Ahh.. Bizinya minggu ni.. Dengan asigmen yang melambak.. dengan kerja malam lagi.. Menyesakkan! Banyak kerja aku tak siap. Banyak aktiviti tertangguh bila kena keja malam. Blog pun susah nak jenguk. Maka aktiviti online aku teruskan dengan FB Mobile dari iPhone buruk aku ni. Dapatlah juga melihat-lihat dunia maya. Dikesempatan yang sangat meruncing ni aku gagahi juga untuk update blog. Kalau tak update besawang pulak nanti.
Bulan Ramadhan dah masuk hari ke 15. Macam-macam ragam masa bulan puasa ni. Tengok-tengok gelagat orang yang berpuasa kadang-kadang menaikkan darah aku. Apa taknya.. tiap-tiap hari jalan jem. Orang berpuasa nak tambah amal, bukannya nak jadi sahabat atau pengganti syaitan. Setiap taman perumahan ada je Bazar Ramadhan. Sesak dengan kereta yang parking tengah jalan. Yee.. tengah jalan.. Diulangi sekali lagi.. tengah jalannnn.. Macam jalan tu ibu dan bapa mereka yang punya je. Parking sesuka hati. Konsep Ramadhan dah tak dihiraukan. Pembaziran berleluasa. Apa dah jadi ntah aku pun kurang pasti.
Di suatu pagi di bulan Ramadhan. Sekembalinya aku dari kerja, aku membersihkan diri lalu mencari tilam dan bantal. Sisa-sisa kekuatan yang ada aku kumpulkan untuk memejamkan mati. Keserabutan otak aku tinggalkan jauh-jauh.
tut..tut..tut..tut.. iPhone 3GS aku berbunyi. Ahhh.. sapa pulak yang telefon pagi-pagi ni? Aku merungut-rungut sambil meraba-raba hujung katil mencari telefon kesayangan tu.
“Hello, saya Mia dari Celcom. Boleh saya bercakap dengan En Khairul Amran b Marhaban?” Mukadimah yang cukup-cukup aku kenali. Dengan gaya bahasa ala-ala skrip Yusof Haslam tu dah sah dari orang Insurans.
“Ye Cik saya bercakap.. tak salah la tu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Aku melayan dengan gaya bahasa yang sterotype. Cuba meniru gaya bahasa call center. Huh mesti nak promote lagi. Hati aku berdetik.
“Encik Khairul, anda telah terpilih sebagai pelanggan bertuah kami. Oleh itu kami menawarkan satu pakej Perlindungan dan menjana wang.. CIMB Aviva telah…… bla bla bla.. ” Panjang dan tak henti-henti CIk Mia tu menuturkan kata-kata dari skrip yang telah diulang entah kali ke berapa. Dan tiap kali itu jualah mungkin pendengar setia macam aku ni diam seribu bahasa mendengar segala leterannya. Panas hatiku dengar bebelan Cik Mia pagi-pagi ni. Aku tak salahkan dia. Aku tahu dia cumalah seorang ejen insurans yang mencari sesuap nasi dengan mencari pelanggan.
Sambil bermonolog aku tersedar semula apabila Cik Mia bertanya. ” Macam ni la En Khairul, saya ada beberapa soalan yang perlu ditanyakan untuk mengenalpasti samada En layak atau tidak dalam program kami ni” Aku jadi bertambah panas. ” Ai.. tadi kata saya Pelanggan Bertuan.. masih nak tanyakan soalan lagi?” Aku mula berang. Lantas aku bertanya. ” Mana Cik dapat nombor telefon saya ni” Macam soalan bodoh je aku rasakan. Dah tentu ayat pertama tadi dia cakap dari Celcom. Mestilah Celcom yang bagi.. “Aaa.. En Khairul… Saya dari Celcom. Sudah pastinya saya dapat nombor ni daripada Celcom”. Ish terkena aku..
Untuk cover malu aku mula berkata lagi ” Cik, sebenarnya saya tak berminat la dengan tawaran program awak tu” Ayat membunuh yang biasa aku gunakan untuk melepaskan diri. “Tapi Encik, kami cuma menawarkan program ni untuk yang bertuah sahaja. Saya tak mahu Encik terlepas peluang keemasan ni. Encik dah ada insurans lain ke?” Mia bertalu-talu mengajukan soalan kepada aku. ” Maaflah Cik saya memang tak berminat”.. Pap… tut.. tut.. Kedengaran ganggang telefon diletakkan. Ish cantik betul budi bahasa ejen insurans ni. Ucap terima kasih pun tak diatas kesudian aku mendengar. Main letak je.
Aku benar-benar sakit ati. Sakit ati kerana privacy aku terganggu. tengah sedap-sedap membuta tiba-tiba ejen insurans kurang ajar tu telefon. Sakit ati sangat-sangat sebab NOMBOR TELEFON aku telah diberikan kepada Syarikat Insurans. Ini bukan kali pertama enjen insurans telefon aku. Aku rasa kali ni dah masuk tiga kali dah. CIMB Aviva, AIA dan satu lagi tu aku pun tak ingat. Kat mana hak kita. Inilah yang dikatakan Jenayah Cyber. Selagi tiada tindakan penguatkuasaan selagi tu lah ada pihak-pihak yang kita beri kepercayaan menjual segala data peribadi kita kepada pihak berkepentingan.
Tergerak juga nak terminate Celcom ni. Pakai no lain. Tapi selagimana undang-undang tak dikuatkuasakan selagi itulah kejadian seumpama ni tak akan berhenti. Jadi kepada sesiapa yang pernah mengalami nasib sama dengan aku, marilah kita sama-sama kongsi pengalaman tu kat sini.
Bertemu lagi dikesempatan lain.
Salam Kejayaan.
Amar says
Bro, ko patut letaknya telefon semasa ejen tu membebel. Biar dia sakit hati, bukan kita. Aku pun pernah kena. Sangat tak beradab bila dia letak camtu jer… Macam haram….