Bismillahhirrahmanirrahim.
Apakah itu Precogs? Itulah tukang ramal yg meramal suatu kejadian sebelum kejadian itu berlaku. Malang dapat dihidu. Dan jika kejadian yg akan berlaku itu ialah suatu jenayah, jenayah itu dapat dicegah dengan menghukum bakal pesalah lebih awal.
Bezanya Precogs dengan tukang ramal yg lain ialah Precogs meramal berdasarkan “echo” atau lebih mudah difahami sebagai gema. Apakah pula yg dimaksudkan dengan gema?
Pernahkah suatu ketika semasa kita melakukan sesuatu, tiba-tiba kita terhenti. Kita merasakan seolah-olah perkara yg sama pernah berlaku suatu masa dulu. Itulah gema. Itu kita, orang biasa. Precogs mengalami perkara seperti ini lebih kerap dan bayangan atau gema itu ialah sesuatu yg belum berlaku.
Inilah yg menjadikan Precogs ujub diri. Precogs leka dengan kehebatannya sendiri. Precogs berbangga dengan keturunan zuriatnya. Bayi terpilih yg memiliki kehebatan luar biasa. Precogs bermegah dengan itu. Precogs lekas menjatuh hukum orang lain bersalah berdasarkan gema. Precogs lekas hukum orang lain masuk neraka.
Itu bukanlah apa-apa. Yg disedihkan ialah Precogs ni asalnya dari kalangan orang-orang yg mencari jalan pulang mengenal diri dan mengenal Allah. Memilih jalan tasawuf. Sayang pengajian mereka terbatal kerana terpesona dengan “keasyikan”. Asyik dengan kehebatan.
Dalam keluarga yg besar kita mudah temui ada dari kalangan keluarga besar kita mirip Precogs. Kalau ada, bertahanlah, jangan dilawan. Precogs tak dapat dilawan. Jalan terbaik, asingkan diri kita dari Precogs. Precogs nak kata apa, diam saja. Itu lebih bermanfaat.
Inspirasi Huda says
Precogs ada kumpulannya tersendiri, precogs tidak akan memenrima buah fikiran orang lain yang tidak bertepatan dengan keinginannya. Precogs tak pernah belajar dari sejarah, lalu sejarah mendera precogs.
Amar says
Yer tepat sekali. Precogs ada kumpulannya sendiri dengan label bahawa mereka kumpulan yg TERPILIH.
titan says
no 10, jalan seluang 5, taman sri putra
cuma pernah baca dalam manga aje sebelum ni.