Sabtu dan Ahad lepas, saya berpeluang menyertai Prasarana Treasure Hunt ke Lost World Of Tambun. Peluang macam ni tak mampu saya lepaskan. Kalah dan menang adat pertandingan. Paling penting ialah keseronokkan bersama kawan-kawan.
Ahli kumpulan sedang menunggu untuk taklimat dan pelepasan. Waktu ni hati berdebar-debar menunggu apa soalan dan tugasan yang perlu dibuat sepanjang Treasure Hunt.
Sesi taklimat bermula. Peserta diingatkan supaya berhati-hati semasa memandu. Ini bukan pertandingan lumba kereta. Cuma seronok-seronok je. Lepas taklimat, mula dilepaskan tepat jam 0900. Masuk highway PLUS terus ke checkpoint pertama R&R Tapah. Di sini dapat soalan untuk tugasan di checkpoint kedua. Exit Tapah dan ikut jalan lama ke Tambun. Sambil tu carilah harta karun yang disuruh.
Checkpoint kedua – Gua tempurung. Ia terletak di daerah Gopeng, Perak. Ada 4 pakej ditawarkan di sini. Makin dekat dengan harta karun yang dicari. Tugasan diberi memang tak boleh blah. Makan durian selonggok tanpa diberi sebarang peralatan untuk membukanya. Kelakar pun ada. Macam-macam aksi boleh dilihat. Ada yang kopek durian guna pen, guna batu, guna kayu, yang hempok ke lantai lepastu bukak pakai tangan pun ada. Hehehe.. saya tak sempat nak ambik gambar kopek durian guna test pen. Bizi sangat waktu ni.
Dah la sampai sini tengahari buta. Tak makan nasi lagi. Disuruh makan durian selonggok pulak. Rasa pening-pening lalat, sakit perut dan tak tentu arah la. Tanpa buang masa terus ke checkpoint ke tiga.
Inilah checkpoint ketiga. Kellys Castle. Ia terletak di Batu Gajah, Perak. Lebih kurang 40 minit perjalanan dari Exit Tapah. Kota ini dibina oleh William Kelly Smith, seorang penjajah bangsa Melayu dahulu kala.
Tugasan di sini banyak tak terbuat. Maklumat tak cukup dan clue yang diberi pun terlalu samar. Tugasan yang paling mudah, bergambar dengan Pokok Beruang.
Cuba tengok pokok ni betul-betul. Ada macam muka beruang terkeluar dari batang pokok. Sayangnya pokok ni dah mati. Entah berapa lama lagi ia dapat bertahan. Banyak juga pokok yang dah mati di dalam kawasan ni. Kelihatan seperti tidak terjaga pun ada. Sejarah… cumalah tinggal satu kenangan.
Nak masuk ke dalam Kelly Castle kena bayar RM4 dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Peserta Tresure Hunt macam saya ni free je la. Masa kat sini dah pukul 3 petang. Masa 1 jam lagi untuk tamat.
Tepat jam 1600 kami sampai di hotel. Penamat segala derita. Tower Regency Hotel & Apartments tempat terakhir untuk melepak. Tunggu malam hari untuk majlis makan malam dan pengumuman pemenang.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Ceria malam ni. Keputusan Prasarana Tresure Hunt diumumkan dengan penuh debaran. Alhamdulillah, kami tersenarai dalam 15 kumpulan yang dapat hadiah. Ok la, daripada lebih 60 penyertaan kan. Saya pun tak sangka sebab terlalu banyak soalan pelik tak terjawab.
Apapun, memang program ni sangat best. Esoknya ke Lost World of Tambun pulak untuk mandi manda selepas penat seharian mencari harta karun.
Kenangan indah ni tak mampu dilupakan sampai bila-bila. Sahabat.. mungkin ini tahun terakhir kita bersama, bergembira, bergurau senda dan membina cerita.
anif says
Wahaha.. menarik tu dapat join aktiviti macam ni. Pasti menyeronokkan 😀
Cikgu Hairul says
dah tentu bro. kali pertama, dan mungkin juga terakhir.
Manan Qayyim says
bestnye dapat join program macam nie….
Cikgu Hairul says
memang cukup best. tapi sedih juga, tahun depan tak tentu dpt join lagi.
Leeza Dayasari says
bestnyer…. hiiii…..
Cikgu Hairul says
cari program yg seumpamanya, joint la. mesti dapat kebestannye..
titan says
wahh..siap makan durian lagi tu.
Cikgu Hairul says
unik kan?