagi.
adikensem says
Setuju dengan denaihati, jadilah lelaki yang bertanggungjawab walau poligami atau pun tidak.
anif says
Isu sensitif ni.. Apa pun, bagi yang “terpilih” melakukakkan.. Ikutilah syariat.
Rina says
sebenarnya jika dipikirkan dalam2, poligami bukanlah hal yang mudah tuk diterima bagi mereka yang menjalankan dan keluarga besar namun bila ridha dan ikhlas, Insya Allah bisa jadi keluarga sakinah, mawadah dan warohmah…
Amar says
Isteri kedua memang redha. Isteri pertama tu yang payah. Melainkan dia dah memang faham sebelum tu lagi. Payah jumpa kut.
seri.selaseh says
Rasanya muslimah tak tentang poligami. Cuma nak tentukan si suami tu layak tu yg masalah sikit. Nak cukupkan keperluan makan pakai keluarga pon x tentu lagi dah nak kahwin lain. Keadilan pon dituntut juga.
Amar says
Sebab tu biasanya kontraktor yang berpoligami. Kalau yang makan gaji biasanya drebar treller.
Hazmin Hamudin says
Kalau fikir nak sedap je memang tak ke mana la kan.
Amar says
Betul tu saudara Hazmin. Kalau fikir nak sedap tu lah yang jadi masalah. Yang huru-hara tonggang terbalik dalam sketsa masyarakat tu sebab nak sedap lah tu. Memang takleh blah…
hafizmd says
Lelaki yg adil mmg mampu. Kalau tak, satu pun cukuplah =)
Amar says
Jika bimbang tidak berlaku adil, memadailah satu. ๐
azahairi says
Berbini lebih dari satu baik .kalau tak baik ianya tidak la digalakkan dalam masyarakat. Sebenarnya minda orang kita telah diracuni oleh anasir -anasir jahat yang mengatakan bermadu tu pahit , lelaki tak adil kalau bermadu dan macam2 lagi .Sebenarnya dengan poligami umat Muhammad dapat berkembang dengan cemerlang kalau wanita bujang memilih Suami Ustazah tadi …..Maka lahirlah ramai anak2 yang berqualiti atas bimbingan Ayah Dan beberapa ibunya yang bersama mendidik anak-anak tersebut .
Amar says
Setuju sangat dengan Saudara Azahairi.
Lelaki yang telah berkahwin satu lebih cekap mengendalikan hal rumah tangga (berpengalaman) berbanding bujang. Dengan apa yang dia telah pandai itu dia akan lebih mudah membimbing isteri kedua. Kemudian tiga sehinggalah empat. Kita boleh lihat dengan jelas, wanita hari ini sangat memerlukan imam untuk membimbing mereka kembali kepada fitrah. Jika isteri pertama redha dimadukan bererti dia sangat berpegang teguh dengan ke-enam-enam rukun iman.
“Bagaimana seorang itu boleh mengatakan dia beriman sedang dia belum diuji…?”